webnovel

Bab 23

Disebabkan hal itu, mereka terpisah sehinggalah Kiambang menghembuskan nafasnya yang terakhir, dan kerana sakti Nek Yong dan sumpahnya untuk melindungi Kiambang sebelum ini; keberadaan Kiambang tak pernah diketahui Raja Siung walau bagaimana cara sekalipun Raja itu mencuba.

Setelah peristiwa dibuang negeri dan dihalau dari tanahnya sendiri; apabila Raja Siung pergi bersembunyi untuk menyelamatkan dirinya, dia ditakdirkan dengan pertemuan dengan keturunannya iaitu cucu Mentari. Walaubagaimanapun, lelaki itu tetap tak boleh berhubung secara terus dengannya memandangkan sakti Nek Yong masih ada pada keturunannya.

'Kalau aku dapat berhubung dengan keturunan aku dulu, mungkin Zahra tak perlu melalui fasa ni…' pandangannya ditundukkan sambil kelihatan sedang memikirkan sesuatu

"Tuanku?"

"Hah? Ya… ada apa, Tiung?"

"Itu, mereka mulai hendak bergerak pergi; Tuanku." Tiung berbicara dengan nada perlahan selari menunjuk ke arah kedua remaja tadi yang kini sudah bangun dari meja restoran itu dengan ibu jarinya.

"…" dari menjawab, lelaki itu hanya terdiam sambil matanya masih memerhatikan mereka tanpa berganjak walau sedikit pun.

"Tuanku? Perlukah kita mengekori mereka?" Tiung yang dari tadi setia disisi lelaki itu pula yang menjadi makin tak keruan dengan reaksi selambanya.

"Tak…kita berhenti setakat ini; untuk hari ni… lagipun, beta mahu bertemu dengan saudara Qhalif lagi malam nanti." Nadanya perlahan dan tenang selari dia mengalihkan perhatian semula kepada pengikut setianya itu sebelum bergerak dari situ.

"?!?!" Tiung agak terkejut dengan pernyataan lelaki itu.

"Kenapa kamu buat muka sebegitu?" reaksi yang agak keterlaluan Tiung dapat dikesan lelaki itu lantas dia menghentikan melangkahnya selari berpaling untuk menghadap Tiung kembali.

"Takkah Tuanku terlalu berharap dengan lelaki tu? Bagaimana kalau kita tersalah teka dan lelaki tu bukanlah orang yang kita cari?"

"Walaupun dia bukan keturunan Merah sekalipun, kau tak boleh nak nafikan yang hanya melalui dia kita boleh dapat mendekati Zahra, bukan?" sebaris senyuman sinis dilayangkan pada lelaki itu sebelum dia mula melangkah pergi lagi.

"…." Mengumam perasaan sendiri, Tiung terdiam sambil menundukkan kepalanya.

"Sudah…mari kita pergi dari sini; nanti kalau Qhalif nampak, lain pula jadinya."

"Baik, tuanku…"

'Aku harap, apa yang Tuanku sangkakan itu ada benarnya. Tak sanggup aku hendak melihat Baginda kecewa lagi.' Tiung bermonolog dalam hati selari mengekori langkah lelaki tadi dengan perasaan serba salah.

"Kau pernah rasa makanan manusia zaman ini, Tiung? Aneh sungguh rasanya; penuh dengan rasa dan agak pelik. Tapi, menyelerakan dan buat kita bagai ketagih untuk makan lagi."

"Eh?"

"Benar, Tiung…mungkin itulah antara sebab kenapa kita selalu lihat ramai antara manusia yang hidup zaman sekarang kelihatan agak berbeza dari zaman kita dulu." Omelnya lagi dengan selamba selari membuatkan Tiung yang dari tadi mengekorinya di belakang kelihatan makin terpinga-pinga.

Pada masa yang sama;

"?!?!" Qhalif mengalihkan pandangannya ke arah belakang mereka apabila terasa seperti ada yang tak kena; seperti diperhatikan.

"Qhalif, kau dah kenapa?" tindakan lelaki itu menarik perhatian Zahra kepadanya dengan nada ingin tahu.

"Hah? Er…tak, aku ingat; aku ternampak seseorang tadi…" katanya dengan nada selamba selari dia masih memerhatikan tempat tadi dengan reaksi serious diwajahnya.

"Siapa? Aku kenal? Di mana?" giliran Zahra pula menjengahkan kepala ke arah yang sama tapi, dengan serta merta dihalang Qhalif selari menolaknya untuk bergerak meninggalkan tempat itu dengan segera.

