Wilayah Flamebone. Di tingkat atas, bilik persendirian di dalam restoran.
"Sudah. Kamu tidak perlu masuk kecuali kami memanggil kamu." Linley memberi arahan.
"Baik, tuan."
Pelayan itu menatang pinggan makanan keluar dari bilik, kemudian menutup pintu bilik tersebut.
"Bos, cepatlah keluarkan semua dokumen dan rakaman nujum itu." Bebe segera mendesak. Selepas memperoleh bahan tersebut, Linley dan Bebe belum lagi memeriksa bahan-bahan tersebut kerana tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk membacanya. Lagipun, mereka tidak boleh menyelak bahan tersebut di atas jalan, bukan? "Bersabarlah." Linley ketawa. Dalam sekelip mata, Linley mengeluarkan sebuah peti yang besar dan peti tersebut terapung di atas meja.
Linley mengalihkan tiga pinggan sajian dan wain ke meja lain dan meletakkan timbunan dokumen ke atas meja.
"Banyaknya." Bebe menghulur tangannya, menyambar dokumen tersebut.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com