webnovel

Bab 11

'Apa yang sebenarnya terjadi pada kau, Qhalif? Kenapa…kau tanya aku soalan pasal mimpi aku tu lagi? Takkanlah kau pengsan tu…ada kena mengena dengan mimpi aku pula?' aku sengaja membiarkan rakan baikku ini memegang tanganku sambil merehatkan matanya kembali.

Saat aku pasti dia telahpun lena, aku bangun dari situ untuk selesaikan solat Mahgrib yang baru saja kedengaran azannya berkumandang dari surau yang tak jauh dari tempat kami menginap ini tadi.

"Tok! Tok! Tok!" satu ketukan di pintu menarik perhatian ak u yang baru selesai menunaikan solat. Aku bergerak dari situ selari membuka telekung dan meletakkannya di atas rak berdekatan sebelum meluru laju ke arah pintu yang masih ada bunyi ketukan tanpa henti sejak tadi.

"?!?!"

'Kenapa macam pelik sangat bunyi ketukan pintu tu…tak ada suara orang bagi salam pula tu…' aku terhenti serta-merta dari melangkah apabila bunyi ketukkan tadi masih kedengaran makin kuat dan deras.

"Tok! Tok! Tok!"

"Si…siapa tu?"

"…."

'Dah senyap?....takkanlah dah pergi, kot?'

"Siapa?" sekali lagi aku bersuara dengan nada lebih lantang dari tadi; cuba memberanikan diri untuk berbicara dengan sesiapa atau apapun yang berada disebalik pintu kayu itu.

"Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!"

"?!??!" aku menjadi makin cuak apabila bunyi ketukan tadi tiba-tiba kedengaran makin kuat dan deras; bagai pintu kayu itu boleh dirempuh bila-bila masa saja dengan ketukkan sebegitu kuat.

'Ya Allah, apa pula ni?' secara spontan mataku terpandang akan jam dinding yang melekap kemas di atas laluan ke bilik air.

"?!?!" pandanganku menjadi makin berpinau sebelum aku suara sayup-sayup kedengaran suara memanggil namaku seperti datang dari arah yang jauh dari aku berada sekarang.

'Itu…macam suara…Fatin?'

"Zahra!"

"?!?!" aku terkedu apabila membuka mata dan melihat wajah Fatin dan Phoebe kini berada betul-betul dihadapanku dengan reaksi cemas.

"Alhamdullillah kau dah sedar, Zahra.." aku terdiam apabila Fatin memelukku erat; baru kusedari sejak tadi aku telah terbaring di atas riba rakanku ini ditemani Phoebe disebelah.

"Sedar? Aku pengsankah?"

"Perlahan-lahan, Zahra…"

"Terima kasih, Fatin, Phobe…" Fatin membantu aku untuk duduk dari pangkuannya selari menghadap kedua rakanku itu; kepalaku yang masih terasa berat kusentuh perlahan.

"Iyalah, Zahra! Terkejut kami, tahu? Masa kami tiba tadi, beberapa kami cuba ketuk; Fatin bagi salam…tapi tak berjawab langsung… bila kami masuk, kau dah berbaring disini sambil meracau-racau."

"Aku…meracau?"

'…tapi, ini kali pertama sejak 3 hari lepas…takkanlah gangguan tu jadi balik?' aku memegang kepalaku dengan perasaan berbaur bengang dan tak selesa; aku bengang sebab aku masih tak faham maksud semua ini sehingga sekarang…aku tak selesa kerana biarkan kawan-kawan aku nampak aku dalam keadaan macam ni.

'Kenapa benda ni jadi lagi!' aku melepaskan keluhan yang terasa berat elari bangun dengan tiba-tiba, membuatkan pandanganku menjadi seperti berputar disekeliling ruangan itu lantas aku mulai hilang pertimbangan.

'Alamak!' sempat lagi hatiku berbicara selari merasakan ada daya yang menampung aku dari rebah ke lantai ketika itu.

"?!??!"

'Eh? Aku tak jatuh?' Aku membuka perlahan-lahan mata yang kurasakan berat tadi; kelihatannya Robert dan empat orang lagi berada diruangan itu, selari penglihatanku beransur kabur sebelum menjadi gelap semula; aku pitam.

"Dia akan okay..awak janganlah risau…"

"Terima kasih, Encik Johan…"

"Tak apa…kawan Daniela kawan saya juga." walaupun perlahan dan kedengaran agak sayup perbualan mereka tetap dapat kudengari di cuping telingaku; menyedarkan aku dari pitam tadi.

"Ah…cik Zahra dah sedar, pun… kalau macam tu, saya keluar dulu? Jangan lupa suruh dia rehat dan makan ikut waktu." Katanya lagi sebelum keluar dari ruangan itu; dengan kelopak mata yang masih terasa beratnya aku membuka mata dan melihat seorang lelaki kini membelakangiku keluar dari ruangan bilik itu serta Fatin, Phoebe dan Robert yang berdiri di sebelah katilku menjengahkan kepala mereka untuk melihat keadaanku.

"Kau okay, Zahra?"

"Hm…okay…Cuma rasa macam pening sikit…"

"Hati-hati…" aku cuba bangun dari situ untuk duduk sementara Fatin membantuku; Phoebe mendekatiku, masih dengan reaksi bimbang tadi; dahinya kelihatan berkerut.

