ikran mempersilakan para tetamunya uñtuk duduk. wajahnya tenang seperti tidak bergoyang dengan kehadiran dua pegawai polis itu. walhal dalam hatinya sudah seperti ombsk mengganas kerana mereka telah mengganggu saatnya bersama cempaka.
" tengku juga duduklah sekali.." pelawa insp. ismail.
ikran angguk sebelum melabuh duduk.
diwaktu yang sama,jefri turut memasuki ruang kerjanya diikuti mira yang membawa minuman dan sedikit manisan untuk para tetamu.
" jemput minum.." pelawa ikran apabila selesai mira menuangkan minuman ke dalam cawan. dia memberi isyarat keluar kepada mira.
kedua pegawai polis itu akur. mereka menikmati minuman yang disediakan.
" tengku kenal kedua-dua wanita ini?" soal insp ismail memulakan siasatannya. dia menyerahkan dua keping gambar wanita kepada ikran.
ikran mengambil gambar yang diserahkan kepadanya. lama wajah dalam gambar itu direnung sebelum dia mengangguk. satu gambar milik marsya dan satu lagi milik nasha.
" boleh tengku ceritakan bagaimana
tengku mengenali kedua-dua wanita ini? dan apa kaitan mereka dengan
tengku.." soal insp ismail lagi sambil pembantunya sarjan mat mula merakan perbualan mereka.
" kedua-dua perempuan ini bersama seorang lagi rakan mereka menyebabkan isteri saya keguguran." benar jawapan ikran. dia tidak menyelindungi kebenaran.
" tengku pernah berinteraksi dengan kedua-dua nangsa selepas kejadian bersama isteri tengku?" soal insp ismail lagi.
ikran menggeleng.
" saya juga difahamkan salah satu daripada mangsa ini didapati telah membuat onar di laman sosial. menuduh tengku dan isteri menyebabkan mereka ditimpa masalah. betul ke tidak?" soal insp ismail lagi.
ikran mengangguk. teringat peristiwa rakaman yang ditonton beberapa hari lalu. mujur video itu sudah dipadam oleh orang upahannya.
" apakah tengku ada kaitan dengan kedua-dua pembunuhan ini?" tanya insp ismail lagi tanpa berselindung.
ikran ketawa. ikutkan hati memang dia mahu bunuh dengan tangan sendiri mereka yang menyebabkan isterinya menderita. namun dia membiarkan dahulu. memberi peluang lagi.
" tiada.."
" buang masa sahaja rasanya organisasi kami membuang masa membunuh dua ekor lalat.." sambung jefri bongkak.
insp ismail yang tahu serba sedikit berkenaan ikran mengangguk.
" boleh saya ambil statement daripada cik puan?" pinta insp ismail seterusnya pula.
ikran menarik nafas dalam. dia kalau boleh tidak mahu cempaka terlibat dan tahu dengan benda sebegini. dia tidak mahu fikiran cempaka terganggu lagi. cukuplah peristiwa keguguran dahulu.
" maaf.. saya tak setuju.." ikran menolak permintaan insp ismail.
" kalau ada apa-apa yang insp nak tahu lagi.. baguslah kalau insp berhubung melalui peguam tengku.." jefri mula masuk campur. rasanya tiada apa lagi untuk diperkatakan. baguslah kedua betina itu mati. hidup juga tiada guna. dengus hati jefri.
insp ismail berbalas pandangan dengan sarjan mat. nampaknya lelaki ini sangat melindungi isterinya.
" begini.. sekarang ini.. dalam kes ini.. orang yang paling disyaki adalah tengku dan cik puan.." insp ismail berterus terang.
ikran tidak menunjukkan riak terkejut.
" so.. ada bukti? cari bukti dulu.. atau nak kami yang cari bukti.." jefri yang memang mudah naik angin itu berkata dengan bongkak.
" saya taknak cik puan tahu dan terlibat dalam kes ini.." muktamad ikran memberi kata putusnya. baginya,cempaka isteri yang polos. yang harus dia lindungi dan tidak boleh terdedah dengan sisi dunia yang kejam. sebagai seorang suami menjadi tugasnya melindungi cempaka.
" baiklah.. kalau begitu kita teruskan ke soalan yang seterusnya.." insp ismail tidak mahu mengambil risiko berlebihan. sebenarnya mendapat kerjasama daripada ikran,itu sudah mencukupi. lain-lain perkara akan difikirkan kemudian.
cempaka yang menanti ikran kembali ke sisinya,akhirnya tertido pulas. tidak menyedari keadaan tegang yang berlaku di sekelilingnya. sedar-sedar sahaja suasana sudah bertukar cerah. ikran disisinya masih lena diulit mimpi. cempaka memfokuskan matanya pada jam berbentuk matahari yang tergantung di dinding.
jatum panjang menunjukkan ke angka 2 manakala jarum pendek angka 7. cempaka berpaling mengiringkan tubuhnya mengadap ikran. tangannya mengusap pipi ikran.
ikran merasakan ada sentuhan di pipinya. mata dibuka perlahan.
" pukul berapa?" tanya ikran menarik tangan cempaka yang mengusap pipinya dibawa ke mulut
" dah 7.15 minit." balas cempaka. serak basah suaranya. sangat seksi.
" erm.. kenapa tak tunggu malam tadi?" tanya ikran sengaja.
" tertidur.."
belum sempat cempaka menyudahkan kata-katanya,satu ciuman ringan hinggap di bibirnya. dia memandang ikran blur. otaknya masih loading.
" abang masuk office lewat ni.. sempatlah kalau se-round dua round ni.." bisik ikran rapat di telinga cempaka.
cempaka kegelian apabila terasa gigi ikran menggigit cuping telinganya sebelum beralih ke lehernya.
" hmm.."
mendengar rengekan manja daripada cempaka,semakin bersemangat ikran untuk menjalankan senaman paginya.
nadia ketawa menonton berita utama hari ini. berita berkenaan penemuan mayat dua wanita yang dikenalipasti sebagai peragawati terkenal tanah air dan identiti masih dirahsiakan.
" habislah kau puteri.. mampus kau kali ni.. biar aku hantar kau ke penjara.." ucap nadia penuh maksud tersirat.
" ikran.. ikran.. sejauh mana pun kau pergi.. kalini aku akan pastikan kau jadi milik aku.. aku takkan biarkan cempaka disisi engkau.. sudah tiba masanya aku singkirkan cempaka." nadia ketawa jahat. penuh dendam.
" you... mental ke??" tegur dezrin yang entah bila masa muncul. pelik dia melihat nadia ketawa menonton berita.
nadia mengusap dada terkejut. matanya membulat memandang dezrin yang hanya mengenakan pakaian golf nya.
" bila masa you masuk?? i tak dengar bunyi pintu pun.." marah nadia menenangkan dirinya.
" macam mana you nak dengar.. gelak macam si ponti.." jawap dezrin berjalan ke arah dapur. tekaknya kering selepas hampir dua jam melayani rakan perniagaannya daripada indonesia bermain golf.
nadia gelak manja. dari sofa didudukinya,dia hanya memerhati dezrin menuang minuman ke cawannya.
" dear.. you tahu tak.. ada penemuan mayat dua orang model.. tu yang i gelak..i bayangkan mesti diorang kena bunuh oleh isteri-isteri jantan mata keranjang.." cerita nadia dengan gelak jahatnya.
" bunuh??" tanya dezrin sambil menjongket kening.
" haah.."
" siapa?"
" identiti dirahsiakan.. tapi dari gambar yang dikelabukan.. nampak macam someone yang i kenal.." bersungguh suara nadia memberitahu.
" kesiannn....." ucap dezrin mengikut nada suara dalam cerita allahyarham p.ramlee,madu tiga.
tergeleng-geleng kepalanya.