BAB 18
" So... Ammar apa syaratnya?" Tanya Amyrah. Sejak semalam dia memikirkan apakah syarat yang bakal diberikan oleh Ammar.
" Syarat is so easy....kau kena dengar cakap aku...apa yang aku suruh kau kena buat..."
" WHAT!!!...." Terkejut Amyrah dibuat nya apabila mendengar syarat Ammar.
" Sebarang keputusan adalah ditetapkan...nah ni kontrak kita.... kalau kau langgar kontrak ni....kau kena bayar 2 kali ganda... kereta yang kau langgar tu...." Ammar menghulurkan surat kontrak tersebut bersama dengan pen supaya Amyrah menandatangan surat tersebut.
" What...awak tak bincang apa-apa lagi dengan saya...mana boleh macam ni..."kata Amyrah dengan riak terkejut yang tidak bersetuju akan kata-kata Ammar.
" Tiada bantahan kalau tak aku bawa kau pergi jumpa tok kadi karang..." Ugut Ammar yang cuba menakut nakutkan Amyrah.
" Yelah saya tanda tangan...bagi kertas tu..."
Ammar menghulurkan kertas tersebut. Amyrah mengambil pen lalu menandatangan di atas kertas tersebut. Ammar tersenyum kecil.
Selepas ini tiada lah lagi saingan untuk mendapatkan Amyrah. Syarat kedua yang diletakkan oleh Ammar bukanlah gurauan. Dia ingatkan Amyrah akan memilih untuk membayar 100 ribu tu tetapi dia membuat pilihan untuk berkahwin dengannya.
" So... where you want study...? " Tanya Ammar.
" UM.." balas Amyrah dengan jawapan pendeknya.
" UM...why you choose there?" Kata Ammar seperti ketidakpuasan hati terhadap jawapan Amyrah.
" Why not..."
" Kenapa tak study kat outstation..."
" Hish suka hati saya lah...haa yang awak sebok tanya saya ni kenapa awak tu pula study kat mana...?"Amyrah mencebik.
" Adalah mana boleh bagitahu... secret.." kata Ammar lalu mengenyitkan matanya.
" Whatever..dah saya balik..." Putus Amyrah.
" Amyrah boleh tak saya nak tanya something...?" Pinta Ammar.
" What..."
" Awak ada suka siapa-siapa atau awak pernah suka sesiapa..?" Tanya Ammar sambil merenung mata Amyrah.
Amyrah memandang kepelikan. 'Dah kenapa Ammar ni' gumam Amyrah.
" No comment...bye.." Amyrah berlalu di situ meninggalkan Ammar di situ. Ammar hanya termangu di situ.
.
.
.
.
.
Amyrah mengemas bagasi begnya. Hari ini merupakan hari penting di dalam hidupnya. Dia bakal menjadi seorang pelajar kampus.
" Amyrah dah siap ke belum.....!" Jerit Tan Sri Khairuddin dari bawah.
" Wait...I coming..."
Amyrah melihat dirinya di depan cermin. Apabila dia sudah berpuas hati dengan penampilannya dia pun mengambil barangannya lalu turun ke bawah.
" Wah, cantik anak mama pakai tudung..." Puji Puan Sri Alia.
Amyrah hanya tersenyum mendengar pujian mamanya. Dia mengambil keputusan untuk memakai tudung. Mungkin sudah sampai masanya untuk berhijab.
Dia memasukkan barangan yang ingin dibawanya ke dalam bonet kereta. Setelah siap, mereka pun memecut kereta mereka menuju ke tempat yang ingin dituju yang telah dipandu oleh ayahnya.