Masa Kini-Sauk Kati
Kampung Ngor
SESAMPAI sahaja mereka di perkarangan halaman rumah, mereka tidak berlengah lagi dan terus melangkah keluar dari kereta 'Grab'. Duit yang dihulur ibunya, ditolak Waziff lalu, dia membuka dompetnya yang berisi duit dan membayar duit bayaran pemandu 'Grab' sebelum dia membawa ibu mentuanya masuk ke dalam.
Dia yang masih risau akan kesihatan ibu mentuanya, tetap memimpin Puan Zahrah walau berkali-kali ibu mentuanya cuba menolak dari dibantunya.
Sehingga sampai ke tangga pintu utama yang menempatkan ruang rehat, beberapa kerusi dan sebuah meja rehat. Kerusi besi, disuakan pada ibunya untuk duduk seketika, sementara dia membuka pintu rumah.
Segala urusan, diuruskan Waziff sehinggalah bayaran rawatannya juga, ditanggung lelaki muda itu. Timbul rasa bangga pada dirinya, walau dia hanyalah ibu mentua yang mempunyai pertalian sebagai menantu sahaja. Walaupun menantunya, hanya bekerja sebagai kerani kecil di perusahaan di kawasan itu dua bulan lebih. Langsung tidak pernah, anak muda itu merungut.
Kadang ditanya juga, tidak mahukah anaknya itu membuat permohonan semula jawatan sebagai anggota beruniform. Dia dah sihat sepenuhnya, dan doktor juga sudah mengesahkan dia pulih dari kesakitannya. Tetapi, anaknya itu lebih rela kerja lain daripada kembali berkhidmat sebagai anggota polis.
Puan Zahrah, hanya mengikut keletah anaknya. Membiarkan menantunya berurusan sendiri. Walau dia juga, mampu menguruskan sendiri.
"Ibu..."
Puan Zahrah memandang. "Apa?"
...
Kampung Rambai Tujuh
DANISH berlari anak, semakin laju debarannya semakin kuat rasa ketakutan yang menjalar di hatinya. Membuak-buak perasaannya, sukar dirungkai.
Malah, dirasakan wanita itu cuba mengejarnya dari arah belakang sehinggakan dia lebih rela menghabiskan nafasnya, apabila dia sudah keluar dari hutan belantara ini.
Langkahnya yang terakhir, membuatkan dia menamatkan lariannya. Dia menoleh ke belakang, dengan nafas yang turun naik. Dadanya menyempit. Debarannya memuncak, mencengkam perasaannya.
"Allah..." lafaznya, tertunduk-tunduk dia dalam keadaan membongkok badan menghirup udara. Kembang kedua lubang pernafasannya, melepaskan mengah di dada.
Anak matanya, berwaspada. Takut yang masih ada, dirasakan tidak pernah surut-surut.
"Sia..siapa dia?? adakah...dia kembar Ainaa??" gumam Danish dalam keletihan yang amat sangat. Tak dijangka, kehadiran seseorang yang sangat mirip dengan wajah Ainaa, cuba menyamar menjadi gadis lasak dan pendiam.
Disebabkan, intonasi Ainaa yang lebih kasar dan sentiasa tidak mempedulikannya membuatkan dia tahu. Wanita ini bukan Ainaa.
Mungkin..., mungkinkah dia kembar Ainaa. Jika benar itu kembar Ainaa, pasti wanita itu adalah Sofea. Meremang bulu rumanya, tegak memacak. Seolah-olah, tadi dia berhadapan dengan lembaga yang tidak berbayang.
Kehadiran kembar Ainaa yang tiba-tiba hadir membuatkan dirinya dihambat kegerunan.
Apa yang di takutkan Ainaa selama ini, benar. Jika Sofea dapat menangkapnya, pasti dirinya tidak selamat. Tika itu berlaku, dia tak dapat membantu sahabatnya lagi.
Pesanan Ainaa, beberapa hari yang lalu mengingatkan dia semula.
'Sofea, bukan lagi adiknya.' Sememangnya, Ainaa ingin bertemu semula dengan Sofea. Tetapi sebelum itu, dia perlu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan Sofea.
Dan sekarang...Ainaa, sudahpun berada dalam tangan mereka. Ainaa.. dalam masalah, desisnya kerisauan.
Dia tak mampu melakukan apa-apa. Nak masuk semula kah?? monolognya dalam hati. Jiwanya tidak jelas.
"Jika perkara ini berlaku, larilah..lari, tinggalkan aku sebelum mereka lakukan apa-apa terhadap kau. Ingat!! aku tak mahu lagi, kehilangan sahabat.." pesanan lalu, terngiang-giang di kotak fikiran.
Danish buntu.
Bersambung...