Linley berasa gembira sewaktu dia memeluk Alice ketika mereka masih remaja. Namun apabila Delia berada di dalam pelukannya ketika ini, jauh di dalam dirinya, hatinya terasa penuh, seolah-olah dia telah mencapai sesuatu secara spiritual.
Ini… merupakan kebahagiaan sebenar!
Ais yang meliputi hatinya kini sudah pun cair.
Wajah Delia dihiasi senyuman. Dia tidak pernah berasa segembira ini.
"Linley, saya sangat gembira." Delia yang berada dalam pelukan Linley berbisik lembut.
"Saya pun sama." Linley mengusap rambut Delia yang harum, licin dan berkilat separas bahu itu dengan lembut.
Delia lantas merehatkan dirinya di dada Linley. Dia menggumam, "Linley, saya rasa seolah-olah saya sedang bermimpi… Beritahu saya, adakah ini benar?" Wanita tegas yang mampu membuatkan maharaja gementar kini patuh seperti kanak-kanak.
"Ini benar, ini memang benar." Linley dapat merasakan kehangatan tubuh Delia dan perasaan mahu melindungi menghangatkan hatinya.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com