"Betul kau tak apa-apa, Zahra?"

"Ya, cik Phoebe…aku okay…mungkin aku penat sangat, kot?"

"Mana tak penatnya, dah beberapa hari kau jaga si Qhalif tu..sampai makan kau pun tak tentu..mungkin sebab tulah kau pengsan tadi…"

"Ya…ya…sorry…aku minta maaf kalau buatkan kawan-kawan aku yang prihatin ni risau…aku janji, lepas ni aku akan lebih hati-hati dan tak abaikan kesihatan sendiri lagi, okay? By the way, sayang juga kau dengan aku, ya?"

"Mestilah! Kau kawan kitorang, Qhalif pun kawan kitorang…sahabat kena jaga antara satu sama lain, kan; Fatin?"

"…"

"…cakap pasal Qhalif, korang dah tengok dia? macam mana dia sekarang? Korang dah bagi makan pada dia? dia dah 3 hari tak makan tu… nanti lambat pula demam dia nak kebah…"

"Zahra!"

"?!?!"

"Fa..tin?"

"…"

"Kenapa kau tak faham-faham lagi? kau dalam keadaan macam ni pun kau masih nak kisahkan orang lain?"

"Fatin.."

"Dah lah Zahra…cukuplah kau jaga Qhalif tu..aku tak nak kau sakit lagi; kau tahu, aku risau bila kau pengsan tadi, bila kau meracau tadi, sumpah aku tak tahu nak buat apa tadi, tahu?"

"Fatin, bawa bertenang Fatin…" perlahan-lahan aku bangun dari situ dengan perasaan bercampur baur; aku dapat rasakan amarahnya dalam wajah rakan baikku itu.

"…"

"?!?!" Fatin bertindak bergerak dari situ; mungkin ingin melarikan diri dari terus memarahiku diruangan itu; lantas aku mencapai tangannya secara refleks.

"Fatin!"

"Aku…"

"Aku minta maaf kalau aku dah buat kau risau sampai macam ni sekali…aku patut lebih berhati-hati lagi dan jaga diri sendiri." Aku yang masih menggenggam tangannya yang terasa sejuk itu berharap dia akan mau mendengar penjelasanku demi perahabatan kami.

"Aku takut, Zahra…aku tak nak hilang kau..kau satu-satunya kawan baik aku sejak sekolah…aku…aku sayangkan kau macam keluarga aku sendiri..aku tak nak apa-apa jadi pada kau." Nadanya kedengaran sayu selari dia bertindak mendakapku kembali; memang perlu ku akui yang hubungan aku dengan Fatin lebih akrab dari kawan-kawan kami yang lain memandangkan aku dan dia telah lebih lama berkenalan.

"Aku tahu, tu Fatin…dan aku janji lepas ni, aku akan jaga diri aku. Jadi, mulai sekarang kau janganlah risau sangat pasal aku, okay?" aku memberikannya sebaris senyuman dalam cubaanku untuk menyembunyikan perasaan tak senang dalam hatiku yang kian membuak-buak ketika itu.

"Betul?"

"Ya…aku akan cuba… kau tahu, aku pun tak nak buat kawan-kawan aku risaukan aku, kan?"

"O…kay…" Fatin memuncungkan bibirnya sambil menjeling ke arahku.

"Kalau aku tak kenal korang tadi, mesti aku dah ingat korang ni pasangan lesbian…" suara yang datang dari arah pintu bilik mengejutkan kami berempat ke arahnya; ku lihat Qhalif sedang berdiri disitu dengan wajah pucat sambil tersenyum lemah.

"Huish! Budak ni…aku lepuk kang! Eh? Qhalif?" aku bergegas kesisi lelaki itu sambil mula memimpinnya untuk melangkah mauk ke ruangan bilik itu.

"Dah mula dah…" kedengaran Iffah merungut dari belakangku.

"Kau buat apa disini ni? Bukan kau patut rehat?"

"Aku okaylah…takkanlah kau expect aku nak lepaskan peluang tengok drama sinetron bangsawan korang ni dan terpeleot atas katil tu saja? Lagipun, aku ni dah pengsan 3 hari kot…takkan tak cukup rehat lagi?" katanya lagi dengan nada bergurau.

"Qhalif…"

"Sumpah, aku okay; Zahra…aku dengar kau meracau tadi; lepas tu kau pengsan…dan semua tu sebab kau jaga aku sejak tiga hari yang lepas… betulkah?"

"…" dari menjawab, aku hanya mendiamkan diri selari masih membantunya untuk ke kerusi yang berdekatan untuk berehat; aku makin bimbang apabila langkahnya kelihatan masih lemah dan teragak-agak dari selalu.

"Zahra…"

"?!?!" aku terkedu apabila tanganku terasa digenggamnya; kami bertentangan mata buat beberapa saat sebelum aku menundukkan pandanganku darinya.

"Betulkah?"

"Aku…hah! Kau tak makan lagi, kan?" sengaja aku melarikan topic perbualan kami tadi dengan soalan itu selari meninggalkan dia dikerusi tadi dan bangun dari situ untuk mendapatkan makanan dari biliknya pula.

"…" Qhalif hanya menggeleng dan tunduk sambil sebaris senyuman sinis terukir lagi; bagai dia tahu yang aku takkan menjawab soalannya tadi.

Chapitre suivant