webnovel

Chapter 7 : Resign Tak Jadi

Seth Cain Donovan. Seorang daripada The Donovan yang terkenal dalam industry perniagaan. Semua orang gelar mereka The Reaper kerana setiap kali jika keluarga ini mahu musnahkan suatu perniagaan itu, mereka akan lakukannya dengan cara paling halus dan bijaksana yang mana sesiapa takkan sedar sehingga la syarikat itu tinggal sehelai sepinggang. The Donovan akan musnahkan sesiapa tanpa pengetahuan sesiapa atau suspek.

Dan itu la yang menimpa terhadap syarikat Ayah Naera. Beliau juga seorang daripada mangsa keluarga ini. Syarikat ayahnya dirampas dengan cara paling licik hingga membuatkan Di Clover dikuasai oleh orang lain.

Dengan cara, mereka buat helah menuduh ayah Naera elak bayar cukai dan salah guna bahan dalam pembinaan projek. Kerana hutang dan cemuhan yang tidak berhenti dari menghantui keluarganya, Ayah Naera alami kemurungan teruk dan ambil keputusan untuk bunuh diri. meninggalkan ibu Naera sendirian meratapi pemergian suami tercinta hingga menjadi gila.

Memang pada awalnya bukan Seth yang bertanggungjawab dalam hal ini, namun oleh kerana Seth seorang daripada The Donovan, Naera ambil keputusan untuk menjauhkan diri dari lelaki ini.

Kerana itu dia ambil keputusan itu.

Dia tidak pergi menemui Seth pada malam itu.

Membiarkan saja luahan perasaannya itu tergantung sepi tanpa jawapan.

Dan pergi hilangkan diri dengan memadamkan semua maklumat tentang dirinya supaya tiada kaitan dengan ahli keluarganya agar dapat menjalankan misinya menuntut bela dan tegakkan keadilan bagi membersihkan nama baik keluarganya.

Memandangkan Di Clover telah dirampas semula, dia terpaksa undurkan diri buat sementara waktu sehingga dia dapat cari cara yang tepat untuk selesaikan permasalahan yang melanda nama baik ayah dan syarikat ayahnya nanti.

Lengan kemejanya di selak sedikit sewaktu Naera tunduk memeriksa waktu pada jam tangannya. Selepas yakin waktu dia masuk ketika ini adalah seawal jam 7 pagi, baru la butang lif untuk naik ke tingkat atas di tekan. Waktu ini jantung dalam tulang rusuknya sudah berdetak bagai nak gila. Tapak tangannya basah kerana peluh dingin gemuruh akibat resah.

Walaupun dia mahu sangat pergi dari sini dan tidak kembali, Naera tidak dapat berbuat begitu. Dia terpaksa juga datang semula ke Di Clover untuk letakkan surat resign kepada Seth sebagai makluman lelaki itu. Mujur la dia datang setengah jam awal dari waktu yang di beritahu, dapat la dia letakkan surat ini di atas meja Seth tanpa kehadiran lelaki itu nanti. Maka dia ada banyak waktu untuk larikan diri sebelum ketibaan lelaki itu ke syarikat nanti.

Bersama rangka pelan di dalam kepala, hatinya kembali tenang sedikit.

Setelah lif berhenti di tingkat sepatutnya, Naera berjalan keluar dan melangkah terus ke pejabat Seth. Tombol pintu di pulas tanpa berlengah sesaat pun dan pintu itu di tolak ke dalam. Dia mendapati ruangan itu kosong dan tiada penghuni!

What a perfect timing!

Naera apa lagi, dia pun cepat-cepat mendekati meja kerja Seth. Setelah itu barulah dia mengeluarkan sampul surat berisi resignation paper dari handbagnya. Sampul itu kemudiannya di letakkan dengan kemas pada atas permukaan kaca di meja itu.

Berpuas hati dengan hal itu, Naera baru saja hendak berpaling keluar ketika pintu bilik air di pejabat itu terbuka dan Seth berjalan keluar dari situ memakai white dress shirt dan seluar hitam. Fan girl mode dia serta merta on!

Damn!Dulu ke sekarang, lelaki depannya ini tidak pernah tak buat dia terliur sendiri. Kenapa la Seth ni hot sangat!Tak tahan betul la! Naera berkerut kening setelah menyedari dirinya sudahpun tertangkap!

Seth memandang Naera dengan renungan dingin dalam seriusnya.

"Naera...saya faham ketika saya beritahu awak supaya datang awal, tapi saya tak sangka pula yang awak akan datang seawal ini?Jadi betul la kata Franklin yang awak ini merupakan seorang pekerja yang komited terhadap tugas yang diberikan"ujar Seth sewaktu berarak mendekati cabinet di tepi dinding penjuru pejabat tersebut,

Seperti rusa hampir ditembak dengan pemburu, Naera sedaya upaya kawal diri untuk tidak gelabah di situ. "Ah-ya tuan...sudah tentu. Kalau begitu saya keluar terlebih dahulu."pintanya Bersama perasaan cuak bagai mahu terkucil di situ juga dan gerak ke arah pintu semula untuk keluar, tapi suara lelaki itu menghentikan dirinya selepas nama dia di panggil.

"Apa yang awak tinggalkan di atas meja saya?"tanya Seth dengan nada ingin tahu sebenarnya.

"Uh..itu...surat baru sampai...sa-saya bawa ia ke sini untuk tuan.."gagap Naera tidak dapat dikawal sebab dia terlalu cuak waktu itu. Sumpah!Dia nak lari sangat sekarang ni!Please jangan bukak sekarang. Bagi dia keluar dari sini dulu!

Seth menjungkit kening sebagai respons yang mana buatkan Naera boleh rasakan suhu bilik itu drop kepada -0 Celsius serta merta. Dia jalan mendekati meja lalu mencapai sampul surat tersebut sementara Naera berdiri di situ memerhatinya dengan jantung berdegup ibarat mahu meledak!

Chapitre suivant