webnovel

Lindungi Dia

Setelah selesai mereka makan, mereka keluar dari kafe.

Di pintu kafe, Bryend dan tiga orang lelaki yang lain mengucapkan selamat tinggal kepada Ashley, Mellisa dan Ted.

"Jumpa masa latihan nanti, Ashley!" kata Bryend. Tangannya masih melambai ke arah Ashley.

"Sudahlah, Bryend. Mari kita jalan!" kata Jeremy sambil dia membawa Bryend pergi dengan menarik bahu dia.

Walaupun Bryend sudah ditarik, Bryend masih mau menoleh ke arah Ashley dan terus melambai.

Ashley ketawa melihat sikap Bryend itu. Dia hanya membalas lambaian tangan Bryend.

Mellisa hanya memandang Bryend dan Ashley dengan rasa tidak puas hati. Dia yang berdiri di belakang Ashley itu hanya bercekak pinggang dan mendengus dalam diam.

"Macam lelaki yang nama dia Bryend tu, suka dengan kau lah, Ash... Dia tak berhenti pun tengok kau dari tadi lagi," kata Ted.

Ashley mencebik pula. "Mana ada. Saya kan assistant kelab dorang. Saya sudah biasa kena layan begitu dengan dia dan yang lain."

Ted tidak lagi berkata apa-apa dan hanya memandang Bryend dan kawan-kawan dia yang sudah jauh dari pandangan mata.

"Dahlah.. Jom balik kelas. Loceng kejap lagi nak bunyi ni," kata Mellisa.

"Jom," balas Ashley, singkat.

Mereka pun beredar ke kelas mereka. Belum sempat sampai di kelas, mereka terserempak dengan Raquel.

Raquel memandang Ashley dengan tajam sebelum dia berpeluk tubuh dengan gaya bongkak sambil memberikan Ashley senyuman sinis.

Mellis terus menolak Ashley sedikit ke belakang dia, untuk melindungi kawan dia daripada di cederakan oleh Raquel.

"Saya tidak mau jumpa kau. Tapi saya nak bercakap dengan bitch ni sekejap. So, fuck the back off!!" kata Raquel dengan suara yang tentunya amat menyakitkan telinga sesiapa saja yang mendengarnya.

Mellisa hanya memusingkan matanya kerana tidak suka dengan perangai angkuh Raquel.

"Jangan kacau dia kalau kau tak nak kena balasan dia, Raquel. You are younger than us, one year apart. Hormat kami sebagai senior dan jangan kacau Ashley lagi.... Kau sudah buat dia luka teruk begini, kau masih lagi tak puas hati. Manusia macam kau ni memang selalu tak puas hati kah?? Kau masih nak buat lebih banyak?" Kata-kata pedas dikembalikan oleh Mellisa kepada Raquel.

Ashley yang terkesan dengan tindakan berani Mellisa itu terus terlopong bangga dengan sikap Mellisa. Dia tidak menyangka yang Mellisa begitu berani sekali melindungi dia.

Ted juga terpegun dengan sikap berani Mellisa. Dia memang tidak kenal dengan Raquel sebab ini pertama kali dia berjumpa dengan Raquel. Tapi melihat kepada cara Raquel dan Mellisa saling bercakap, mereka tentunya bukan kawan yang boleh duduk dalam satu meja dan berbual begitu saja.

Ted boleh rasa yang dendam diantara dua tiga orang pelajar perempuan ini lebih besar dari yang dia sangka.

Raquel..? Mana saya pernah dengar nama dia?

Raquel mendengus geram dengan jawapan Mellisa. Tiba-tiba saja matanya tertancap ke arah Ted.

Badannya dipusingkan untuk menghadap Ted. Terus saja pandangan matanya berubah menjadi pandangan menggoda.

Nak termuntah Mellisa dan Ashley melihatnya.

"Kau mesti pelajar baru yang baru datang hari ni, kan?" kata Raquel.

"Ah, ya... Nama saya Ted."

Mellisa terus menjeling tajam ke arah Ted bila Ted boleh memperkenalkan diri dia dengan selamba saja kepada Raquel.

"Kau baru datang hari ni tapi sayangnya, kau sudah bergaul dengan perempuan-perempuan sial ni? You must not know about this... But this two woman with you are a bitches, not only a bitches but are a sluts too!" kata Raquel.

"Kau--apa kau cakap!????" Mellisa naik angin bila Raquel memanggil mereka dengan panggilan tidak senonoh itu.

Dia ingin menampar Raquel namun Raquel terus menarik Ted ke arah dia. Sekaligus menjadikan Ted sebagai penghalang diantara dia dan Mellisa.

Mellisa menjadi marah lagi. "Ted, tepi lah.. Jangan kau bela perempuan murahan ni!!! Dialah yang buat Ashley luka macam ni!" kata Mellisa.

Mellisa terus menolak Ted ke tepi pula.

Dia memandang ke arah Raquel dengan tajam. "Kau, kalau kau masih mau hidup.. Jaga mulut kau. Meskipun keluarga kau kaya dan berpengaruh, saya tidak takut... Ingat ya, Raquel. Jangan pernah kacau Ashley dan saya lagi. Kalau tidak, goodbye to your pretty slut face!" kata Mellisa. Jari telunjuk dia ditudingkan ke muka Raquel setiap kali dia bercakap.

Raquel terus menolak tangan Mellisa dengan geram. "Kau berani nak ugut saya?"

Mellisa memandang Raquel dengan wajah yang serius pula. "Try me!"

Lama mereka saling bertentang mata. Sehingga lah loceng sekolah berbunyi menandakan pembelajaran kejap lagi bermula.

Ashley terus menarik Mellisa ke belakang agar Mellisa menjauh dari Raquel.

"Sudahlah, Mellisa. Loceng sudah berbunyi. Mari kita balik ke kelas. Kita tidak boleh bergaduh di kawasan sekolah," kata Ashley. Sempat lagi dia melirik ke arah Raquel.

Raquel hanya memandang Ashley dengan pandangan yang bongkak.

"Yalah, marilah kita balik ke kelas," kata Ted pula. Dia memegang bahu Mellisa untuk menenangkan Mellisa.

Mellisa mendengus geram tapi dia juga mendengar apa yang kawan-kawan dia katakan.

Mellisa memandang Raquel untuk kali terakhir. Sekali lagi jari telunjuk dia acuhkan ke wajah serius Raquel. "Ingat apa saya cakap. Jangan KACAU kami lagi!"

Setelah itu, Mellisa pun membawa Ashley pergi dari sana dengan Ted mengikuti mereka dari belakang.

Raquel memandang mereka berlalu dengan perasaan marah. Tidak lama selepas itu, Raquel tersenyum sinis lagi. Kali ini lebih menakutkan, seolah-olah mereka dia sedang menyembunyikan agenda paling kejam.

"Kau ingat kau siapa nak halang apa saya nak buat? Kau sudah buat saya suffer begini, kenapa saya perlu biarkan kau pergi begitu saja?" bisik Raquel perlahan.

Raquel tersenyum jahat sebelum dia berlalu dari sana. Dalam hatinya, dia tidak sabar untuk melakukan rancangan jahat dia yang seterusnya.

Tidak jauh dari sana, seorang pelajar perempuan dengan rambut depan paras kening hanya memandang Raquel.

Beberapa minit setelah Raquel berlalu, perempuan itu pun berlalu.

==================

"SAYA risaulah dengan kau, Ash... Macam mana saya nak lindungi kau lepas ni? Saya akan sibuk dengan latihan netball. Masa pulang, bukannya kita akan pulang sama-sama. Macam mana kalau Raquel betul-betul nak buat sesuatu dengan kau?" bebel Mellisa di sepanjang perjalanan mereka ke kelas.

Ashley yang hanya mendengar itu hanya tersengih.

"Kau jangan cuma tersenyum, Ashley. Yang bahaya ni sekarang, adalah nyawa kau. Siapa yang boleh lindungi kau lagi lepas ni?" kata Mellisa lagi masih membebel.

"Jangan risau, saya boleh lindungi dia," sampuk Ted secara tiba-tiba.

Mellisa dan Ashley menoleh ke arah Ted secara serentak.

"Eh, Ted... Kau kan nak join kelab bola sepak. Macam mana kau nak temankan saya pula?" kata Ashley.

"Kau jangan lah sibuk nak lindungi dia apa segala bagai. Kalau kau tu Iron Man kah Hulk kah... Okey juga. Ni, baru datang nak mengaku hero! Tak payahlah... Nanti kau lagi yang susah," kata Mellisa pula.

Ted berdehem sekejap bila dia mendengar kata-kata Mellisa. Memanglah dia bukan Iron Man atau Hulk, tapi dia memang bersedia mau tolong Ashley. Namun kata-kata pedas dari Mellisa itu membuatkan dia jadi rendah diri sedikit.

Ashley tersenyum hambar melihat Ted. Bukan dia tidak mau pertolongan dari Ted. Tapi Ted adalah pelajar baru, Ashley merasa kekok pula mau meminta tolong dari lelaki itu.

"Tak apalah, Ted... Saya masih ada Bryend dan pemain basketball yang saya boleh tolong saya," balas Ashley lemah.

Mellisa terkedu lalu dia memandang ke arah Ashley. Ah, saya lupa.. Saya lupa yang dia ada Kenzie dan budak-budak basketball tu yang boleh lindungi dia. Haish, beruntungnya dia dapat layanan yang begitu dari dorang... Saya pun mau juga.... Macam mana saya boleh dapat perhatian dorang macam Ashley?

Ted mengangguk. Dia lupa pula pasal Bryend dan tiga orang lelaki yang baru dia jumpa di kafe tadi. Ted lupa yang mereka juga ada menawarkan bantuan kepada Ashley tapi Ashley tidak mau menerima bantuan itu...

Pelik betul Ashley ni...

Semua dia tak nak. Habis, siapalah yang dia mau??

"Mari lah masuk. Takut pula kalau cikgu sudah masuk," balas Mellisa dengan perasaan yang sedikit meluat. Dia malas mau bercakap kalau pasal Kenzie dan kawan-kawannya. Dia merasa iri hati kerana Ashley sentiasa mempunyai cerita baru pasal mereka.

Tiga orang pelajar itu pun masuk ke dalam kelas.

Chapitre suivant