"Cuma kamu sahaja yang boleh putuskan apa pilihan yang betul." Dylin berkata serius.
Pilihan yang mereka lakukan sebaik sahaja menjadi pakar tahap Betara dengan kuasa mereka sendiri akan menentukan kejayaan dan perkembangan mereka.
Linley tidak perlu memikirkan hal ini langsung. Hatinya terus cenderung kepada pilihan kedua. Selama ini pun, dia telah memilih haluan dalam hakikat tanah dan angin. Dua unsur yang berbeza. Dia tidak rela untuk melepaskan mana-mana unsur.
"Tuan Dylin, jika seseorang memilih pilihan kedua, misalnya, jika saya menjadi pakar Betara unsur angin dan sebaik sahaja saya menjadi pakar Betara, andai kata saya meletakkan cetusan ketuhanan di luar tubuh saya, alam semesta akan membentuk tubuh suci saya di sekeliling cetusan ketuhanan itu, bukan? Roh saya juga akan terbahagi. Dalam erti kata lain, tiada perbezaan dalam roh antara tubuh sebenar dan klon, bukan?"
"Benar," Dylin mengangguk.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com