webnovel

Strategi baru

Gavin penat membawa barang-barangnya Elita.Rupa-rupanya Elita hanya pergi shopping sahaja.Elita berpuas hati dapat membuli Gavin lagi.

"So besok awak nak pergi mana lagi?"tanya Gavin.Elita duduk di sebelahnya.

"Saya nak lawat ke rumah keluarga awak,boleh?"

"Betul ke ni?"

"Ya"

"Tapi.."

"Takda tapi2"

"Ok"

Gavin ternampak Vivi sedang menuju ke dapur dan Gavin menegurnya.

"Boleh saya tolong ke?"

"Takpe awak perlu rehat"

"Saya nak tolong juga please"

"Yelah jom"balas Vivi dan masuk ke dalam dapur.

"Awak tak nak ikut ke?"Gavin bertanya pada Elita.

"Untuk apa?"

"Awak kan perempuan perlu belajar masak"

"Huh!yelah"

Gavin tersengih.Nampaknya Elita bersetuju untuk mengikutinya.

***

"Vivi nak masak apa?" Elita bertanya.

"Vivi nak masak rendang ayam"

"Sedap tu makanan kegemaran saya"

Gavin menyampuk.

"Awak tahu masak rendang ayam ke?"Elita bertanya pada Gavin dan senyum sinis.

"Mestilah tahu tapi sikit je"

"Kalau saya tahu banyak sebab saya belajar memasak dulu"

"Eh saya pun tahu banyak juga"

"Tipulah!Saya lagi banyak tahulah!"

"Saya lagi banyak tahulah!"balas Gavin.Tidak mahu mengalah pada Elita.Vivi pula menjadi pemerhati.Pening kepalanya melihat pergaduhan mereka berdua.Setiap hari dia akan melihat pergaduhan mereka.Bagai anjing dengan kucing.

"Apa kata cik Elita dan Gavin bertanding masak rendang ayam"Vivi memberi cadangan.

'Bolehlah saya rehat haha'bisik hati Vivi dan senyum melihat mereka berdua.

"Ok!"serentak Elita dan Gavin balas.

"Saya akan kalahkan awak!"

"Saya pun akan kalahkan awak!"

"Siapa kalah dia akan jadi orang suruhan,setuju?"

"Setuju!"balas Gavin dengan yakin.

"Awak mesti kalah punya!"

"Tak ,awak sebenarnya yang akan kalah!"Gavin membalas.

Makin bertambah pening kepala Vivi dan semakin bingung.

"Sudah!Sudah!Sekarang cik Elita dan Gavin perlu sediakan keperluan untuk memasak"

Vivi menuju ke ruang tamu meninggalkan mereka berdua yang masih bergaduh.Vivi mengurut kepalanya dan tertidur lena di sofa.Setiap hari dia tertekan untuk menghentikan Elita dan Gavin bergaduh.Boleh gila dibuatnya jika mereka terus bergaduh.Kasihan.

Elita dan Gavin saling menjeling dan bergegas untuk menyediakan barang yang diperlukan.Walaupun mereka masih penat berjalan tadi,tetapi semangat itu masih ada.Sehinggalah mereka berdua berebut untuk mengambil kuali.Suasana dapur pun bising kerana mereka berdua.

Elita dan Gavin mengaul masakan mereka dan saling melihat masakan antara satu sama lain.

***

Akhirnya mereka berdua telah pun siap masak.Elita menghias hidangan dengan hirisan limau purut.Gavin pun tak nak mengalah dan dia juga menghias hidangannya dengan hirisan limau pulut.Elita tidak berpuas hati kerana hiasannya ditiru.

"Takpe2!"kata Elita dan mengambil air sejuk lalu meletakkan air sejuk itu di sebelah hidangannya.

Gavin masih tidak mahu mengalah.Dia menyediakan air oren dan meletakkan juga di sebelah hidangannya.Gavin berpeluk tubuh dan senyum sinis padanya.

"Kretif kan?"

Elita menjelingnya dan tidak membalas pertanyaan Gavin.

"Vivi!"Elita memanggil Vivi dari dapur.

"Oh tuan putera sudikah engkau bersamaku?"Vivi mengigau.

Dia terjatuh di bawah sofa dan terjaga dari tidurnya.

"Eh puteraku"

"Vivi!Datang sini"Elita memanggil berkali-kali.

"Ya tuan putera,eh tuan putera pula ya cik Elita"Vivi mengusap kepalanya kerana terhantuk di lantai.

Vivi melirik ke arah jam.Pukul 6:30 petang.

"Laparnya..haih tuan putera tampannya awak"Vivi termenung mengingati mimpinya tadi tetapi diganggu.

"Vivi!"

Terhenti lamunan Vivi.

"Ya cik Elita sekejap"

Vivi berlari masuk ke dalam dapur dan kagum melihat masakan Elita dan Gavin.Bau yang sedap menariknya untuk makan.

Gavin dan Elita senyum.Bangga pada diri mereka apabila ternampak Vivi fokus melihat hidangan mereka.

"Ni awak berdua yang masak ke?"Vivi bertanya kerana tidak percaya.

"Yes"serentak mereka berdua menjawab.

Vivi duduk dan menyaukkan rendang ayam yang disediakan oleh Elita ke piringnya.Seterusnya dia mencuba untuk makan rendang ayam yang disediakan oleh Gavin.

"Sedapnya.."Vivi puji masakan mereka dan terus makan.Seperti dibuai mimpi.

Selepas Vivi siap makan,Elita bertanya padanya.

"Rendang ayam siapa yang lagi sedap?"

"Dua2 sedap"

"Tak boleh macam tu awak mesti pilih antara saya ataupun dia je"

"Saya suka masakan awak berdua sampai saya tak dapat buat keputusan.Maaf cik Elita ,saya ada nak buat kerja lagi.Cik Elita dan Gavin makanlah ya"

Vivi mencuci piringnya dan keluar dari dapur.

"Keputusan seri so terima je"kata Gavin dan duduk untuk makan.

"Eleh macamlah masakan awak sedap sangat"

Gavin menghulurkan rendang ayamnya pada Elita.

"Cubalah awak makan"

Elita makan rendang ayam Gavin.

"Awak tiru cara saya masak kan?!"

"Taklah"

Elita memukul bahu sasa Gavin.Gavin menghalang Elita sehingga dia terpeluk pinggang Elita.Mereka berdua saling berpandangan.Muka Elita berubah merah dan dia menolak Gavin.

Elita duduk jauh daripada Gavin kerana malu.Gavin tersengih.

Mereka berdua makan dan tidak berbual.

Vivi berdiri di pintu dapur dan ketawa kecil melihat mereka berdua.Dia juga ternampak situasi tadi.Itulah buktinya untuk disampaikan pada Encik Alvis dan Puan Jefina.Mereka sangat berharap jika Gavin ditakdirkan jodoh Elita.

***

Elita bersiap awal dan menunggu Gavin di depan pintu.

"Lambatnya!"

Elita mengetuk pintu dan memanggil Gavin.Elita terkejut melihat Gavin masih belum bersiap.

"Gavin!Saya dah lama tunggu awak kat sini tapi awak belum bersiap lagi!"

"Maaf Elita,saya lambat tidur semalam sebab main game"Gavin senyum padanya walaupun dia belum mencuci muka.

"Cepat bersiap!"

Gavin menganggukkan kepalanya dan menutup pintu dengan perlahan.Walaupun Elita sentiasa menutup pintu dengan kuat saat dia berada di depan pintu Elita tetapi dia tidak mahu balas dendam.

Dulu Gavin setia menunggunya di depan pintu dan sekarang adalah giliran Elita menunggunya pula.

Beberapa minit kemudian,Gavin membuka pintu.

"Morning Elita"

Elita menoleh ke arahnya.Dia gembira kerana Gavin memakai pakaian yang dibeli kelmarin.

"Tampan tak kalau saya pakai baju ni?"

"Entah"

Elita menjelingnya dan turun ke bawah.Gavin menggaru kepalanya yang tak gatal."Saya ada salah cakap ke?"bisik hatinya sambil membetulkan kolar bajunya dan mengekori Elita.

***

Vivi berhenti menyiram bunga ketika dia ternampak Elita dan Gavin keluar dari rumah dan dia menegur mereka.

"Cik Elita dan Gavin nak pergi mana?"

