webnovel

Gembira Bertukar Duka

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Barnas, Ojwin, Hanbrit dan Gatenby semuanya memandang dengan mulut ternganga dan mata terbeliak.

Mereka telah menyaksikan pertempuran yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Di hadapan Beirut, Adkins seperti bayi yang langsung tidak mampu melawan. Bahagian yang paling dahsyat adalah… Adkins menyerang kepala Beirut dengan sepenuh kuasa tetapi Beirut langsung tidak cedera.

'Lucu. Sungguh melucukan.'

Beirut menggeleng kepalanya, melepaskan keluhan lalu terbang dengan pantas ke arah istana logamnya yang terletak di utara. Sebenarnya, Beirut sudah lama bersedia bagi pertempuran ini. Jika tidak, dia tidak akan meninggalkan istana logam untuk bertempur dengan Adkins di tengah udara.

"Whew…" Ojwin dan lain-lain melepaskan nafas yang panjang.

Mujurlah Beirut tidak mempedulikan mereka sewaktu dia meninggalkan tempat itu. Jika mereka berempat bergabung tenaga sekalipun, mereka tidak mampu berdiri teguh menghadapi satu serangan daripada tongkat Beirut.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant