webnovel

Bab 27

Walaupun agak keterlaluan, perasaan takutku mengatasi perasaan seganku lagi apabila tanganku tetap menggenggam erat lengan Qhalif sejak tadi; bagaikan takut kalau-kalau aku lepaskan, lembaga tadi akan muncul semula dan menyerangku.

"Zahra?"

"Hmm?"

"Kau okay? Kau nampak pucat sangat ni…"

"…" suara Qhalif menyedarkan aku dari lamunan sendiri tapi, aku mataku kembali meliar disekeliling ruangan lobi lif itu dengan perasaan cuak; bagaikan diri diperhatikan.

"Zahra.."

"Y…ya…kau panggil aku?" tanganku dipegang menarik perhatianku kepadanya semula; ada tanda risau dalam wajahnya tatkala memerhatikanku.

"Tak…ada apa-apalah…"

"O…okay…" aku kembali mengalihan pandangan darinya setelah mendengar jawapan pendek darinya.

'Mungkin dia masih terkejut dengan mimpi tadi…' terdetik hatinya selari masih memerhatikan gadis disisinya.

"TING!!"

"?!?!" bunyi lif menandakan ianya telah sampai ditingkat lobi lif.

"Jom kita masuk?"

"…." Dari menjawab, Zahra hanya berdiri kaku disitu selari tangannya masih menggenggam erat lengan lelaki itu.

"Zahra? Kenapa ni?" kelakuannya menarik perhatian Qhalf kepadanya semula.

"Kau rasa…dia ikut kita, tak?" perlahan suara yang dilontarkan gadis itu sambil matanya meliar disekeliling kawasan itu dengan reaksi cemas.

"Zahra…" satu keluhan dilepaskan sebelum lelaki itu mulai menghampiri Zahra semula dengan sebari senyuman kelat.

"…."

"Kau istighfar banyak-banyak dan baca tiga kul dalam hati, insyallah dia takkan ikut." Perlahan nasihat yang diberikan sambil senyuman tadi masih melekap dibibirnya.

"…kau pasti?" perlahan-lahan Zahra mengangkat kepalanya memandang wajah lelaki yang kini berdiri betul-betul dihadapannya itu.

"Letakkan kepastian kau pada Allah… bukan pada aku."

"Baiklah…"

"Dah, jom…kejap lagi sampailah diorang tu…"

"…" dari menjawab, Zahra hanya mengangguk perlahan selari mula melangkah mengekori Qhalif masuk ke ruangan lif itu.

'Aku harap kau bersabar, Zahra…. aku akan cuba bongkar apa yang boleh pasal kau dan bila tiba masanya nanti, aku akan bantu kau apa yang aku mampu.' Sekali lagi dia melayangkan pandangan ke arah wajah Zahra di pantulan yang kelihatan pada pintu lif yang tertutup itu dengan menyimpan tekad.

Sesampainya ke tingkat bilik kami, Qhalif terus membawaku ke ruangan pantry yang terletak berdekatan dengan kawasan lobi lif itu; aku duduk disitu sebelum Qhalif mula bergerak ke peti sejuk yang berada disitu untuk mengambil botol mineral dan dua cawan kosong untuk kami.

"Minumlah… biar tenang sikit hati kau tu."

"Terima kasih…" aku hanya akur selari mencapai cawan yang sedia dituang air mineral sejuk tadi untuk membasahkan tekak yang terasa kering sejak tadi.

"Kau okay tak, ni?" sekali lagi soalan yang sam diajukan padaku dengan nada penuh risau; wajahnya meneliti reaksiku penuh teliti.

"Sejujurnya, aku sendiri tak pasti… benda yang aku nampak tadi tu nampak 'real' sangat… kalau nak dikatakan mimpi, Qhal…" aku menarik nafas yang terasa makin berat selari masih cuba menenangkan jantung yang berdegup laju sejak tadi.

"…." Dari menjawab, Qhalif kelihatan mendiamkan diri sambil melayangkan pandangannya jauh dariku; menarik perhatianku padanya.

"Qhalif? Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?"

"Ya… aku dengar." Respon diberi tanpa mengalihkan perhatiannya kepadaku semula.

"Kenapa kau diam?"

"Aku tak pasti nak jawab apa, Zahra."

"Kau tak percaya dengan apa yang aku cakapkan tadikah?"