"Saya ikut Gavin lawat keluarga dia"

"Ok cik Elita"

Vivi sambung menyiram bunga dan bercakap sendiri.

"Oh tuan puteraku di manakah engkau?

Puteri sedang menunggumu di sini"

Elita dan Gavin ketawa melihat gelagat Vivi.Elita masuk ke dalam kereta tanpa meminta pertolongan daripada Gavin.

Selepas sahaja mereka keluar,Vivi berhenti menyiram bunga,Vivi berlari masuk ke dalam rumah dan menelefon Encik Alvis.Dia menceritakan padanya tentang Elita dan Gavin.

Vivi siap menelefon dan dia berlari ke ruang tamu untuk menonton televisyen.Hobinya selepas menyiram bunga semasa tuannya tiada di rumah.

***

'Cantiknya pemandangan kat sini'Elita bercakap dalam hatinya.

"First time ke Elita pergi kampung?"

"Ya"Elita menjawab dengan ringkas dan fokus melihat pemandangan di kampung.Gavin senyum melihatnya.

Setelah mereka berdua sampai,Gavin dan Elita keluar dari kereta.

"Abang Gavin!"

Milly dan Ethan iaitu adiknya berlari ke arahnya dan bersalaman dengan mereka berdua.

"Makin tampanlah abang ni dan pandai bergaya pula tu"kata Milly

"Haha kakak yang sebelah abang ni yang ajar abang bergaya"

"Dia bakal ipar ke abang?"Milly senyum melihat Elita.Elita membalas senyumannya.

"Abang bodyguard dia jadi dia ni bos abang"balas Gavin.

"Tapikan padanlah abang dengan kak Elita,tampan dan cantik pula tu"

"Amboi2 adik ni"kata Ethan untuk menghentikan Milly bercakap.

"Betullah"balas Milly.

Gavin ketawa kecil melihat mereka berdua.Elita mengalihkan pandangannya ke arah lain kerana malu.

"Masuklah abang ,bawa kak Elita lagi masuk,mama dengan ayah ada kat dalam"pelawa Ethan.

Gavin mengangguk.

"Jom masuk Elita"

"Takpelah saya nak tunggu kat luar je"balas Elita.

Gavin memegang tangan Elita dan membawanya masuk.

"Tak boleh, awak mesti masuk juga dengan saya"

Gavin mengedipkan matanya.Elita hanya mengikutinya dan mukanya berubah merah.

Ethan dan Milly senyum melihat abang mereka bersama Elita masuk ke dalam rumah.

"Morning mama ayah"Gavin memeluk ibu bapanya.

"Makin kacak pula anak mama seorang ni" Puan Blithe iaitu ibu Gavin. mengusap bahu anak sulungnya itu.

"Ini ke anak Encik Alvis?"Encik Damian bertanya pada Gavin dan melihat Elita berdiam di sebelah Gavin.

"Ya dia"

Puan Blithe dan Encik Damian saling berpandangan dan tersengih melihat Gavin memegang tangan Elita.

"Amboi mesranya Gavin dengan cik Elita pegang2 tangan lagi"Puan Blithe puji mereka berdua.

Gavin melepaskan Elita.Gavin menggaru kepalanya yang tak gatal.Malu.Muka Elita berubah merah lagi.

Elita bersalaman dengan Encik Damian dan Puan Blithe.

"Cantiknya anak Puan Jefina"Puan Blithe membelai rambut Elita.Elita senyum melihatnya.

"Eh apa lagi berdiri kat sini,Gavin bawalah cik Elita duduk kat sofa sana"kata Encik Damian.

Gavin menganggukkan kepalanya dan membawa Elita duduk.

Puan Blithe memanggil Milly di luar.

"Milly cepat masuk dapur buatkan air untuk kakak Elita dan abang Gavin"

"Okay mama"balas Milly.

"Oii abang jaga guli aku tu siap kau kalau sentuh guli aku"Milly memberi amaran pada abangnya,Ethan.Ethan tersengih dan menjulurkan lidahnya.

"Tak nak!"

"Abang eeee!!!"Milly belari mengejar Ethan.

"Milly cepat!"suara Puan Blithe di ruang tamu.

"Tengok ni abang dia kacau guli adik!"

"Kamu berdua ni nak ke mama suruh ayam kejar kamu berdua huh !Tak habis2 bergaduh je!Cepat!"

Milly berhenti mengejar Ethan.

"Awas kalau abang ambil guli adik!"Milly memberikan amaran lagi pada Ethan dan masuk ke dalam dapur meninggalkan Ethan di luar.

Ethan ketawa melihatnya dan menyembunyikan guli Milly.Setiap hari Ethan suka menganggu Milly dan membuatnya selalu marah.

"Tak habis2 bergaduh je"Puan Blithe membebel sendiri dan menuju ke dapur.Gavin dan Elita tersengih melihat Puan Blithe membebel.

"Mama dengan ayah cik Elita apa khabar?"Encik Damian bertanya pada Elita.

"Baik,Mereka pergi ke Rusia,ada tugasan"balas Elita.

"Macam mana Gavin?Dia jalankan tugas dia dengan baik ke?"

"Tak"Elita berterus terang dan Gavin menyuruhnya untuk senyap.Tetapi Elita tetap mahu bercakap.

"Apa?!Gavin betul ke apa yang dia cakap?"Encik Damian bertanya pada Gavin.

"Ada sikit je tapi Gavin minta maaf pada dia"balas Gavin dan menundukkan kepalanya.Elita senyum sinis padanya.Gembira Gavin dimarahi oleh ayahnya.

"Haih Gavin memang macam tu uncle banyak kali tegur dia tetapi dia tetap macam tu"

"Ha'ah betul tu uncle,Elita pun selalu tegur dia"Elita senyum sinis lagi pada Gavin.

'Padan muka!'bisik hati Elita.Gavin memandangnya dengan pandangan tajam.

"Kalau dia masih lagi tak jalankan tugas dengan baik Elita cakap je pada uncle tahulah uncle nanti nak tegur dia"balas Encik Damian.

"Ok uncle"Elita menjawab dengan semangat.

"Eleh dia pun selalu buat jahat pada Gavin"Gavin senyum sinis pada Elita.

"Awak yang mula dulu!"

"Tak awak!"balas Gavin.

"Awaklah!"

"Bukan saya tapi awak!"

Gavin dan Elita masih bergaduh dan tidak mahu mengalah.

Encik Damian pula semakin bingung melihat Elita dan Gavin.Menyesal bertanya.

"Sudah!Jangan bergaduh lagi,ok ok uncle percaya kamu berdua"

Elita dan Gavin saling berpandangan dengan pandangan tajam.Pandangan yang boleh membawa maut sampai Encik Damian pun berlari meninggalkan mereka berdua.Malas mahu melihat mereka berdua.

Puan Blithe dan Milly hairan melihat suaminya berlari masuk ke bilik.Mereka berjalan ke ruang tamu dan Milly membawa minuman teh.Puan Blithe dan Milly terkejut melihat Gavin dan Elita bergaduh.

"Awak yang mulakan!"kata Elita.

"Tak awak!"

"Jangan bergaduh lagi" mereka berdua berhenti bergaduh apabila ditegur oleh Puan Blithe.

'Patutlah abang masuk bilik pening kepala rupanya,haih Ethan bergaduh dengan Milly,Gavin pun bergaduh dengan Elita apa nak jadilah dengan mereka ni'bisik hati Puan Blithe.

"Kakak Elita dan Gavin jemputlah minum"Milly meletakkan minuman teh di meja.

Milly duduk di sebelah ibunya.

Gavin mengambil minuman teh untuk dan memberikan segelas lagi pada Elita.Elita mengambilnya dan jeling pada Gavin.

Milly dan Puan Blithe hanya melihat mereka.

"Makanlah lagi kek tu"pelawa Puan Blithe.

Gavin dan Elita mengambil kek untuk diri sendiri.Mereka tidak bertegur.

"So macam mana cik Elita sedap tak kek yang aunty buat?"

"Sedap"balas Elita sambil mempamerkan senyuman.

"Gavin bawalah lagi Elita jalan tengok sawah padi"Gavin tersedak.Elita mengusap belakang Gavin.

Milly dan Puan Blithe ketawa kecil melihat Elita mengambil berat tentang Gavin.

"Kenapa Gavin perlu bawa dia?"

"Yelah takkanlah Gavin nak suruh Elita duduk kat sini je.bolehlah juga Elita tengok pemandangan di sawah padi"balas Puan Blithe.

"Yelah"

"Milly nak ikut abang dengan kakak Elita boleh tak?"

"Boleh"balas Gavin.

***

Gavin berada di depan manakala Milly pula berjalan beriringan dengan Elita.

"Abang Ethan ni tinggalkan adik je,guli pun dia sembunyikan takpe awaslah abang nanti!"bisik hati Milly.

"Kakak rasa best tak kat kampung?"Milly bertanya pada Elita.

"Best"Elita menjawab dengan ringkas.

"Kakak pernah pergi masuk dalam kampung ke sebelum ni?"

"Tak"

"Oh ,kakak dah ada boyfriend ke?"

Gavin berhenti dan menoleh ke arah Milly.

"bisinglah adik ni banyak tanya"

"Takpelah adik tak tanya pun pada abang,adik cuma tanya pada kak Elita,abang tak payah sibuk!"

Gavin menggelengkan kepalanya.

Elita tersenyum malu.

"Ada"

"Siapa?Oh abang Gavin kan?"

"Tak,nama dia Alden"

"Oh ingatkan abang Gavin"

"Merepek betullah adik ni"bisik hati Gavin.

Mereka terus berjalan menuju ke sawah padi.

"Sinilah sawah padi keluarga saya"kata Gavin.

"Hei bro lama tak jumpa"Hadzwan(kawan lama Gavin) menegur Gavin dan bersalaman dengannya.

"Hei bro tak sangka jumpa kau kat sini"

"Siapa gadis cantik yang kat sebelah adik kau ni?"Hadzwan senyum manis melihat Elita.

"Bos saya dan saya adalah bodyguard dia"

"Oh patutlah,cantik sangat boleh mengurat ke?"

Hadzwan bersalaman dengan Elita.Tanggannya masih bersalaman dengan Elita.Elita senyum melihatnya.Gavin memandang dia dengan pandangan tajam.Dia berdehem.

"Maaf ya Hadzwan aku nak bawa Elita jalan2 jap tengok sawah padi kat sini"

Hadzwan masih memegang tangan Elita.

"Nanti kita bercerita lagi ok"

Elita menganggukkan kepalanya dan melepaskan tangan Hadzwan.

Hadzwan melambaikan tangan pada mereka.

'Boleh tahan tampan orangnya'bisik hati Elita.

"Hadzwan macam suka je pada kak Elita"usik Milly.

"Maybe"balas Elita.

"Hadzwan tu playboylah"Gavin menyampuk perbualan mereka.

"Eleh abang ni cemburukan tengok Hadzwan mesra dengan kak Elita?"

"Taklah"Gavin mengalihkan pandangannya ke arah lain.Dia tidak berpuas hati melihat Hadzwan mengurat Elita tadi.

"Cakap jelah abang haha!"

Elita berdiam.Milly pula tak berhenti mengusik abangnya.

***

Mereka bertiga berjalan mengelilingi sawah padi.Setelah mereka penat berjalan,Milly mengajak Gavin dan Elita duduk di pondok.

"So kak Elita macam mana best tak?"

"Best sangat,kakak suka tengok pemdangan kat sini"

Tiba2 Hadzwan menegur mereka dan duduk di sebelah Elita.Gavin mengenggam penumbuknya.Mahu saja dia menumbuk muka Hadzwan tetapi dia membatalkan niatnya kerana Hadzwan merupakan kawannya.

"Abang Hadzwan suka kan dengan kak Elita?"kata Milly.

"Cinta pandang pertama"Hadzwan membalas.

"Dia dah ada boyfriendlah"Gavin pun menyampuk.

"Siapa?"

"Kau tak perlu tahu"Gavin berdiri dan memegang tangan Elita.

"Jom balik Elita"

Hadzwan berdiri.

"Kalau dia ada boyfriend kenapa kau berani pegang tangan dia?"

"Suka hati akulah!"

Gavin terus membawa Elita beredar dari sana.

"Maaf Hadzwan"kata Milly dan mengekori Gavin dan Elita.

"Takpe nanti Alden rosakkan hubungan korang berdua!"bisik hati Hadzwan.

***

Selepas mereka siap makan tengah hari,Gavin bercadang mahu membawa Elita balik ke rumah.Dia tak nak jika Hadzwan melawat Elita.

"Mama kami dah nak balik"

"Awalnya kenapa ada hal ke?"Puan Blithe bertanya.

"Takde,oklah mama saya nak bawa Elita balik sekarang"

Gavin bersalaman dengan ibunya,Ethan dan Milly.

"Ayah mana?"

"Ada dia kat dalam bilik,pening kepala"

Gavin menganggukkan kepalanya.

"Nanti datang sini lagi tau kak Elita,jangan lupa mesej Milly"

Elita menganggukkan kepalanya.

Baru sahaja Elita mahu ingin masuk ke dalam kereta tetapi Gavin sudah membantunya untuk membuka pintu kereta.

Gavin melambaikan tangan pada keluarganya dan memandu kereta Elita.

"Dia ada marah orang ke tadi?"

"Dia marah Hadzwan tadi sebab Hadzwan mengurat Elita"

Mereka bertiga ketawa.

"Mama rasa kenapa abang marah?"

"Mungkin dia sayang Elita"

"Tapi kak Elita kan dah ada boyfriend"

"Biasalah tu Milly mungkin dia suka Elita"

"Tapi abang kan suka kak Amelia?"

"Mereka dah lama berpisah mungkin abang Gavin nak cari pengganti"

Milly dan Ethan mengangguk faham.Mereka baru berumur 15 dan 16 tahun.

"Mama nak masuk dalam rumah,kamu berdua jangan bergaduh lagi!"Puan Blithe meninggalkan mereka berdua di luar.

"Oii abang,mana guli aku!Aku tahu kau yang sembunyikan kan!"

"Entahlah"

"Abang!"

Milly mengejar Ethan.

"Milly !Ethan!jangan bergaduh!"

Namun Milly masih tidak berhenti mengejar Ethan.

"Abang ni dah kenapa pening kepala je"Puan Blithe hairan melihat suaminya hanya berbaring di katil.Makan pun sikit.

"Pening kepala abang tengok Gavin bergaduh dengan Elita tadi"

"Haihh susah betul nak baikkan hubungan Gavin dengan Elita"

Puan Blithe masih tertanya-tanya dalam hatinya sebab Gavin marah bila Hadzwan mengurat Elita.

Encik Damian tidur lena di katil dan berdengkur.Puan Blithe ketawa melihat suaminya.

Kalaulah Encik Damian berada di tempat Vivi sekarang,memang pengsanlah jadinya ataupun berhenti kerja.Nasiblah Vivi tetap bersabar.

***

Alden menghempaskan botol kaca sehingga pecah.

"Hauurrraaaaa!!!kenapa dia masih hidup?!!!"

Alden tertekan kerana dia terserempak dengan Haura.Haura tidak mengenalinya kerana Alden memakai cermin mata dan topeng muka.

"Kau harus mati bersama Elita!!Supaya aku dapat rampas harta keluarga Elita!!!"

Alden memegang pisau dan menjilat darah orang yang dia bunuh.

"Sial!!!Takpe aku jumpa kau lagi aku akan bunuh kau!!Tapi aku nak bunuh Gavin!Lepas tu aku bawa Elita jauh daripada keluarga dia!!"

Alden ketawa.Dia menukar strateginya.

Alden mengambil telefon dan menelefon Hadzwan.

"Hi bro"

"Hi woii aku dah nampak Elita tadi,aku nak mengurat dia tapi Gavin halang aku"

"Kau tak bunuh je Gavin tadi"

"Banyak orang nampak"

"Takpe kita tukar plan,kita biarkan dulu Gavin dengan Elita,lepas tu kita bunuh Gavin dan bunuh Haura"

"Haura masih hidup ke?"

"Ya aku terserempak dengan dia tadi"

"Good"

Mereka berdua ketawa.Ketawa seperti tanda kemenangan.Alden dan Hadzwan adalah rakan sekerja dan bersepakat untuk menghancurkan hidup Elita.

Chapitre suivant