webnovel

Bab 69 : Perpisahan yang tiada permulaannya.

Zara menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan wanita itu. Tetapi wanita itu dengan selamba menarik dirinya ke dalam pelukan.

Yang mana membuatkan Zara taken aback dengan tindakan tersebut. Dia memandang kejung ke satu arah dengan tubuhnya kaku taktala tubuh hangat wanita itu mendakapnya.

Oleh kerana tidak dapat mengawal dirinya, air mata dia terus tumpah ke pipi. Dengan tangan yang menggigil kuat dia balas pelukan itu. Buat pertama kali sejak dilahirkan, tapak tangannya akhirnya menyentuh tubuh ibu kandungnya.

Terus terhambur keluar air mata sedih dan gembiranya dengan deras. Perasaan lega yang amat sangat menjalar seluruh urat sarafnya.

"I miss you mother.."ucap Zara dalam hati saat menikmati saat-saat berharga itu. Dia rehatkan kepalanya di bahu Gina. Berharap masa akan berhenti buat selamanya supaya dia dapat berada di dalam dakapan ibunya ini.

"Terima kasih sebab datang..."ucap Gina sambil meleraikan pelukannya dari Zara. Apabila dia melihat wajah Zara, keningnya terangkat tinggi kerana terkejut. "Huh.." nafasnya tertahan sebelum dia memegang bahu Zara. "Hei..kamu tak apa-apa?"tanya Gina dengan risau.

Zara mengangguk kepala lantas mengangkat kepala. Menyeka air mata dengan tapak tangan perlahan-lahan.

"Maafkan saya..."ucapnya bersama senyuman di bibir. "Saya terlalu teruja sampai menangis. Jujur saya beritahu, saya peminat fanatic puan. Saya sangat sukakan semua karya seni puan..." luah Zara dengan suara serak sedihnya.

Taylor menggosok belakang badan Zara untuk menenangkan gadis itu.

"Oh ya ke...terima kasih. Saya tak tahu macam mana nak cakap...maaf sebab buat kamu menangis..."ujar Gina dengan senyuman kekok di bibir.

Zara menggeleng kepala lantas tersenyum senang.

"Gembira dapat bertemu dengan puan. Ianya adalah impian saya sejak kecil lagi untuk berdepan dengan puan begini..."luah Zara dengan jujur.

Ya. Dia telah berpisah dengan ibu kandungnya sewaktu dia tidak sampai enam minggu setelah dilahirkan. Ibunya telah meninggalkan dia begitu sahaja.

Bila dia besar, puas dia cuba cari tahu siapa ibunya. Setelah bersusah payah dia mengetahui keberadaan neneknya. Tapi disebabkan James, Zara alami kesukaran untuk capai neneknya setiap kali dia cuba cari tahu siapa ibu kandungnya.

Sehinggalah satu hari dengan bantuan Sarah dia berjaya mengesan ibu kandungnya di usia 19 tahun. Sejak itu dia sentiasa mengikuti perkembangan ibu kandungnya melalui majalah-majalah yang di langgan.

"Mari..."ajak Gina yang mahu memeluk Zara semula. Dengan rela hati Zara memeluk Gina dengan erat. Dia menangis kerana terlalu gembira kerana dapat bertemu dengan ibunya buat pertama kali setelah bertahun lamanya.

Dia tidak salahkan Gina kerana meninggalkannya dan tidak mengenal dirinya.

Gina tinggalkan Zara kerana mahu lindungi Zara dari kekejaman James. Disebabkan Gina diugut oleh James sekiranya tidak pergi, James takkan bantu untuk bayar rawatan perubatan Belinda. Zara tahu semua itu melalui Belinda sendiri. Oleh kerana itu Zara tidak salahkan Gina.

"Maafkan saya..."ucap Zara. "Saya tak patut menangis begini..tapi saya terlalu gembira..." ucap Zara dengan sedih. "Ibu..ini Zara...anak ibu..."nangis Zara dalam hati.

Gina mengangguk kepala lalu menggosok belakang Zara. Entah kenapa dia berasa sangat dekat pada gadis ini. Berasa seperti selesa dengan kehadiran gadis ini di dalam pelukannya.

"Ibu..."panggil satu suara muda dari arah belakang Zara.

Kening Gina terangkat selepas mendengarnya dan dia perlahan-lahan meleraikan pelukan itu.

"Kamu dah sampai?"sapa Gina.

Zara berpaling memandang ke belakang sebelum melihat dua orang remaja lelaki berdiri di depannya. Memandang hairan ke arahnya dan Gina silih ganti.

"Apa yang dah berlaku dekat sini?"soal anak sulung Gina, Mason. Remaja lelaki itu memandang Zara dengan renunngan judging dia.

Gina merangkul bahu Zara lalu tersenyum.

"Tiada apa-apa. Hanya seorang dari peminat ibu..mana ayah kamu?"tanya Gina.

Zara tunduk menyeka air mata dari pipinya sebelum memandang dua orang adik tirinya dengan senyuman di bibir.

"Tengah berborak dengan kawan dia..."jawab anak kedua Gina, Mike.

Gina mengangguk kepala faham. Terus dia kembali memandang Zara.

"Zara kenalkan ini adalah anak lelaki saya..Mike dan Mason."

Zara memberi anggukan kepala kecil. "Hai.." sapanya. Dua wajah itu seiras seperti Gina sendiri.

Mereka berdua hanya memandang Zara dan memberi anggukan sapa.

"Ibu...ayah kata CEO dari syarikat yang sponsor majlis ni. Siapa nama dia...?"Mason pandang Mike.

Mike menjuling mata menyampah dengan perangai pelupa abangnya lalu memandang Gina. "Daniel..."sebut Mike dengan malas.

"Hah...Daniel. Nak jumpa ibu."sambung Mason.

Gina mengangguk kepala.

"Yalah...ibu ke sana...."dia memandang Zara. "Kamu tak apa-apakan kalau saya tinggalkan di sini..."

Zara mengangguk kepala sambil tersenyum. "Ya..."jawab dia sedangkan dalam hati sudah meraung rayu supaya jangan pergi.

"Baiklah kalau macam tu...gembira dapat jumpa dengan kamu, Zara. Semoga kita dapat berjumpa lagi..."pamit Gina sewaktu jalan mendekati Mason dan Mike sambil toleh memandang Zara.

Zara mengapai tangan hendak memegang lengan Gina tetapi terlepas. Membuatkan dia termenung dengan tangan masih tergantung di udara.

"Saya pun...gembira dapat berjumpa dengan ibu..."bisik Zara sambil memerhati langkah Gina meninggalkan dirinya. Semakin lama semakin jauh jarak mereka berdua.

Zara lihat sahaja belakang Gina sehingga wanita itu tidak kelihatan lagi.

Taylor berdiri di belakang Zara sebelum memegang bahu Zara.

Serta merta Zara berpaling menghadap Taylor.

"She hug me..."ucap Zara lantas menekup kedua-dua muka sebelum menyandarkan dahi ke dada lelaki itu. Lalu dia menangis teresak-esak dengan sedih.

Taylor menepuk belakang Zara. "You did it..." ucapnya semasa memandang ke depan.

Zara tidak dapat berkata apa-apa kerana terlalu sedih dengan semua itu. Dia dongak memandang Taylor bersama air mata turun dari tepi matanya.

"Terima kasih...Taylor."ucapnya.

Taylor tunduk memandang wajah Zara. Hati Taylor diruntun hiba setelah melihat wajah Zara. Dia mengangkat tangan lalu menyeka air mata dari tepi mata Zara dengan ibu jari.

"Sama-sama...cik Zara..."ucap Taylor dengan lirih.

Zara kembali menyandarkan kepala ke dada lelaki itu dan terus menangisi perpisahannya dengan Gina.

Perpisahan yang tidak pernah ada mulanya.

Chapitre suivant