webnovel

Nombor Telefon

Sebaik saja loceng berbunyi, Ashley terus menggendong beg sekolah dia. Sempat dia mengucapkan selamat tinggal kepada Mellisa sebelum dia berlalu.

Kawan-kawan sekelas mereka terus mengucapkan selamat tinggal kepada Ashley sebelum Ashley keluar. Ashley pula hanya membalas ucapan itu dengan ucapan lain.

Mellisa merungut dalam hati. Kenapa semua orang tiba-tiba jadi baik dengan Ashley? Tidak pernah pun dorang cakap selamat tinggal kepada Ashley kalau pulang sekolah.. Tapi kenapa mereka tiba-tiba nak ucap selamat tinggal pula? Ini mesti sebab dorang sudah tau yang Ashley ini adalah assistant kelab bola keranjang...

Ashley berjalan dengan gembiranya ke dewan latihan.

Tiba-tiba, nama Ashley dipanggil membuatkan Ashley berhenti dan menoleh ke belakang.

Diani mendekati Ashley yang masih tersenyum gembira.

"Kenapa, Diani?" tanya Ashley pula.

Diani memandang fail kelab yang masih ada di pelukan Ashley. Dia memandang Ashley lagi dengan bibirnya menguntum senyuman sinis.

"Kau yakin kau mau jadi assistant dorang?" tanya Diani.

Berkerut dahi Ashley mendengar soalan itu. Dia tidak faham kenapa Diani bertanya soalan itu kepada dia.

"Maksud kau??"

"Kalau kau tidak mau jadi macam saya, lebih baik kau undur diri secepat mungkin... Saya juga macam kau mula-mula dulu.. Naif dan innocent masa jadi assistant dorang. Lama-kelamaan, dorang akan layan kau macam sampah, macam kau tidak layak untuk jadi assistant dorang, macam kau ni bukan sebahagian dari team dorang," kata Diani.

Ashley terkejut. "Hah??? Mana mungkin dorang akan buat begitu!"

Diani terus tersenyum sinis. "Betul, itulah yang saya pikir masa saya baru saja jadi assistant dorang. Lepas ni, kau akan semakin dikenali oleh semua orang... Semua orang akan layan kau dengan baik sebab kaulah yang paling rapat dengan budak-budak basketball tu..."

"Then, lepas tu... Dorang akan mula abaikan kau. Dorang layan kau macam sampah, macam kau tidak pernah ada dalam team tu... Then, start dari sana. Seluruh sekolah juga akan berpaling tadah dengan kau. Seluruh sekolah juga akan layan kau macam sampah... Sama seperti apa yang saya lalui," kata Diani.

Anak matanya yang hitam itu memberikan perasaan gerun kepada Ashley setiap kali Ashley memerhati ke arah anak mata Diani. Namun cepat-cepat Ashley membuang perasaan gerun dia.

Tidak mungkin Kenzie dan yang lain akan bersikap seperti itu kepada dia... Mereka semula adalah baik.

"Kau mungkin berfikir yang mereka sangat baik dan tidak mungkin akan buat kau begitu... Tapi, lihat saja nanti... Apa yang akan terjadi," balas Diani pula.

Dengan sebuah senyuman sinis lagi, Diani pergi meninggalkan Ashley di sana.

Ashley pula yang terkebil-kebil melihat Diani pergi. Apa, apa maksud dia??? Apa ni, saya sudah jadi keliru...

"Oh, latihan!!"

Ashley hampir lupa kepada latihan gara-gara terlalu memikirkan kata-kata Diani. Dengan cepat dia berlari ke dewan latihan lagi. Sakit di kaki dia tidak dipedulikan.

Sesampainya dia di sana, Ashley bersyukur hati sebab Coach Dhin masih belum sampai.

Ashley segera ke bangku dan meletakkan fail kelab serta beg dia ke atas bangku. Dia berusaha untuk menenangkan nafasnya semula.

"Ash, kau berlari?? Kaki kau sudah okey kah sampai kau mau lari ke sini?" tegur Bryend, yang datang mendekati Ashley.

Ashley terus menoleh ke arah Bryend. "Oh, saya okey saja. Lagipun saya takut kalau Coach sudah sampai. Jadi saya cepat-cepat ke sini tadi."

Tidak lama kemudian, semua pemain mula menyapa Ashley.

Kecuali... Kenzie.

Kenzie masih diam saja sambil memandang pemain lain menyapa Ashley.

Ashley merungut dalam hati. Keras betullah hati lelaki ni.. Sapa saya pun akan buat dia mati kah? Sedangkan Steven pun sapa saya, kenapa dia tidak...

Bagi pemain yang tidak tau kenapa Ashley boleh luka begitu, mereka terus-menerus bertanya soalan yang sama kepada Ashley.

Ashley baru mau jawab semua soalan itu tapi Bryend dan Herry pula yang bersungguh-sungguh bercerita kepada kawan-kawan mereka yang lain.

Mendengar nama Raquel, semua pemain itu terus menyuarakan rasa tidak puas hati. Bukan mereka tidak tahu, Raquel itu sangat ganas dan dengki orangnya. Apa yang buat dia marah atau cemburu, dia akan balas tidak kira siapa orang dia.

Biasa lah, orang kaya, boleh buat apa saja...

Sebelum Coach Dhin datang, Kenzie membawa semua orang untuk berlatih di gelanggang.

Ashley hanya duduk di bangku sambil memerhati mereka.

Coach Dhin pun datang sewaktu pemain melakukan pemanasan hampir setengahnya.

Coach Dhin melihat keadaan Ashley dan dia terkejut dengan keadaan dia. Dia juga bertanyakan keadaan Ashley dan Ashley berkata yang dia jatuh basikal. Bukan dia mau menipu, tapi kalau dia cakap semuanya sebab Raquel. Nanti tidak pasal-pasal dia kena ceramah pula sebab ini semua ada kaitan dengan Kenzie.

Ashley tau Coach Dhin akan marah besar kalau tau pemain dia terlibat dalam hal yang begini. Lagipun, Ashley tidak mau dibuang dari tugasnya sekarang.

Dia masih mau menjadi assistant kelab ini.... Dia masih belum puas hati melihat Kenzie setiap hari....

Coach Dhin terus berleter pada Ashley untuk menyuruh dia berhati-hati semasa menggunakan basikal.

Ashley pula hanya mampu menutup mulutnya dengan erat dan mengangguk bila perlu. Yalah, dia sedang berdepan dengan 'speaker' sekarang, kalau dia bercakap, nanti makin kuat pula bunyi speaker ni..

Setelah puas berleter, Coach Dhin meminta fail kelab yang dia suruh ambil dari tempat Diani.

Ashley menyerahkan fail itu.

Setelah puas memeriksa semua fail itu, Coach Dhin menyerahkan semula fail itu.

"Saya nak kau simpan fail ni baik-baik. Tugas pertama kau setakat ini adalah untuk mendapatkan biodata baru semua pemain bola keranjang. Saya tak nak yang ada dalam fail ni. Saya nak yang baru. Lepas itu, saya nak kau ambil semua nombor telefon pemain dan simpan di fail ni dan simpan di telefon kau."

Nombor telefon??.... Kenzie?

Mata Ashley mula bersinar-sinar.

"Pastikan kau siap kerja ni secepat mungkin!" kata Coach Dhin, sekaligus mengakhiri arahannya.

Ashley mengangguk cepat. "Baik, Coach!"

Coach Dhin mengangguk tanda puas hati dengan respon Ashley. Dia berjalan ke tengah gelanggang pula, bersedia untuk melatih pemain.

Ashley pula kembali duduk bangku. Naik lenguh kaki dia sebab berdiri sejak pertama kali Coach Dhin bersuara tadi. Ditambahkan lagi kakinya yang luka itu, memanglah!

Namun Ashley tidak kisah.

Ashley tersenyum bila dia teringat akan arahan Coach Dhin. Saya perlu simpan nombor telefon semua pemain dan mesti ingat....

Maknanya saya boleh dapat nombor telefon Senior!! Wah, beruntungnya saya dapat nombor telefon Senior nanti.

Ashley bersorak dalam diam, tidak mau ada sesiapa yang melihat dia bergembira seperti itu.

=====================

Latihan sudah tamat.

Sudah tiba masanya untuk mereka pulang.

"Ashley, jom pulang dengan kami!" kata Bryend.

Ashley tersenyum hambar. Saya mau pulang dengan korang.... Tapi saya tidak bawa basikal saya!!! Wuhuhu, sedihnya....

"Tak apalah, Bryend. Korang pulang lah dulu.. Saya ikut bas pulang ni. Saya tidak bawa basikal saya sebab kaki saya," kata Ashley.

"Kau ikut bas? Kenapa papa kau tidak ambil kau saja?! Sudah larut senja ni... Bahaya kau masih ada di luar macam ni," kata Steven. Wajahnya tergambar perasaan risau.

"Yalah, Ashley... Kan dalam berita, perogol bersiri tu sudah ada di daerah kita..." kata Eden namun Jeremy terus menepuk belakang dia untuk menghentikan kata-kata Eden.

"Ed, jangan lah cakap yang bukan-bukan. Kalau mulut kau tu masin!?" kata Jeremy pula.

Eden hanya mengangguk kecil, tanda mengaku kesilapan dia.

"Tapi kan, masa macam ni, bas sekolah sudah tiada... Bas awam juga mungkin akan lambat kalau kena tunggu!" kata Jared lagi.

"Macam ni sajalah... Kita ikut dia sampai perhentian bas dan kita temankan dia sampai bas awam datang?" kata Charles memberikan cadangan.

"Eh, tak apa... Saya okey saja!" kata Ashley. Dia betul-betul tidak mau menyusahkan semua lelaki itu. Tapi dia memang takut tunggu di perhentian bas sebab keadaan sudah senja.

Macam mana kalau perogol tu jumpa dia.. Dan... Isshhh, jangan cakap lah...

"Jangan cakap begitu, Ash. Keselamatan kau kena jaga juga. Sudahlah kau dalam keadaan begini, kau dapat lawan penjahat tu kah kalau dia serang kau!?" kata Steven pula.

Kata-kata Steven itu membuatkan Ashley tidak mampu berkata apa-apa lagi. Memang betullah dia tidak akan dapat melawan penjahat itu lagi dalam keadaan dia yang luka begini.

Semua lelaki itu saling berpandangan.

"Okey, saya suka idea tu!" kata Herry pula.

Semua kawan dia pun mengangguk tanda setuju dengan cadangan Charles yang mereka akan menemani Ashley di perhentian bas sampailah ada bas yang datang untuk mengambil Ashley.

"Kalau nak tunggu, buang masa saja. Kenapa kita tidak hantar dia saja ke rumah dengan basikal kita?" kata Kenzie tiba-tiba.

Semua orang saling berpandangan. "Ha-ah lah.. Kenapa kita tidak terus hantar dia saja. Hahahaha!!!" kata Herry. Terus saja dia ketawa terbahak-bahak sambil memegang kepala dia.

Yang lain pun ikut ketawa juga setelah mendengar cadangan Kenzie.

"Okey, kalau macam tu, Ash akan naik di basikal saya!" kata Herry dengan bangga.

"Weii, mana boleh... Dia akan naik saya!!" kata Bryend.

Herry terus memandang Bryend. "Tak boleh.. Dia ikut saya!!"

Bryend juga memandang Herry dengan tajam.

"Haih, dorang ni... Mula lagi mau bergaduh!" keluh Charles.

Semua orang ketawa.

Chapitre suivant