webnovel

Peristiwa Besar

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Gaung dipenuhi dengan bunyi tawa yang tidak henti-henti kedengaran pada hari perkahwinan.

Disebabkan mereka memilih untuk tunduk dan berundur, empat ketua puak berasa agak tertekan. Hari ini, mereka merebut peluang untuk meraikan perkahwinan. Beirut dan Carolina turut berasa gembira. Mereka berbual dan minum dengan empat ketua puak dan Tetua yang lain.

"Datuk Bandar, tahniah!" Gislason mengangkat gelasnya ke arah Beirut.

"Haha." Beirut ketawa sambil memandang ke arah Gislason dan berkata perlahan, "Gislason, puak Empat Makhluk Suci kamu benar-benar sudah berundur dan tidak akan bertempur lagi?" Beirut memberi perhatian kepada pergelutan antara dua buah pihak itu.

Gislason tergamam. Dia mengangguk.

"Bagaimana reaksi lapan buah puak besar?" Beirut bertanya.

"Belum ada reaksi lagi." Gislason menggeleng kepalanya. "Besar kemungkinan, dalam masa terdekat, mereka tidak akan percaya kami benar-benar telah tunduk."

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant