webnovel

KAU SUKA AKU SE7

Setiap kali afiq ingin bercakap dengan aten setiap itulah aten akan melarikan diri seolah olah untuk melarikan diri daripada penyelesaian masalah .

Bagi aten dia masih kecewa dengan sikap afiq itu . Dia tahu bahawa keluar rumah tanpa izin suami serta pengetahuan suami akan dapat dosa besar . Tetapi hanya itu sahaja caranya untuk dia melarikan diri .

Kini sudah dua hari afiq dirumah ibunya aten . Tapi masih tidak dapat peluang untuk bercakap dengan aten . Walaupun mereka sebilik aten akan tidur dilantai hanya sebab taknak sekatil dengan afiq . Sudah puas afiq memujuk aten untuk tidur dikatil tetapi aten hanya mengendahkan nya .

" Macam mana kau dengan afiq ? Ni anak kau ke ? " Soal adam

" Aku dengan dia okay je " jawab aten dan hanya senyum kelat .

" Ya ni anak aku farish nama nya " jawab aten lagi .

Soalan itu terlintas dikepala aten semasa dia cuba memaksa kan diri untuk tidur . Okay ? Macam ni ke okay . Tiada yang okay aten . Semuanya hancur .

Golek sana golek sini masih lagi tidak boleh tidur . Akhirnya aten mengambil keputusan untuk membuat solat istikharah minta pentunjuk kepada allah .

Selesai sahaja solat aten cuba untuk tidur dan terlelap begitu sahaja .

Pada waktu pagi ibu dan ayah sudah keluar rumah mungkin pergi sarapan diluar . Aten hanya memasak lempeng sebagai sarapan kalini .

" Aten " tegur afiq apabila melihat isterinya sedang siapkan sarapan .

Aten hanya buat tak dengar . Rasanya aten dah pekak akibat dia sudah lali dengan keadaan sekarang . Pekakan telinga adalah lebih baik daripada mendengar kata yang keji tetapi bukan sekarang ya aten .

Tiada hubungan yang sempurna pasti akan ada konflik didalam hubungan . Cuma hanya kita sahaja yang boleh mengawal persekitaran supaya tidak jadi lebih teruk . Rendahkan ego agar kita sentiasa berfikiran positif .

Hi gusy , lama kan kita tak berjumpa ? maaf atas kesilapan saya . insyallah saya masih dalam cubaan untuk habiskan . buat yang comment maafkan saya sebab baru reply harini . sejujurnya baru hari ini saya ada masa untuk buka apps ini . enjoy you reading 👋🏻♥️♥️♥️♥️ .

Chapitre suivant