"Tetua Agung ke platform pertarungan?" Linley juga turut terkejut.
Dia lantas mengikuti Beirut, Phusro dan yang lain terbang keluar dari gaung. Selepas terbang keluar dari gaung, Gislason mengerling ke arah perisai unsur yang meliputi seluruh Gunung Skyrite lalu menjerit ke arah sekumpulan pahlawan peronda di atas Lebuh Naga, "Sampaikan pesanan saya. Seluruh perisai unsur ini akan diturunkan dan dipadamkan!"
"Uh… Baik, Bapa!"
Pahlawan peronda ini agak terkejut tetapi mereka lantas tersedar kembali.
Linley memandang ke arah perisai unsur yang meliputi seluruh Gunung Skyrite. 'Ini merupakan satu penghinaan. Penghinaan buat puak!' Orang lain menghina mereka tetapi apa yang boleh mereka lakukan adalah menekup tangan mereka ke telinga, tidak berani melawan kembali? Jika ini bukan satu penghinaan, apakah ia?
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com