webnovel

seksi?

dari satu kedai ke satu kedai cempaka dan ku najah menjelajah. ada sahaja barang yang hendak dibeli dan perbualan serta tip yang dikongsi oleh ku najah.

setelah lebih dari 3 jam berjalan, cempaka merasakan tekaknya kehausan.

" umi haus tak?" tanya cempaka pada wanita di sebelahnya yang penuh tenaga dan semangat.

" haus juga.." bila cempaka tanya baru ku najah terasa haus.

" mira.. tolong belikan air minuman dua cawan.." ku najah memberi arahan kepada maid yang setia mengikuti mereka dari tadi.

" baik.." tanpa banyak bunyi mira menurut dan mula menghilang ke arah tempat menjual minuman.

" umi.. takpe ke umi balik lewat? nanti abi marah pula." tanya cempaka. risau juga kalau pak mertuanya marah. almaklumlah siapa yang tidak kenal dengan tengku iqbal. sangat tegas.

" owh.. iyalah cerita pasal abi kamu.. umi lupa untuk maklum." kan.. ku najah berseronok sampai terlupa suami tersayangnya. telefon bimbit dalam beg tangannya segera dicapai. nombor suami segala didail.

" assalamualaikum abang.."

" saya dekat luar.. dengan menantu kita beli belah "

" haah.. along kerja.. "

" abang datang ambil.. "

" baiklah.. nanti saya suruh driver hantar balik.."

akhirnya panggilan diletak. ke najah memandang wajah cempaka.

" rasanya umi tak boleh berlama. sebentar lagi abi datang jemput." ku najah memaklumkan kepada cempaka. iyalah dia terlupa petang ni dia dan suaminya dijemput ke acara lelongan amal disebuah hotel terkemuka di bandar x. kasihan menantunya.

" eh takpe umi.. lain kali ada masa kita jalan lagi." cempaka memujuk ku najah pabila melihat wajah tua itu seperti kelihatan sedih

"baiklah.. nanti umi suruh driver hantar kamu balik ya.." senang hati ku najah memdengar kata-kata menyenangkan hati dari menantunya itu.

" hmm.. tak perlu susah-susah umi.. cempaka ada benda lagi nak tengok ni."

" baiklah.. jaga diri. pulang cepat." pesan ku najah mengambil miniman yang dihulur mira. dia perlu bergegas kerana telefon bimbitnya sudah berdering. pasti tengku iqbal.

" puan.. mahu saya teman puan?" mira bertanya perlahan menghulur minuman di tangannya.

" tidak perlu. mira minta driver hantar mira balik dan bawa barang ni semua.."cempaka menunjuk barang-barangnya.

" betul ni cempaka taknak balik sekali?" tanya ku najah setelah selesai menjawab panggilan telefonnya.

cempaka mengangguk.

" baiklah.. mira..bawa semua barang ni.." ku najah faham. pasti menantunya nak berjalan sendirian. menikmati waktunya. sama sepertinya satu ketika dahulu.

" nazri hantar mira balik ya.. saya balik sama tuan besar. dia dah sampai." satu persatu ku najah memberi arahan.

cempaka diam melihat umi mertuanya memberi arahan kepada pembantu-pembantunya. beliau tidak kasar dalam berbicara dan sangat bertoleransi. bolehkah dia menggalas tugasan seorang wanita seperti ku najah?

" cempaka.. umi minta diri dulu ya.. jaga diri.. jangan letih-letih. pesan ikran jangan kerja keras.. cepat lahirkan umi cucu." lengkap pesanannya sambil memeluk tubuh cempaka.

cempaka angguk. turut membalas pelukan ku najah.

selepas ku najah dan mira serta nazri menghilang dari pandangan, cempaka mula merayau tanpa tujuan. memasuki satu persatu kedai yang ada di mall ini.

cempama memasuki satu butik yang terkenal di bandar k. pakaian di dalam butik ity sangat cantik. cempaka berjalan dari satu rak ke satu rak. merasa setiap pakaian dengan tangannya.

" cik nak beli baju ni.. ini paling latest.. keluaran terbaru untuk musim ini." maklum pembantu kedai itu.

cempaka angguk. mencari tanda harganya. makkkk aiiii.... 25k.. gila apa..

pembantu kedai itu pamer senyum apabila melihat wajah kelat cempaka. pasti gadis itu terkejut melihat harga yang mahal. kasihan gadis ini. takde duit tapi sibuk je datang kedai mereka. lihat dari cara berpakaian pun kita boleh nilai orang tu berduit atau tidak. dan pada penilaiannya tentu gadis ini datang saja-saja.

cempaka ingin mengatakan sesuatu namin tidak jadi apabila telefonnya berbunyi. tanpa melihat siapa pemanggilnya cempaka mengangkat.

" dekat mana?" tanpa salam si pemanggil terus menyerang.

terkedu cempaka namun dia sudah mengecam suara sang pemanggil itu.

" dekat shopping mall.."

" pukul berapa nak balik?"

" sekejap lagi.."

" apa nama butiknya?"

" ermm.. c&k.."

" tunggu situ dalam 5 minit." terus panggilan diletak.

cempaka memandang telefon bimbitnya.

macam tu je? dongkol hati cempaka.

" cik berminat ke?" tanya pembantu butik itu lagi.

" saya nak tengok dulu.." cempaka ingin melihat dulu. kot ada lagi cantik dari yang ini.

" cik nak baju fesyen yang macam mana

ya? di sini kebanyakannya 20k ke atas.." maklum pembantu butik itu.

" ermm.. saya nak tengok dulu.." cempaka berjalan melepasi pembantu jualan yang memakai tanda nama nurain.

"cik kalau nak yang murah saya boleh tunjukkan cik bahagian pakaian yang murah." pembantu butik itu tidak mahu mengalah. sekurang-kurangnya biarpppp berbaloim tak mampu beli yang mahal. masih ada yang murah.

" dik.. takpe.. saya nak pilih dulu. kalau saya dah berkenan nanti saya maklum. jangan risau." cempaka menenangkan perasaan pembantu jualan itu. dia faham. setiap pekerja pasti mengejar jualannya. namun boleh tak bagi dia ruang nak memilih.

" takpe cik.. dah menjadi tugas kami untuk membantu cik memilih pakaian yang sesuai dengan cik dan sesuai dengan ekonomi cik." pembantu jualan itu menerangkan skop tugasnya. dia sebenarnya ingin memudahkan tugasan cempaka dalam memilih.

" baiklah.. kalau begitu.. adik cadangkan saya beli pakaian yang macam mana?" cempaka mengalah dan cuba berkompromi.

" sini.. cik boleh ikut saya." cempaka menurut. namun matanya masih tertoleh kearah pakaian tadi. masih terasa kelembutan kainnya dan potongan pakaian itu. sangat cantik kalau digunakan untuk majlis-majlis minum petang atau jamuan ringkas keluarga.

" cik sini.. pakaian di sini semuanya murah-murah dan ada less 40%." maklum pembantu jualan itu.

cempaka melihat susunan pakaian di situ. cantik-cantik semuanya.

" apa beza pakaian tadi dengan pakaian disini?" tanya cempaka ingin tahu.

" owhh.. yang ini ready made. setiap keluaran sekali 200 pasang. kalau yang tadi lebih kepada hand making. limited edition." pekerja itu menerangkan kepada cempaka.

cempaka mengangguk.

" dah beli?" tanya satu suara garau dari arah belakang mereka.

cempaka senyum merapati ikran.

" belum lagi.. baru saya nak pilih." maklum cempaka tersenyum manis kepada suaminya.

ikran mengerut dahi melihat cara cempaka berpakaian. seluar jean koyak dilutut dan kemeja kotak-kotak kecil warna merah hitam. beginikah cara isterinya berpakaian sewaktu bersama uminya. tak senonoh.

" awak jalan dengan umi pakai macam ni?" tanya ikran perlahan nadanya.

cempaka angguk dan tersengih.

pembantu jualan yang dari tadi sibuk ingin membantu cempaka memilih pakaian terus terdiam. terkejut melihat ketampanan ikran kut.

"lepasni kalau keluar dengan umi.. jangan pakai seksi macam ni." komplen ikran.

cempaka membulatkan matanya. cermin panjang di depannya ditenung.

" seksi? ini seksi ke?" cempaka tertanya-tanya sendiri.

Chapitre suivant