Di puncak Gunung Wiesel. Portal merentas jarak sekali lagi menyala.
'Begitu ramai pakar yang muncul. Mereka semuanya mempunyai aura yang begitu menakutkan! Jauh lebih berkuasa daripada tetua puak kami… Adakah mereka semuanya Betara?' Helang Bersayap Keluli Lazuardi itu bersembunyi di celah-celah dedaun, memandang ke arah puncak gunung kejauhan. Orang bunian ini bertukar menjadi helang sebaik sahaja melihat begitu ramai kemunculan Betara. Dia begitu ketakutan sehingga kaku. Dua makhluk ajaib yang bertempur dengan sengit itu ketakutan sehinggakan berhenti bertarung.
Sekumpulan Dewa Tertinggi muncul sekali lagi di puncak gunung. Seperti sebelum ini, kumpulan ini juga begitu ramai!
'Jika ditambahkan dengan kumpulan ini, sudah lebih daripada sepuluh ribu orang berada di sini.' Pemuda druid itu berbisik dalam diam.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com