webnovel

First Date

Gabriel mengetuk stereng kereta dengan jari jemarinya sambil telinga dia asyik mendengar irama lagu yang berkumandang di radio. Hatinya tidak sabar untuk bertemu dengan kekasih hati. Dia tidak tahu, semakin lama dia mengenali gadis itu semakin hatinya terpaut dengan kecomelan serta keayuan gadis itu. Kadang-kadang dia jadi tidak keruan dan hatinya selalu ingin berada di sisi gadis itu. Mungkin kerana ini cinta pertamanya, jadi dia sangat teruja seperti cacing kepanasan.

Gabriel tersentak apabila terdengar ketukan di cermin tingkap hadapan tempat sebelah pemandu. Melihat wajah buah hati yang tersenyum manis di muka cermin membuatkan dia tersenyum lebar lalu keluar dari tempat duduk pemandu. Dia menyapa gadis itu dan membukakan pintu kereta untuk gadis itu masuk.

"Saya boleh buka sendiri." Kata Eylem sambil tersenyum malu. Ini pertama kali dalam hidupnya dia dilayan sebegitu. Walaupun hatinya berasa sedikit janggal tetapi dia rasa gembira.

"Yes, of course you can. But I want to do it for you. Tonight, is little bit more special." Balas Gabriel lalu mempamerkan senyuman kacaknya kepada Eylem. Eylem terdiam dan berfikir sejenak.

"Oh! Just for today?" Tanya Eylem untuk kepastian. Sayangnya. Kalau dapat layanan macam ni selalu kan best? Tapi tak logik nak bukakan pintu kereta untuk aku setiap masa. Lagi cepat aku yang buka sendiri. Complicated. Fikirnya.

Melihat wajah Eylem yang ceria bertukar mendung membuatkan Gabriel tertawa halus.

"Hahaha...No sweetheart. If you like it, I will do it forever for you." Jawab Gabriel dalam tawa.

Gabriel tidak perlu berteka-teki tentang apa yang ada dalam hati Eylem kerana perasaan Eylem mudah terzahir di wajah gadis itu. Siapa yang tidak suka dilayan istimewa. Hanya perempuan hati batu saja tidak tersentuh dengan layanan baik seorang lelaki.

Eylem tersengih malu apabila keinginannya jelas diketahui oleh Gabriel. Dalam kepekatan malam dengan suraman cahaya lampu, Gabriel dapat melihat pipi Eylem merona kemerahan. Comelnya dia. Detik hati Gabriel. Dengan baju turtle neck dan skirt gaya pencil melebihi paras lutut. Warnanya tidak terlalu kontra. Rambut hitam pekat yang lurus bagai sutera dilepaskan. Selalunya topi maroon cap kafe yang selalu menjadi hiasan dikepala gadis itu.

"Let's go." Kata Gabriel lalu terus menutup pintu kereta apabila Eylem sudah selamat berada dalam kereta.

"Kita nak makan dekat mana?" Tanya Eylem sejurus kereta bergerak menyentuh jalan raya. Dia tertanya-tanya ke mana Gabriel mahu bawa dia pergi. Gabriel cuma mengajak dia makan malam selebihnya dia tidak tahu. Orang kata rezeki jangan ditolak maut jangan dicari.

"Wait and see." Itu saja balasan Gabriel sambil tersenyum manis ke arahnya.

Tak apa. Sebab senyuman awak menawan, saya akan 'wait and see'. Ya...wait and see. Bisik hati Eylem.

Sampai sahaja di restoran, Eylem tergamam. Memang sangat berbaloi 'wait and see' yang dikata oleh Gabriel hingga dia terdiam. Eylem terpana melihatnya. Dia tidak tahu apa nama restoran ini tapi melihat hiasan lampu yang cantik dan dekorasi restoran yang mahal ala eropah sudah buat dia membisu. Membayangkan berapa bintang Michelin restoran ini diiktirafkan membuatkan dia mahu pitam di situ juga. Dia berkira-kira. Perlu ke dia masuk? Cukup tak duit aku? Ingat makan dekat tempat biasa-biasa. Sekali dia bawak aku pergi restoran mahal. Ambik nak kau penangan 'wait and see'.

