webnovel

Sebenarnya Aku Tahu

Ketika aku menyedarkan diri,aku perasan Borhan dan Raffli masih lagi berjaga.'Eh, mengapa pula mereka masih berjaga malam-malam macam ni?'tanya hatiku.

"Wushhh!"tiba-tiba sahaja,satu pukulan angin yang bertiup kuat melintasi asrama kami.Aku dengar Borhan berteriak kepada Ustaz Hafizal," Dia datang ustaz!"

"Erkk...Apa yang datang,Han?" aku bersuara.Kulihat Nizam A'ziz memdekatiku sambil menahan tubuhku untuk terus bangun.

"Jangan Mir!Kawal iman kau,sekarang bertenang Mir!"katanya seolah cemas, menutup sesuatu dari pandanganku.Aku tetap berkeras untuk melihat apa yang Nizam sembunyikan dariku,terasa seperti ada sesuatu yang memdesakku berbuat itu.

Aku mengumpul kekuatan,lantas memdorong Nizam ke tepi.'Oh! Rupanya itu temanku,Reesa!'

Kemudian, aku bagaikan separuh sedar,kerana terhuyung-hayang berjalan ke arahnya.Nizam A'ziz mencuba memegang tanganku.

"Ah!"dia terteriak apabila aku merentap tangannya dengan kasar. Borhan, segera membantu Nizam untuk bangun.

" Kamu mungkir janji!"ketika aku mendekati Areesa Sofea,aku merinding mendengar kemarahan yang dia luahkan. Serta merta,mataku terbeliak melihat perubahan pada Areesa Sofea yang begitu comel itu.Wajah yang dahulunya begitu bersih tanpa cela,berubah menjadi buruk berlumuran darah.Bajunya koyak-rabak,dan itu merupakan pandangan paling menakutkan seumur hidupku.

"Amir!! Sedarlah Mir! Kau mesti lawan saka tu !"Suara Borhan menyelubungi telingaku.'Saka?'

"Aku..tidak tahu- Aku mau pulang,"Halimah yang berkelakuan pelik sejak tadi mulai bersuara.Aku yang baring diatas katilku ditemani Borhan dan Nizam memerhatikan Halimah yang kononnya sedang berkomunikasi bersama saka tersebut.

"Mir, sebenarnya..aku tau pasal benda ni semua," Borhan membuka mulut,sedangkan aku terpana.

__p/s: twqq yaa yg bca ni cerita ;) esok kita sambung lagi yaa~

cheers!__

Chapitre suivant