BAB 31
" Jodohnya..." Muka Amyrah agak tercengang apabila Farhah berkata begitu.
" Yelah... jodohnya... kenapa awak terkejut sangat ni..." Farhah mengambil minuman Amyrah lalu meneguknya. Terasa dahaga pula tekaknya.
" Wait...wait...saya tak faham..." Kening Amyrah bercantum.
" Macam mana nak cakap eek..." Farhah menggaru-garu yang tidak gatal itu. Dia memikirkan ayat yang sesuai untuk digunakan.
" Cakap ajelah..." Desak Amyrah.
" Macam ni... Danial tu minat..... atau dalam kata lain 'suka' kat sepupu l...si Danial tu try lah lah nak mengurat khai tu...tapi tak dilayan oleh my cousin..." Terang Farhah.
" Jadi..." Amyrah mengangkat keningnya supaya Farhah menyambung ceritanya.
" Jadi... Danial tu buatlah majlis birthday party dia... semata-mata nak tarik perhatian Khai... Danial tu minta tolong saya... pujuk Khai tu suruh datang sekali...tapi saya tak pujuk pun saya paksa Khai...sebab kalau dipujuk sampai esoklah habis...khai tu keras kepala sikit...jadi saya belikan dia dress suruh dia pakai..tapi guna duit Danial lah bukan duit saya...you tahu jelah kan l ni kedekut...so nak tak Khai tu ikut jelah...."
" Jap... macam mana Danial tahu yang awak ni sepupu dia..." Tanya Amyrah.
" Well... hari tu...Khai with me went to the shopping...suddenly... kitorang terserempak dengan dia...so Danial tanyalah l...macam mana saya boleh kenal Khai...jadi saya cakaplah Khai ni is my cousin...sebab tu kitorang kenal...jadi Danial tu minta tolonglah saya...." terang Farhah dengan gayanya seperti seorang penhujah. Dia sengaja je main tukar-tukar I-saya, you-awak. Sebab tu memang gaya dia bila bercerita.
" Ooo...hmm... so sweet...you punya story fairy Tales...I suka sangat..." Amyrah menepuk tangannya seperti seorang kanak-kanak yang keriangan mendengar cerita.
" Hey...you....l cerita epik-epik ni you boleh tepuk tangan je..."
" Yelah tepuk tangan lah habis tu nak buat apa..."
" Buat tak tahu..." Gurau Farhah.
" Erra" Amyrah memukul lengan Farhah. Farhah ketawa keriangan kerana dapat mengenakan kawannya.
" Tadi awak buat apa tadi..." Tanya Farhah sambil menguis kukunya.
" Hmm telefon..." Tipu Amyrah. ' jangan Erra syak apa-apa dah' gumam Amyrah.
" Oo..dahlah jom ambil makanan..."
" Jom..."
.
.
.
.
.
~ HAPPY BIRTHDAY TO YOU...dreng..deng deng...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...dreng.. deng deng
HAPPY BIRTHDAY TO DANIAL
HAPPY BIRTHDAY TO YOU~
Para tetamu menepuk tangan apabila selesai menyanyikan lagu kelahiran Danial. Datin Kamalia memotong kek lalu menyuapkan ke dalam mulut anak bujangnya. Tak sangka dah besar rupanya anak dia.
Khairun Farizza hanya memerhatikan gelagat ibu dan anak sejak tadi. Kenapalah dia perlu ikut cakap kakak sepupunya ini? Sudahlah tadi dia perlu menemani Danial berborak dengan rakannya. Sungguh membosankan. Dia dahlah tidak mengenali kawan Danial. Ni pula diajak borak. Memang kirim salam sajalah. Dia tidak bercakap pun walaupun sepatah sejak hanya diam ralit dengan telefonnya. Lantaklah kawan Danial tu kata dia sombong ke apa. Janji dia tak ada menyusahkan orang lain.
Danial menuju kearah buah hatinya.
" Termenung apa tu..." Bisik Danial dari belakang. Khairun Farizza terperanjat apabila tubuh Danial rapat dengannya. Mukanya menjadi merona merah.
' wahai muka kenapa kau nak merah sekarang...' gumam Khairun Farizza.
Danial tergelak kecil apabila muka Khairun Farizza menjadi merah seperti buah saga. Senangnya dia nak tahu apabila Khairun Farizza malu.
" Kenapa gelak..." Khairun Farizza menanyakan soalan bodoh kepada Danial. Bukan dia tidak tahu yang Danial gelakkan dia sebab muka dia sudah bertukar merah.
" Awak cantiklah hari ini..." Puji Danial. Padahal ayat itu sudah diulang beberapa kali. Muka Khairun Farizza bertambah merah apabila Danial memujinya.
" Haha... comellah Izza...."
" Whatever lah pergilah main jauh-jauh..."
" Sampai hati awak..."
" Hati aku memang sampai pun..."Khairun Farizza berjalan menuju ke arah kakak sepupunya. Malas pula dia nak layan Danial ni.
" Hey... Izza awak nak pergi mana tu..." Danial berlari anak mengejar buah hatinya yang mahu meninggalkannya.