webnovel

Tiada Belas Kasihan!

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Di ruang udara Gunung Skyrite. Susuk yang tinggi dan berkuasa membelah langit. Jubah panjangnya beralun ketika dia tiba di puncak Lebuh Naga yang menempatkan 'Kepala Naga'. Di situ juga terdapat sebuah istana yang tersergam indah.

Rambut lazuardinya beralun ditiup bayu. Wajahnya dingin dan menggerunkan seolah-olah diukir menggunakan pisau. Orang ini turun terus di hadapan pintu istana.

Askar peronda di hadapan pintu istana segera menunduk hormat sebaik sahaja melihat susuk ini. "Bapa puak Naga Lazuardi!"

Susuk yang mengagumkan ini adalah Bapa puak Naga Lazuardi, pakar nombor satu puak Naga Lazuardi… Gislason [Gai'lei'seng] Redding! Anak kepada Pemerintah 'Naga Lazuardi'. Kuasa Gislason tidak dapat diduga.

"Mmm. Mengapa tiada seorang pun Tetua yang berada di dalam istana?" Gislason berkerut. Dia dengan mudah mengetahui yang di dalam istana itu langsung tidak terdapat Tetua.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant