webnovel

Pengikut

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Pada waktu tengah malam Bandar River Shore, daerah rakyat biasa, rumah kecil dua tingkat.

Wap tebal keluar dari bilik rumah dua tingkat yang bersepah itu.

Di dalam bilik, seorang gadis baring di katil, tidak berhenti-henti menjerit menahan sakit. Kulitnya berwarna kuning dan dia seperti tidak bertenaga.

Tetapi matanya nampak masih bersinar.

"Ayah…" Dia berkata dengan suara perlahan, "Aku mungkin mati nanti."

Seorang lelaki tinggi duduk di sisi katil sambil menahan air mata daripada keluar. Dia menggenggam tangan anaknya sambil berkata, "Lyle, jangan risau, aku telah jumpa jalan untuk pulihkan kau!"

"Kau akan selamat, semua akan jadi baik."

Ada orang yang ketiga di dalam bilik itu. Dia juga sama umur seperti gadis itu dan dari pakaiannya, dapat dilihat situasi keluarganya lebih kurang sama dengan mereka. Dia juga duduk di sisi katil sambil melihat Lyle yang sakit teruk.

"Terima kasih Chini," Gru berkata dengan suara perlahan. "Terima kasih kerana tolong jaga dia ketika aku tiada."

"Ini yang patut aku lakukan Encik Gru." Chini menunjukkan air muka penuh duka. "Lyle kawan baik aku."

"Menjaga dia perkara yang patut aku lakukan. Tetapi badan dia…"

Dia menoleh tempat lain kerana tidak sanggup lagi melihat keadaan Lyle.

Ini rumah Gru. Sebagai pengembara level rendah yang telah membanting tulang separuh hidupnya di Bandar River Shore, untuk membeli rumah di daerah rakyat biasa bukan perkara yang mudah bagi Gru.

Petang itu, Baron Marvin dari Lembah White River telah memberikannya buku dan beritahu Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng akan pergi cari dia di rumahnya.

Ini membuatkan dia sangat teruja.

Akhirnya ada sinar harapan buat anak perempuannya. Walaupun harapan agak tipis, tetapi dia tetap ingin mencuba.

Wap di dalam bilik ini merupakan teknik rawatan tradisional. Meningkatkan suhu dan kelembapan bilik dikatakan efektif untuk melawan pelbagai penyakit.

Gru juga telah menjemput banyak doktor tetapi mereka tidak dapat membuat apa-apa dengan keadaan Lyle. Mereka hanya mampu mencuba beberapa cara rawatan daripada tiada langsung.

Chini yang baru tersedar terus duduk seketika sebelum meminta izin. "Oleh sebab kau dah kembali, aku minta diri untuk pulang lebih awal."

Gru mengangguk.

Ketika dia hendak membawa keluar kawan anaknya itu, tiba-tiba satu kelibat meluru masuk dari luar!

"Kau tak boleh!"

Clang!

Kerambit diletakkan di leher Chini.

"Apa yang kau cuba lakukan?" Gru bertanya, terkejut dan marah.

Chini cuba menjerit sekuat hati… Tetapi Marvin telah menutup mulutnya sebelum sempat dia keluarkan sebarang suara.

Lagipun Marvin memakai [Sarung Tangan Ghastly]. Sebab itu dia tidak rasa apa-apa walaupun gadis itu menggigit tangannya.

"Apa yang aku lakukan?"

"Mungkin kau patut tanya apa dia telah buat?" Marvin tersengih.

Dia mengoyakkan baju Chini!

Terdapat seperti lakaran di lehernya. Ia nampak seperti tatu yang tidak lengkap.

"Aku tak tahu apa yang kau maksudkan, Chini kawan baik Lyle," kata Gru dengan suara garau. "Encik Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng, cepat lepaskan dia."

"Buka buku ditangan kau. Halaman 670, cuba tengok ilustrasi." Marvin berkata dengan dingin.

Pada masa itu, Chini meronta-ronta.

Dapat dilihat ketakutan dari matanya.

Dia cuba meronta tetapi kekuatan Marvin cukup untuk mengawal gadis muda tersebut.

Selepas diugut dengan kerambit, dia akhirnya berhenti meronta kerana ketakutan.

Gru dengan pantas keluarkan buku dan membuka halaman yang diberitahu oleh Marvin tadi.

Mukanya terus berubah!

"Adakah kau pengikut Dewa Plague?"

"Macam mana boleh jadi? Chini?"

Gru terkejut beruk!

Buku ini dijumpai dari bilih membaca Baron Marvin. Ini merupakan buku kuno diwarisi dari datuknya. Di dalam terkandung maklumat rahsia mengenai pengikut kultus jahat.

