webnovel

suka tak suka kena hadap

ikran menarik nafas panjang. khabar yang disampaikan oleh jefri mengganggunya. dia belum bersedia lagi ke fasa seterusnya. mempunyai anak dalam masa terdekat ini? ia seperti jauh dari perancangan asalnya. bukan dia tidak mahu,tetapi dalam keadaan sekarang bukan adalah waktu selamat untuk cempaka mengandung.

terlupakah ikran,cempaka memang mahukan anak dan ikran serta cempaka juga tidak pernah berbincang mengenai hal ini. kalau benarlah ikran tidak mahukan anak dan berkeras,bagaimanakah nasib cempaka selepas ini? bagaima perasaan cempaka andai dia mengetahui isi hati ikran?

ikran memicit kepalanya yang berdenyut.

" tuan??boss??" panggil nazim menyedarkan ikran yang hanyut dibuai perasaan.

" hmm.." sahut ikran memejam matanya dengan kepala bersandar pada kerusi didudukinya. wajahnya suram.

" ada masalah.." tanya nazim. selalu kalau ikran diam membisu begini pasti lelaki itu sedang memikir sesuatu yang rumit.

ikran menggeleng. tangannya memeluk tubuh.

" kalau tuan ada masalah nak cerita dengan saya..saya sudi mendengar.." pujuk nazim. membesar bersama ikran,membuatnya lebih mengenali dan sensitiv akan masalah ikran.

ikran mengeluh. matanya dibuka.

" puan mungkin hamil.." ikran membuka mulutnya bercerita.

" ye ke... wah..tahniah...." itu satu berita baik. sepatutnya ikran gembira. anak adalah anugerah terindah daripada tuhan.

" tapi... kenapa tuan tak gembira?" tanya nazim tiba-tiba musykil dengan respon ikran.

" hmm.. aku tak sedia lagi.." perit menyebutnya.

nazim senyum pahit. susahlah kalau macam tu. tapi kenapa? bukan semua orang yang menikah itu memang nak anak sebagai penyambung waris. anak itu bukan penyamung ikatan ibubapa. pengikat kasih.

" sekarang tak selamat untuk cik puan mengandung.." ikran meluahkan kerisauannya.

" tuan kena think positif.. biasanya naluri seorang ibu ni.. dia akan melindungi anaknya. tuan jangan risau. puan mesti takkan apa-apa.." nazim memberi perangsang kepada ikran. dia faham yang ikran sekarang dalam keadaan tegang. pasti ikran takut sesuatu menimpa cempaka.

" benda dah jadi.. suka tak suka kena hadap..." kalau benar cempaka mengandung,nak buat macam mana lagi? nak salahkan siapa? kalau dia tak usik cempaka,benda takkan jadi. cempaka juga takkan mengandung. namun kalau nafsu sudah mengemudi akal, terima sahajalah ikran. jadi nak salahkan siapa lagi?

" betul tuan.. saya sokong tuan.. jangan risau.." nazim memberi sokongan padu kepada ikran.

ikran memberi isyarat suruh nazim keluar. dia menyambung memeluk tubuh sambil memejam mata. terbayang wajah isterinya bersama perut yang memboyot. bagaimanakah agaknya cempaka yang kecil molek itu saat perutnya membesar nanti? ikran mula membayangkan. tiba-tiba tercetus senyuman di bibirnya. jauh di sudut hati,dia memang ingin bergelar bapa. mahukan suasana rumah mereka terisi dengan tangisan anak-anak. namun apakan daya,sekarang bukan masa yang sesuai. musuhnya masih berkeliaran. takut peristiwa nirina bakal terjadi kepada cempaka.

" esok pagi kita bertolak. packing pakaian untuk 2 hari. saya dah booking hotel." cempaka memaklumkan aktiviti esok kepada jefri dan dayana.

" booking hotel?" tanya jefri. mula membayangkan ruang hotel yang tehad.

cempaka mengangguk.

" batalkan.. tengku ada rumah rehat dekat sana.. bileh bawa mira sekali untuk bantu lady boss.." jefri tidak bersetuju dengan cadangan cempaka untuk menyewa hotel. baginya hotel adalah tempat tidak selamat. dengan ketiadaan ikran, cempaka mudah terdedah kepada bahaya.

" hmm... tetapi hotel yang saya tempah ni adalah lokasi fashion show tu berlangsung.." cempaka membantah. dia ingin memudahkan ara sebenarnya.

" tengku.. tak benarkan lady boss check in hotel.. ni arahan dia.." jefri menggunakan nama ikran. dia tahu cempaka akan akur apabila disebut tentang arahan ikran. wanita ini hanya patub kepada suaminya.

cempakan mengebam bibirnya.

" okey.." pasrah. kalau dah ikran punya arahan,redha sahajalah.

" okeylah.. kalau macam tu..yana.. maklum mira.. esok pagi.. awal kita akan bertolak." kata sepakat akhirnya dicapai. jefri memberi arahannha sati persatu berkenaan perjalanan esok. keselamatan lady boss adalah nombor satu.

" ermm..kalau dah takde apa-apa.. saya naik dululah.. saya nak rehat.. " cempaka meminta diri. matanya mengantuk. penyakit kuat tidurnya sudah menyerang.

Chapitre suivant