webnovel

Keajaiban

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Putera itu terdiam lama di dalam penjara.

Dia merenung kepada pengawal dan berbisik, "Aku perlu tahu siapa kau. Jika tidak aku tidak boleh percaya dengan kau."

"Aku telah bunuh Paderi. Oleh itu aku tidak akan berada di pihak Kuil. Itu sahaja yang kau perlu tahu," Marvin memberi jawapan dengan pantas.

"Apa sasaran kau? Menggulingkan pihak Kuil? Tiada pakar seperti itu di dalam askar pemberontak!"

Aragon menjadi semakin curiga.

Lelaki di dalam bayang itu umpama muncul dari entah mana. Dia tidak pernah dengan seseorang seperti itu di alam ini.

"Jika kau betul ingin tahu, kau perlu tunjuk sedikit kepercayaan," kata Marvin. "Jika kau sanggup untuk bekerjasama dengan aku, tidak salah untuk kau tahu identiti aku."

"Bekerjasama?" Aragon senyum pahit. "Adakah kau fikir kau mampu menggulingkan Putera Bayang dengan bantuan dari beberapa pakar sahaja?"

"Kenapa tidak boleh?" Marvin bertanya.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant