webnovel

BAB 11

BEBERAPA orang pengawas perempuan cuba untuk menghentikan Arissa yang sedang menggila itu namun, tidak terdaya. Arissa tidak boleh dihentikan kerana sesiapa yang cuba mendekatinya, dia akan  membaling apa-apa yang berada berdekatan.

Tidak berapa lama kemudian, Hairi datang dengan kedua orang pengawas itu tadi. Hairi terus melangkah masuk dan memandang tepat ke arah geng HAZ²S. Kemudian, memandang pula ke arah Arissa yang sedang mengangkat kerusi tanda ingin bersiap sedia membaling jika sesiapa berani datang menghampiri.

"Semua, stop! Haizul, Adam, Zakwan, Shahrizal dan Shazwan. Letak pisau tu dekat bawah atau bagi pada aku. Sekarang!" tengking Hairi kepada geng HAZ²S. "Sebelum aku tendang sorang-sorang dari sekolah ni, baik buat apa yang aku cakap. Aku tak main-main!" sambungnya lagi keras bercampur dingin apabila melihat geng HAZ²S tidak mendengar arahannya. "One more, tendang and letak dekat pusat pemulihan akhlak"

Haizul terus mencampakkan pisaunya ke bawah diikuti dengan yang lain. Entah kenapa mereka rasa bergetar apabila terdengar sahaja perkataan pemulihan akhlak. Mungkin risau diri tidak akan bebas lagi? Entahlah. Tanyalah sendiri geng HAZ²S tu.

Arissa juga kelihatannya sudah meletakkan kerusi itu ke bawah walaupun tidak disuruh. Mungkin dia rasa tidak lagi terancam? Mungkin juga kerana berasa gerun dengan Hairi yang garang itu? Ataupun, takut dihantar juga ke pusat pemulihan akhlak?

"Sekarang, semua keluar dan pergi jumpa guru disiplin, Cikgu Azhar. Jangan risau, Cikgu Azhar tak join mesyuarat. So... tahu-tahulah" kata Hairi sambil memandang mereka semua satu-persatu.

Geng HAZ²S dan Arissa hanya akur. Geng HAZ²S mendahului Arissa dan Hairi. Sebab apa? Sebab diorang dah penat nak bergaduh. Tambahan pula pengawas yang datang itu, bukan calang-calang. Sekali kau lawan, berkali-kali dia balas.

Sampai sahaja di hadapan bilik guru disiplin, Hairi masuk terlebih dahulu untuk membuat laporan. Geng HAZ²S serta Arissa hanya duduk di luar menanti Hairi tanpa perasaan. Sudah banyak kali lalui benda yang sama. Jadi lali dah. Tapi itulah, masih tidak serik-serik lagi.

Arissa berpeluk tubuh sambil menyandarkan dirinya di tembok dengan kaki sebelahnya berada di dinding tembok. Langsung tiada perasaan bersalah dan takut malah, buat tanda peace lagi dekat CCTV. Memang berani.

Tidak berapa lama kemudian, Hairi keluar dengan muka yang dingin. "Masuk. Kau, Arissa. Keluar kau dari sekolah ni. Heh!" bisik Hairi di telinga Arissa lalu berlalu pergi.

Muka Arissa sudah berubah kecut. Dalam masa yang sama, kata-kata Encik Zaimee pada tempoh hari bertandang masuk ke dalam ingatannya. Dia takut dan risau dengan amaran itu tetapi walau bagaimana pun, Arissa tetap melangkah masuk ke dalam bilik disiplin itu. Hendak lari tetapi Hairi masih memerhati. Jadi, pasrah ajelah... Masuk sahaja ke dalam, kelihatan Cikgu Azhar sudah terpacak di depan meja dengan sebatang rotan yang panjang di tangan.

Cikgu Azhar merenung muka satu-persatu pelajar bermasalah yang berada di hadapannya kini. Mukanya jelas geram dan jelas seperti mahu menelan seorang demi seorang pelajar yang menjejaskan nama baik sekolah ini.

"Siapa yang start dulu? Jawab" kata Cikgu Azhar dingin dengan muka yang tanpa segaris senyuman.

Geng HAZ²S dan Arissa hanya menunduk. Tiada siapa yang berani bersuara apatah lagi mengaku. Sekali salah cakap, maut menanti.

"Are you serious? Tak ada siapa yang start? Habis tu, macam mana boleh gaduh? Pisau, kerusi bagai. Baik nagaku, sekarang!" marah Cikgu Azhar lalu melibas meja yang berada belakangnya itu.

Terhinjut bahu geng HAZ²S tu lalu mengangkat tangan separas bahu. Gila kau nak diam je. Nak mati awal ke?

"Okay. I want to know, how did all of you start that quarrel. Can explain it to me?" kata Cikgu Azhar lembut tetapi penuh maut.

Semuanya bertolak-tolak untuk menyuruh menerangkan apa yang terjadi. Tetapi, bertolak-tolak itu pun tetap tiada yang hendak menerangkan. Salah sendiri, kan? Siapa je berani mengaku?

Arissa bosan dengan situasi itu so, alang-alang tidak bersalah, dia yang membuat pengakuan itu.

"Cikgu, time tu saya tengah rimas dan geram dengan someone ni so, saya duduk jelah tempat saya. Tiba-tiba, diorang ni semua masuk kelas saya dan kacau saya. Awalnya saya marah tapi hanya jeling dengan kata jangan kacau. Tapi diorang ni faham bahasa keling agaknya, diorang makin kacau saya. Saya marah pun, diorang tetap kacau.

And then, saya mengamuklah. Awalnya, saya hanya baling barang saya yang ada atas meja tapi diorang ni, tak tahulah. Mengamuk pula. Tiba-tiba, keluarkan pisau dan nak toreh dekat muka saya but terkena tangan. Saya rasa terancam so, saya guna kerusi. Tapi tak pukul sesiapa pun. And... diorang yang belasah Aqil!" terang Arissa lalu menunding jarinya ke arah geng HAZ²S pada akhir bicaranya.

Geng HAZ²S hanya menunduk. Tidak membela, tidak juga menafikan. Betullah apa yang dikata oleh Arissa. Semuanya salah mereka. Start dari ganggu Arissa hinggalah belasah Aqil, semuanya betul.

Cikgu Azhar akhirnya membuat keputusan. Arissa dilepaskan manakala geng HAZ²S digantung sekolah selama dua minggu kerana mereka sudah berkali-kali diberi amaran dan berkali juga melakukan perkara yang sama. Kalau nak tahu, budak-budak yang buat ayat pick up line pada Arissa pagi-pagi tu, geng HAZ²S lah. Diorang rasa Arissa comel, diorang kacaulah.

*****

Langkah sahaja Arissa ke dalam kelas, rakan-rakan yang berada di hadapan Arissa, semuanya memberi laluan kepada Arissa. Takut sekiranya Arissa menjadi seperti tadi. Yang mengumpat Arissa pun jadi senyap. Kelas menjadi seperti Arissa itu umpama malaikat yang lalu. Semuanya hanya senyap dan memerhati Arissa sehingga Arissa duduk di tempatnya.

Sebaik sahaja Arissa duduk, dia memandang sekelilingnya dengan perasaan yang geram. Dia geram kerana merasakan rakan-rakannya yang lain memandang dirinya sebagai pesalah antarabangsa!

"Apa benda yang korang pandang?! Buatlah kerja sendiri! Aku tetap manusialah. Bukannya alien" kata Arissa dengan suara yang dikeraskan dan dingin.

Semua rakan-rakannya hanya menggeleng perlahan lalu menyambung kembali kerja mereka yang tertangguh. Mulalah jadi pasar malam lagi.

Haieqal di sebelah juga terus berkumpul dengan rakan lelakinya yang lain. Tidak mahu lagi mengganggu Arissa kerana dia dah serik! Dia sudahlah tiada seni pertahanan diri. Kalau Arissa hendak menyerangnya, entah apa yang boleh dia buat. Lari? Tak macho lah pula. Nanti tak ada awek nak. Huhu...😭

Selepas melihat rakan-rakannya yang lain membuat kerja mereka sendiri, Arissa tersenyum sinis lalu membuat kerjanya. Takkanlah nak jadi bos besar pula kan?

*****

Kringg! Kringg! Kringg!

Loceng tamat waktu persekolahan berbunyi. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari pagar sekolah. Ada yang bertolak, ada yang berlari, ada juga yang berani halang pintu pagar. Nak mati awal agaknya.

