webnovel

Rela Menyerah Kalah

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Ojwin ini benar-benar kejam. Dengan frasa yang mudah, dia menyebabkan keretakan dalam perikatan antara tiga orang pakar ini. Ojwin menyengih gembira sambil memandang ke arah Olivier dan Desri, menunggu tindak balas mereka.

Linley merenung Ojwin yang berada jauh darinya. Dia sebenarnya lebih membimbangkan keselamatan keluarganya.

'Ojwin adalah Dewa Penuh. Kuasanya jauh melebihi aku, Desri dan Olivier. Malah, Ojwin mempunyai sekumpulan orang bawahan. Empat pakar di belakangnya seharusnya pakar Betara. Besar kemungkinan, sukar untuk aku melarikan diri.'

Situasi ini sudah menjadi lebih serius.

Hidupnya, jika dibandingkan dengan nyawa ahli keluarganya dan rakan-rakannya… Andai dia dapat melindungi keluarga dan rakannya, Linley sedikit pun tidak kisah mati.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant