Delia berbual dan bergurau dengan Maharaja Johann dan perbualan mereka dipenuhi dengan jenaka dan perkara yang menggelikan hati. Tawa Maharaja Johann yang lantang, jelas kedengaran tanpa henti.
Maharaja Johann, Delia, Tuan Longhaus, Kenyon, Lanke dan yang lain berjalan di hadapan diikuti dengan pembantu istana, dayang-dayang istana dan kesatria yang berkuasa.
Para bangsawan pula mengikuti kesatria dengan jarak yang agak jauh.
"Cantik sungguh." Sekumpulan pemuda bangsawan ibu kota empayar berhimpun bersama. Semua pemuda bangsawan ini mempunyai status yang tinggi di dalam empayar. Sesetengahnya merupakan putera sementara yang lain merupakan waris-waris utama puak-puak besar. Tiada apa yang kurang dalam hidup mereka. Mereka sering membentuk kumpulan-kumpulan kecil. Tiada seorang pun di dalam ibu kota empayar yang berani menyinggung mereka.
Kata-kata yang baru diucapkan sebentar tadi keluar dari mulut anak lelaki Putera Julis, Marquis Jeff [Ji'fo].
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com