"Er…tak, kau tak kenal pun…tak apalah, mungkin aku tersalah tengok tadi…"

'Kalau dia nampak pun, mungkin Zahra tak kenal dengan diorang…' detik hatinya sambil masih menolak gadis itu dengan perlahan.

"Hmm…yalah…, kita nak kemana lepas ni?" bagai ingin mengalihkan topik perbualan mereka tadi apabila menyedari reaksi tak selesa diwajah rakannya itu, sengaja dia bertanya selari mengangkat keningnya.

"Aku ikut kau saja…kemana kau nak pergi, aku ikutkan saja."

"Uish…baik semacam saja kau, hari ni; Qhalif? Ada apa-apakah?" sekali lagi Zahra menjeling rakannya yang tinggi lampai itu dengan reaksi penuh tanda tanya.

"Taklah… aku cuma rasa bersalah sebab kau pengsan tadi…aku patut boleh agak kau akan jatuh lagi tadi…" lelaki itu kelihatan menggaru kepalanya sambil tersengih; ada tanda kesal dalam senyumannya itu.

"Qhalif, bukan salah kaulah…aku yang salah sebab tak alert dengan kesihatan sendiri… janganlah kau salahkan diri kau." Terganggu dengan reaksi Qhalif tadi, Zahra berpaling untuk menghadapnya.

"Kalau kau betul-betul tak nak aku rasa bersalah, kita bergerak sekarang…beritahu aku kemana kau nak pergi, benarkan aku untuk jadi driver a.k.a bodyguard kau untuk hari ni, boleh?"

"Aku tak boleh menang langsung, kan?"

"Not this time, miss Zahra."

"Okay…aku setuju kau temankan aku hari ni…tapi, bukan sebagai driver mahupun bodyguard aku…sebagai kawan baik aku, okay?"

"Anything you say."

"Shiish! Dah, jom…nanti lambat, susah pula…" sekali lagi Zahra menjeling Qhalif dengan sebaris senyuman sinis.

"Yes, maam!" mengangkat tabik sambil tersengih, Zahra mulai lega melihatkan senyuman yang biasa dilihatnya mula menghiasi wajah rakannya itu selari mereka bergerak kembali meninggalkan ruangan premis restoran itu menuju ke tempat letak kereta.

Beberapa minit kemudian;

"Sini? Seriously?" Qhalif mengalihkan pandangan kepadaku dengan reaksi skeptikal selari kami keluar dari perut kereta di perkarangan Masjid Besar itu.

"Yalah…apa salahnya?" giliran aku pula menjelingnya sambil mengangkat kening.

"Aku tak cakap pun, salah…"

"Habis tu, kenapa nada kau macam skeptikal sangat?"

"Tak adalah…kalau dilihatkan kau yang aku kenal… aku ingatkan kau akan pilih tempat lain…" secara spontan dia memandangku dari kepala ke kaki berulang kali dengan penuh curiga.

"Hello! Don't judge a book by it's cover, okay? Apa yang kau nampak tak semestinya sama dengan apa yang ada dekat dalam ni, tahu?"

"Oh, ya? Habis tu, kau nak cakap yang dalam hati kau tu ada taman bungalah?"

"Eh? Manalah tahu…kalau betul?"

"Pfft…Dahlah, kau masuk tempat muslimah dulu… aku nak kunci kereta sekejap, kejap lagi aku masuk…."

"Okay, nanti dalam 30 minit lagi; kita jumpa di sini; okay?"

"30 minit? Cukupkah?"

"Apa maksud kau?" aku mengangkat kening dengan perasaan curiga.

"Kau bukan nak solat taubat sekalikah?"

"Hiish, dia ni! Sekeh, nak?" aku cuba menahan senyuman yang terbit dibibirku lantas mendengar usikkan Qhalif tadi.

"Pfft…haha…okay, okay…sorry…jumpa kejap lagi…kau masuklah dulu…"

"Hmm…bye." Malas hendak bertelagah lagi, aku ula berpaling dari situ dengan langkah laju menuju ke ruangan solat wanita yang terletak dibahagian belakang masjid itu.

"Jangan lupa ambil wudhuk sebelum solat!."

"Tahulah aku!" aku melontarkan suara yang agak kuat selari mengangkat tanganku tanpa berpaling ke arahnya tatkala mendengar pesanannya tadi.

"Pfft…" dari belakang terdengar perlahan suara Qhalif tertawa kecil membuatkan senyumanku tadi makin lebar tanpa sedar.

Chapitre suivant