webnovel

Marina?

Pang!!! Satu bunyi kuat kedengaran. Doktor Adam yang sedang asyik dengan kerjanya terhenti seketika. Bunyi itu benar-benar mengejutkannya. Dia segera membuka laci meja dan mengeluarkan sepucuk pistol. Perlahan-lahan, dia melangkah ke arah pintu pejabatnya. Dia menghendap keluar. Suasana masih seperti tadi. Gelap. Namun, bunyi tapak kaki seseorang yang sedang berjalan kedengaran. Semakin lama, bunyi itu semakin dekat. Jantungnya berdebar-debar. Wajah pemanggil yang tidak dijawabnya tadi terbayang-bayang di fikiran. Apabila bunyi itu semakin dekat dan wajah orang yang menimbulkan rasa cemas di dadanya muncul di pintu, barulah Doktor Adam mampu menarik nafas lega.

"Marina?" tanya Doktor Adam yang kehairanan.

"Hai ayah!" Marina kelihatan selamba dan bersahaja. Wajahnya tersenyum riang.

"Kamu buat apa di sini?"

"Tiada apa-apa. Sahaja datang melawat"

"Lawat ayah pada waktu sekarang? Kamu betul-betul menakutkan ayah tadi"

"Maaflah. Saya tidak bermaksud pun hendak takutkan ayah. Emm… saya terlanggar pintu besi tadi" kata Marina. Dia menarik kerusi dan duduk di tengah-tengah bilik yang luas itu.

"Bukankah kamu sepatutnya berada di Seranas sekarang ini?" soal Doktor Adam. Dia mengambil semula tempatnya di hadapan komputer.

"Saya tidak jadi pergilah ayah. Ada banyak masalah." Jawab Marina ringkas. "Macam mana dengan pameran itu?" Marina menukar topik.

"Oh! Semuanya ok. Hampir lapan puluh peratus siap"Jelas Doktor Adam.

"Bagaimana dengan projek yang ayah usahakan selama ini?" soal Marina. Soalan Marina itu membuatkan Doktor Adam terdiam seketika. Namun, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Apa yang kamu maksudkan? Sejak bila pula kamu berminat dengan benda-benda begini?"

"Bukan pasal minat, tetapi rasanya, sebagai orang yang paling dekat dengan ayah, saya perlu tahu semua itu bukan?"kata Marina sambil tersenyum.

"Lain benar kamu hari ini... Kamu pasti yang kamu tidak apa-apa?" tanya Doktor Adam inginkan kepastian apabila melihat tingkah laku Marina yang begitu berbeza sekali.

"Ayah. Boleh saya bertanya?"

"Ya. Sudah tentu... Apa dia Marina?"

"Boleh saya tahu tentang Kentofes?" Soalan itu membuatkan Doktor Adam terdiam seketika. Dia benar-benar terkejut. Kenapa tiba tiba sahaja Marina bertanya mengenainya? Dan yang penting, bagaimana Marina boleh tahu mengenai sesuatu yang begitu sulit seperti 'Kentofes'?

"Kentofes?"kata Doktor Adam. Cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan rasa hairannya.

"Ya. Kentofes..."

"Em…. ayah tidak faham dengan apa yang kamu katakan"

"Arghhh" Marina mengerang. Dia memejamkan matanya. Dia mengetap bibir seperti sedang menahan kesakitan.

"Marina, kamu okey?" tanya Doktor Adam.

"Ayah faham apa yang aku maksudkan bukan!" kata Marina.

"Marina... Tolong jangan buat ayah takut..."

Marina tiba-tiba bertindak kasar. Dia seperti hilang arah. Dia bangun dari kerusi dan menolak Doktor Adam sehingga jatuh ke lantai.

"Kenapa dengan kamu Marina?!!"

"Kau faham apa yang aku maksudkan bukan!" Matanya merenung tajam Doktor Adam yang masih terbaring di atas lantai.

"Marina! Kenapa dengan kamu sebenarnya?!"

"Jangan banyak cakap lagi Adam! Baik kau beritahu aku tentang segala-galanya yang kau simpan selama ini!" wanita itu bertindak dengan lebih agresif, dia mencabut wayar telefon yang terletak di atas meja tulis itu dan menjerut leher Doktor Adam.

"Sekarang kau mahu bercakap mengenai Kentofes dan projek itu atau pun tidak?"

"Be.. belum tiba masanya lagi..." suara Doktor Adam terputus-putus akibat jerutan itu.

"Seeeeeeekaaranngg" suara wanita itu tiba-tiba berubah garau. Matanya mengeluarkan cahaya berwarna merah.

"Kau..kau..bukan Marina! Kau…. Kau budak suruhan...."

Bang!!! Doktor Adam tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

Chapitre suivant