webnovel

Pertarungan Akhir

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Lebih lima puluh orang pakar tahap komander berkumpul di halaman. Kumpulan Linley berempat duduk di satu sudut sementara para pembantu rumah berjalan dengan menatang dulang berisi makanan dan buah-buahan serta wain.

"Perhimpunan ini sangat membosankan!" Bebe menghasilkan bunyi 'kerup-kerup''kerap-kerup' ketika mengunyah sebiji buah berwarna violet, melekit dan bulat. Jus buah itu menitik ke bawah. "Apa gunanya kita berada di sini? Perhimpunan ini hanya berkisar tentang komander dengan kem tentera membincangkan strategi mereka untuk pertempuran akhir. Kita ini hanya duduk dan memerhatikan seperti orang yang dungu."

Linley ketawa kemudian mengerling ke arah komander yang duduk berhampiran mereka di dalam halaman.

Kumpulan komander ini terdiri daripada komander yang menguruskan kem tentera. Jelaslah mereka sedang membincangkan beberapa butiran pertempuran akhir.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant