Di bawah tanah istana di mana Forhan tinggal di Gunung Skyrite. Balairung seri bawah tanah yang gelap dan tidak bercahaya.
Balairung seri itu sejuk dan merupakan kawasan larangan. Sekarang ini, satu-satunya orang yang berada di situ adalah Forhan. Forhan sedang duduk di atas singgahsana di dalam balairung seri, membongkok seperti binatang yang bersedia menyerang hendap. Matanya bersinar dengan cahaya kelam, memikirkan sesuatu yang hanya diketahuinya.
'Memaklumkan kepada pasukan lapan buah puak besar?' Walaupun Forhan mahu Linley mati dan mahukan lapan buak puak besar yang melakukannya, ia tidak lebih daripada buah fikirannya sahaja. Walau bagaimanapun, ketika dia menimbangkan perkara ini dengan serius, dia mula teragak-agak.
Hal ini adalah kerana satu cara untuk membuatkan lapan buah puak besar itu tahu ialah dengan memaklumkan kepada mereka.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com