Arissa pula hanya berjalan bersahaja. Tidak sukalah crowded sangat. Baginya, balik lambat mana pun, tak ada apa yang lari. Rumah tetap je di tanah yang ditempatkan. So, dia jalan sahaja lambat-lambat. Hari ini pun, Aqzi lambat sedikit. Kyra dan Zafirah? Hari ni, mak ayah diaorang yang ambil because diaorang ada kelas tuisyen. Budak rajinlah katakan...

Sampai sahaja Arissa di luar sekolah, dia terus menuju ke perhentian bas. Menunggu sehingga hanya dia sahaja yang tinggal. Bayangkan berapa lama tu.

Tiba-tiba, datang sekumpulan budak lelaki dengan membawa motor dan berhenti betul-betul di hadapan Arissa. Mereka ialah geng HAZ²S.

"Honey... sorang je ke? Kesiannya. Jomlah kitaorang hantarkan. Kesian... dia" kata Haizul lalu menarik lengan Arissa yang berlapik baju.

Arissa menepis kuat tangan Haizul dan mengambil beg sandangnya tanda ingin pergi dari situ. Dia tidak ingin gaduh dengan orang yang tidak pernah serik ini. Buat serabut kepala je. Tak sedar diri. Dah kena gantung pun, masih nak buat masalah.

Sedang Arissa ingin melangkah pergi, begnya pula ditarik oleh Adam sehingga Arissa terdorong kembali ke belakang yang membuatkan dia hampir terjatuh namun sempat disambut oleh Adam. Dia dapat merasakan mukanya membahang. Pantas dia bangun dan menolak tubuh Adam supaya menjauhinya. Kemudian, dia duduk di tempat yang ada, menutup mukanya menggunakan tangan dan menjerit. Dia penat, stress dan perlukan rehat. Kepalanya sakit dan berdenyut-denyut rasanya. Seperti dihentak dengan batu.

Zakwan yang tidak tahu apa-apa, terus mengalihkan tangan Arissa dari muka dan mencekup mulutnya supaya Arissa senyap.

Arissa sudah mula mengalirkan air matanya. Tanpa ubat, dia tak boleh tenang. Sakit apa sebenarnya Arissa ni? Migrain dan memorinya cepat menyimpan benda buruk yang berlaku dalam kehidupan sehariannya and then boleh jadi trauma.

Tiba-tiba, tangan Zakwan dicengkam seseorang. Yang lain sudah lari dengan menunggang motor masing-masing meninggalkan Zakwan.

"Apa kau cuba buat dekat adik aku ni? Kau nak mati awal ke hah?! Baik kau blah sekarang sebelum aku yang jadi malaikat maut kau" kata Aqzi seraya melepaskan cengkamannya.

Zakwan apa lagi? Pecutlah sehingga hampir terjatuh ke tar ketika dia hendak membelok.

Selepas memastikan geng HAZ²S betul-betul hilang dari pandangan mata, Aqzi mengambil beg sekolah Arissa dan menarik perlahan tangan Arissa supaya mengikutinya.

"Tengku, jom kita balik dan ma..."

"Jangan panggil Tengku, lah! Tak faham lagi ke?! Don't called me Tengku! No me llames 'Tengku'! Ne m'appelez pas 'Tengku'! Huwag mo akong tawaging 'Tengku'! Ne nomu min 'Tengku'! Still not understand?! Nak Aris tambah lagi?!" jerit Arissa seraya menarik tangannya kasar. Hambik! Semua bahasa keluar.

"Okey, okey. Aris, jom balik. Makan tengah hari dan makan ubat. And then, tidur ya? Nanti Aris akan okey" ucap Aqzi dan menarik lagi tangan Arissa.

Kali ini, Arissa hanya mengikuti tanpa bantahan dan tanpa suara. Dia sudah betul-betul penat. Sangat... penat. Duduk sahaja dia di dalam kereta, terus tertidur. Jelaslah kepenatan di wajahnya.

Aqzi yang melihat terus menurunkan kerusi yang diduduki Arissa supaya Arissa boleh berbaring dengan selesa. Dia tahu Arissa stress kerana lihat dari segi emosi pun, sudah menunjukkannya.

*****

Chapitre suivant