"Bukan itu maksud aku…" dia menundukkan pandangan bagai sedang memikirkan sesuatu selari melepaskan keluhan kecil.

"Habis tu?" aku mengangkat kening dengan perhatianku masih padanya.

"Aku tengah fikir… apa yang kau alami tu, ada kena mengena ataupun tidak dengan benda-benda yang kau alami sebelum ni."

"Maksud kau, masa aku pengsan dan meracau tu?"

"Ya…" perlahan nada yang keluar dari mulut Qhalif ketika itu selari dia meneguk cawan yang berisi air mineral dihadapannya.

"…" dengan tak semena-mena tubuhku menggigil apabila memikirkan kejadian tadi.

'Apa yang bakal jadi pula lepas ni? Kenapa semua ni kerap jadi pada aku? Apa salah yang aku pernah buat? Aku pernah sakitkan hati orangkah sebelum ni?' pelbagai perkara mula memenuhi ruangan fikiranku selari aku mula memeluk tubuh dengan perasaan bercampur baur; ketika itu aku sedar yang aku mulai diserang panic.

"Eh? Zahra? Kau dah kenapa pula ni? Janganlah buat aku takut, Zahra.." melihatkan reaksi Zahra yang kelihatan makin pucat itu membuatkan Qhalif pula mula panic selari mendekati rakannya itu.

"Aku…aku takut, Qhal… semua ni…nampak macam tak masuk akal langsung… apa salah aku sampai aku kena macam ni sekali? Aku tak pernah pun kacau orang atau buat jahat pada orang lain, Qhalif. Kenapa aku kena macam ni?"

"Zahra, istghfar… aku tahu kau tertekan… tapi, kau anggaplah semua ni sebagai ujian untuk kau. Aku tahu kau kuat, Zahra; aku kenal kau…kau bukannya lembik, kau tak lemah… aku tahu kau boleh lawan perasaan takut kau tu." Bahunya dipegang perlahan selari dia cuba memujuk Zahra untuk tenang.

"…tapi, aku takut; Qhal…sumpah aku tak pernah rasa takut macam ni.. aku…" sekali lagi Zahra menundukkan wajahnya sambil menggenggam tangannya kelihatan sedikit berpeluh.

"Okay, kalau kau rasa kau takut; fine. Aku faham…tapi, kau tak boleh mengalah… aku janji aku akan ada kalau kau perlukan aku, okay? Aku janji aku aka nada untuk jadi semangat kau." Tangannya dicapai Qhalif selari cuba menghilangkan sejuk yang dirasainya pada kedua tangan gadis itu.

"Kau janji kau takkan tinggalkan aku, walau apapun yang bakal terjadi nanti?" Zahra mengangkat kepalanya untuk bertentang mata dengan Qhalif.

"Ya, aku janji."

"Thanks..." nada penuh yakin lelaki itu cukup untuk membuatkan hati Zahra untuk menjadi makin tenang dari tadi.

"Dah…aku tak nak kau macam ni lagi, aku tak senang hati tengok kau monyok macam ni, tahu? Senyumlah sikit…aku dah mula rindu nak tengok muka kerang busuk kau tu." Sengaja lelaki itu mengusik Zahra yang kelihatan murung sejak tadi sambil melaga perlahan bahunya dengan bahu gadis itu sambil menjelingnya.

"Pfft…ketuk nak?" dengan serta-merta aku terhibur dengan usikkan selamba rakan baikku ini selari terus tersenyum.

"Hah, muka tulah yang aku nak tengok! Inilah Amira Zahra yang aku kenal! Tak lokek dengan senyuman…"

"Banyaklah kau…"

"Dah, jangan risau sangat…insyallah, nanti kita fikirkan sama-sama; okay? Semua masalah ada jalan penyelesaiannya."

"Terima kasih Qhal…sebab selalu ada dengan aku…aku appreciate sangat."

"Hey, what friends are for? Kata kawan…takkan takat melekat dengan kawan sendiri pun tak boleh, kot?"

"Hish, makin poyo kau ni; kan?"

"Heheh..."

'Thanks, Qhal…aku dah tenang sikit kalau nak dibandingkan tadi sebab kau…' sekali lagi aku menjeling lelaki yang masih duduk menyengih disisi ku ini dengan perasaan penuh syukur.

Chapitre suivant