"Eylem?" Seru Gabriel apabila melihat Eylem masih tercegat di pintu masuk.

"Ya..ya.." Jawab Eylem tergagap. Dia berdeham kecil. "Kita makan kat sini?" Tanya Eylem mahukan kepastian. Gabriel menganggukkan kepala.

"Awak mesti terkejut, melihat keindahan restoran ni. Cantikkan? Sebab tu saya bawa awak ke sini. Kira restoran ni salah satu daripada restoran favourite saya." Jelas Gabriel. Dia ingin berkongsi dengan Eylem tempat-tempat yang dia gemari.

Alahai...restoran kegemaran dia pula. Aku terkejut bukan kerana terpukau dengan keindahan restoran ni tapi kerana membayangkan berapa keping wang not ringgit berwarna ungu terbang melayang malam ni. Bisik hati Eylem. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Mary. Kalaulah Mary tahu habis dia kena bebel. Saat-saat seperti ini baru kau nak teringat pesanan Mary. Kalau tidak bukan main hanyut kau dalam lautan cinta tak pasti kau tu.

Sepanjang perkenalan mereka Gabriel jarang sekali bercerita tentang kekayaan yang dimiliki apatah lagi keluarganya. Kalau Gabriel tidak memberitahu kepadanya, dia juga dapat meneka latar belakang lelaki itu. Lihat saja pakaian dan aksesori yang ada pada tubuh Gabriel. Semuanya jenama mahal-mahal. Belum lagi kira kereta yang mereka naik tadi. Sport car beb! Mungkin sebab tu dia bukakan pintu untuk aku. Nanti aku rosakkan kereta dia. Melepek aku nak membayarnya. Fikirannya mula negatif.

Kasihan kau Gabriel. Rupanya kau belum master nak baca apa yang ada di hati Eylem. Riak muka bukan segalanya.

"Jom." Ajak Gabriel lantas meraih tangan Eylem. Otak Eylem sekelip mata jadi kosong apabila kakinya sudah jejak masuk ke dalam restoran. Dia tidak sedar jari jemari mereka bersambung antara satu sama lain. Dia hanya membiarkan Gabriel memimpin dia hingga mereka tiba di sebuah meja yang hanya mempunyai dua buah kerusi yang diatur secara berdepan. Kedudukan meja mereka sedikit privasi dengan hiasan meja yang cantik.

"Have a seat, Eylem." Kata Gabriel. Dia sudah menarik sebuah kerusi, menunggu untuk Eylem duduk sahaja lagi. Sesiapa yang melihatnya, pasti mengatakan...ohh..romatiknya. Tapi tidak bagi Eylem. Otaknya sudah bercelaru. Suasana romantik tidak dapat menebus aura negatifnya.

Mahal gamaknya kerusi ni. Tempat duduk diatur. Nak duduk orang lain kena tarikkan. Tiba-tiba perasaan dia menjadi tidak seronok. Bila melihat menu di tangan lagi haru dibuatnya. Tiada harga ditunjukkan hanya sekadar nama makanan dan minuman yang tersenarai. Senarai tersebut membuatkan kepala Eylem semakin pening.

Bukan dia tidak faham ayat bahasa inggeris kerana dia juga merupakan pelajar terbaik sekolah cuma nasib saja tidak menyebelahi dirinya untuk menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi jadi dia bukanlah budak kampung yang konyol. Yang menjadi masalah sekarang ni, nama-nama makanan tersebut sangat janggal dengan dirinya. Aikk? Air sirap pun ada dalam menu? Kalau setakat nak minum air sirap baik aku ajak Gabriel pi kedai mamak je. Hati dia berbicara.

Gabriel tertawa halus melihat wajah Eylem yang berkerut seribu. Apalah yang sayang fikirkan tu? Khusyuk benar menelaah menu. Detik hati Gabriel lalu digapai menu yang ada di tangan Eylem dan diserahkan kepada pelayan di sisi. Dia memberikan isyarat kepada pelayan tersebut dan tanpa berlengah pelayan itu terus pergi. Eylem sudah ternganga.

"You let him go? He does not take my order, yet." Kata Eylem dengan nada tidak percaya.

"It's alright, dear. I dah reserved before we are coming here. Everything is settled. You just need to eat and enjoy our dinner together." Kata Gabriel bersahaja. Senyuman manis masih tidak lekang dari bibirnya.

"Kenapa tak bagitahu awal-awal? Tak perlulah saya fokus tengok menu sampai naik pening kepala saya dibuatnya." Rungut Eylem dengan nada yang sedikit manja.

"Hahaha...but you are so cute. Rugilah nanti, tak dapat tengok muka comel awak." Usik Gabriel. Mata Eylem membulat. Kalau diukur guna duit syiling 50 sen sama besar dengan saiz mata Eylem sekarang ini. Bayangkan duit syiling 50 sen rekaan lama bukan rekaan baru yaa...kawan-kawan.

Oh, My God! Dalam keadaan yang memalukan tu, dia boleh kata aku cute? Boleh kena diabetes aku malam ni. Kenapa sweet sangat ni?

"You made that face again. It was bad for my heart, dear." Kata Gabriel sendirian, hampir tidak dengar butir bicaranya.

"What faces?" Soal Eylem ingin tahu. Hanya itu yang dia dengar.

"Nothing. Let's dig in." Kata Gabriel apabila melihat pelayan lelaki tadi menghidang satu persatu makanan di atas meja. Dia tidak mahu Eylem terus mempersoalkan apa yang difikirkan tentang gadis itu.

"Okay." Sahut Eylem. Matanya meliar melihat makanan yang tersedia di atas meja. Terliur Eylem melihat. Dari tadi dia ikat perut. Isi ikan salmon dikerat kecil lalu di masukkan ke dalam mulut.

"Sedapnya!" Ulas Eylem sambil memejam mata. Terus dia lupa segala fikiran negatif yang hadir dalam diri dia sebentar tadi. Gabriel tersenyum puas melihat keriangan di wajah Eylem. Itu yang lebih penting. Dia mahu Eylem sentiasa gembira apabila berada di sampingnya.

"Cuba try yang ni pula, " kata Gabriel lalu mengerat steak yang ada di dalam pinggannya dan menyua potongan daging itu kepada Eylem.

Eylem teragak-agak mahu menerimanya. Pertama, kerana dia tidak suka steak. Kedua, dia tidak biasa makan suap-menyuap. Baginya tindakan itu hanya untuk pasangan yang bercinta. Lagipun Gabriel bukan suami dia jauh sekali teman lelaki. Bingung jadinya tapi sebelum ini dia pernah suap Gabriel walaupun tidak secara langsung. Nak tolak, kasihan pula Mr.Gorgeous. Okaylah...just for today.

Eylem membuka mulutnya dan sekelip mata, keenakkan steak itu telah merebak di dalam mulutnya. Eylem mengunyah dengan penuh tertib.

"Hmm...not bad and delicious. " Komen Eylem setelah makanan itu hampir di telan. "Jujur saya cakap, sebenarnya saya tak suka makan daging lebih-lebih daging kambing. But this is an exception. Tapi tak boleh lawan kesedapan ikan salmon saya. Hehehe..." Tambah Eylem.

"Awak nak?" Pelawa Eylem saja berbasa basi. Tapi tak sangka Gabriel mengangukkan kepala. Oleh disebabkan Mr.Gorgeous terlalu baik hati menyuapkan dia makanan jadi Eylem melakukan hal yang serupa kepada Mr. Gorgeous. Ternyata, senyuman kacak milik Gabriel terpamer di bibirnya. Jadi betulah tindakan dia tapi sayang makin sikit makanan aku. Bukan senang dapat makanan mahal. Tak apa, bak kata Gabriel, sharing is caring. Pujuk hatinya.

"Saya tahu awak tak suka daging tapi saya saja nak awak rasa makanan favourite saya. Ikan salmon yang awak tengah makan tu pun, salah satu favourite saya. Lepas ni saya nak awak try dessert pula. Di sini, awak cakap je nak makan apa dijamin sedap." Jelas Gabriel. Dia berharap dengan cara begini secara tidak langsung Eylem dapat mengenali dirinya dengan lebih dalam.

"So sekarang ni kita dah share favourite yang sama. Tapi baru saya perasan, setiap kali saya dengan awak mesti saya tengah makan. Hahaha....malam ni pun, macam-macam awak suruh saya try pelbagai jenis makanan. Kalau saya jadi glutton semua ni salah awak." Ungkap Eylem dalam tawanya yang masih bersisa.

"Hahaha...it's okay. No hal punya. Kalau awak jadi glutton sekalipun I'm still like you." Balas Gabriel membuatkan Eylem kagum dengan lelaki di hadapan.

"Wahh...memang betul cakap nenek saya. Lelaki semua mulut manis. Perempuan pula mudah cair. Bak kata pepatah habis madu sepah dibuang. Belum dapat pelbagai janji dan kata manis ditakbur. Bila dah dapat, apa pun tak jadi." Kata-kata Eylem yang bersahaja membuatkan Gabriel berkerut seribu.

"I'm not that kind of man." Balas Gabriel kembali. Dia tidak suka dibandingkan dengan lelaki lain. Apa yang dikata lahir dari hatinya. Dia bukan lelaki hipokrit.

"Hopefully that you are not, Mr.Gorgeous." Kata Eylem sudah tiada segan silu menyuarakan apa yang ada di dalam fikirannya. Dia menyuap kembali makanan ke mulutnya.

"Apa maksud awak cakap macam tu?" Hatinya tidak senang bila mendengar jawapan seperti itu. Seolah-olah Eylem tidak mempercayai dirinya.

"Hmm...awak tahu tak? Just sharing. Awak sangat sempurna di mata saya. Orang kata, awak ni lelaki yang full package. Semua ada. Awak kaya, gentleman, baik dan yang paling penting awaklah lelaki kacak yang pernah saya jumpa dalam hidup saya. So saya tak nampak apa kurangnya awak. " Kata-kata Eylem mengusik tangkai hati Gabriel hingga dia jadi segan dan malu. Kadang-kadang kejujuran Eylem membuatkan dia sebagai seorang lelaki terpaku mendengarnya. Namun kata-kata Eylem selepas itu menyebabkan dia berfikir panjang.

"Saya tak tahu apa yang menarik tentang diri saya yang buat awak nak berkawan dengan saya. Awak mengingatkan saya pada seseorang. Dia macam awak, berduit dan kacak tapi saya tak kata awak macam dia sebab saya tak pernah jumpa orangnya. Awak 100 kali ganda lagi bagus pada dia. Tapi lelaki ini buat mak cik saya merana sampai sekarang. Awak nak tahu apa yang terjadi pada mak cik saya?" Tanya Eylem lagi. Melihat wajah Gabriel seperti tidak sabar mendengar kisah selanjutnya, Eylem kembali berkata.

"Dia jadi gila. Sebelum dia tinggal dengan nenek, kami ada dengar dia ada anak tunggal dan dia hantar anak dia ke rumah anak yatim. Kami tak tahu apa puncanya. Sampai sekarang, saya masih tak tahu siapa sepupu saya dan di mana dia sekarang. So, Mr. Gorgeous don't be like that." Pesan Eylem dengan nada yang bergurau.

"Tapi saya bukan macam tu." Ulang Gabriel tidak mahu disamakan dengan lelaki dalam cerita Eylem. Melihat wajah Gabriel yang sedikit kusam menyebabkan Eylem tertawa kecil.

"Ya. Sebab tu saya kata awak jauh lebih baik dari lelaki tu. Okay, sekarang ni kita tutup cerita. No bad story. Sekarang ni saya nak makan. Awak kata saya kena enjoy our dinner. Jadi saya minta maaf sebab cerita semua ni pada awak." Kata Eylem sambil memberikan senyuman paling manis.

"It's okay. I'm glad that you share it with me." Balas Gabriel dengan wajah yang kembali tenang.

Walaupun perbualan mereka agak serius, dia tidak kisah kerana bagi Gabriel kalau dia mahukan hubungan ini lebih serius dia kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Eylem tersenyum lagi tetapi senyumannya mati di situ apabila ada kelibat seorang wanita yang seksi menghampiri mereka berdua hingga dia terfikir. Malaysia tak cukup kain ke? Pakai skirt atas lutut hingga menampakkan separuh peha gebu wanita itu. Bahagian atas jangan diulas bagaimana, yang pasti aset montoknya jelas kelihatan.