Ini juga termasuk sekali nota mengenai Dewa Plague.

Gru tidak buta, dia dapat melihat tatu di leher Chini. Jika tatu tersebut lengkap, bentuknya akan sama seperti dalam ilustrasi buku itu!

Itu tanda pengikut Dewa Plague!

Mereka merupakan kumpulan manusia bermasalah. Percaya akan wabak dan mahukan wabak tersebar di merata tempat, tetapi mereka akan imun kerana rahmat dari Dewa Plague.

Orang seperti ini memang membuatkan semua orang benci.

Lyle terbaring di katil tidak faham apa yang berlaku. Dia bertanya dengan risau, "Apa yang kau cuba lakukan?"

"Ayah, jangan biarkan orang pelik ini cederakan Chini."

Marvin tidak rasa lucu, dia terus menghentam belakang kepala Chini untuk memengsankan dia.

"Orang gila!' Lyle berkata dengan marah. Mukanya terus jadi merah.

"Senyap!" Gru menjerit dengan perasaan muram.

Lyle terus terkejut. Dia tidak pernah ditengking seperti itu oleh ayahnya.

"Ini dilakukan oleh Chini!"

Gru mengulang semula dengan muka yang tenang, "Sakit kau disebabkan oleh Chini."

"Apa? Mustahil!?" Lyle menggeleng kepala. Tiba-tiba dia menunjukkan wajah yang penuh keperitan dan penyeksaan!

Tangan kiri menahan perutnya dan air mata mula mengalir bak hujan turun. Tangan kanan pula menarik cadar katil sehingga terkoyak.

Kesakitan yang dialami olehnya sudah makin teruk!

Gruterus mendakap Lyle dan memandang Marvin dengan mata yang sedih.

Marvin menarik nafas dalam kemudian berkata kepada Gru, "Jika kau mahu aku selamatkan nyawanya, kau harus dengar cakap aku."

Gru memaksa diri untuk mengangguk.

Selepas sampai ke tahap ini, dia hanya boleh dengar saja apa yang Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng sudah tentukan.

Dapur stim dialihkan keluar, dan tanya tinggal bekas tapak kaki bara saja di situ.

Ada tumbuhan pelik yang terbakar di situ. Tumbuhan ini dikenali dengan nama [Amethyst Sprout], sejenis rumput yang tidak mempunyai nilai nutrisi tambahan. Hanya orang yang sangat miskin akan gunakan ia jadi makanan ternakan dan sebagainya.

Membakar Amethyst Sprout akan membentuk asap ungu yang boleh sebabkan kegatalan tetapi Marvin tetap suruh Gru mengunci semua pintu dan tingkap.

Kemudian mereka mengikat kaki dan tangan Lyle di katil.

"Sekarang, kau boleh tunggu di luar."

"Kau pasti tidak ingin melihat apa yang berlaku nanti," Marvin berkata dengan tenang, "Jika kau mahu tinggal, kau kena berjanji tidak akan menghentikan aku walau apa yang terjadi kepada anak perempuan kau!"

"Ayah! Jangan tinggalkan aku! Aku tak mahu berada sama dengan orang gila ini!"

Lyle menjerit dengan suara yang serak.

Perasaan Gru sangat berbelah bagi ketika ini.

Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng tiada sebab untuk mencederakan dia. Dia pun mengetap bibir sambil pergi ke tepi katil Lyle diikat, "Sayang, percaya aku. Walaupun orang ini nampak seperti tidak waras tetapi dia datang ke sini untuk selamatkan engkau."

"Kau kena percayakan aku. Aku sayang kau. Anakku."

Dia terus mencium dahi Lyle sebelum merenung tajam ke arah Marvin dan terus keluar dari bilik itu.

"Engkau perempuan yang bengap."

"Tetapi aku pasti kau tidak sebodoh itu untuk tidak perasan kawan baik kau jadi dalang untuk situasi yang berlaku ke atas kau?"

Marvin mengeluarkan pisau belati jed kingfisher dari konc kosong dan berkata dengan tenang.

Asap ungu itu telah memenuhi bilik itu sehingga Lyle mula terbatuk.

Dia senyap seketika sebelum menggelengkan kepala. "Mustahil, Chini tidak ada sebab untuk melakukan perkara seperti yang kau katakan."

"Manusia sanggup lakukan apa saja untuk selamatkan diri sendiri."

Marvin sampai di sebelah Lyle dan berkata dengan suara perlahan, "Ayah kau memang teramat sayangkan kau."

Lyle melihat Marvin dengan wajah penuh kesakitan. "Apa yang kau akan gunakan untuk pulihkan aku?"

"Pop!"

Belum sempat dia habiskan ayatnya, Marvin menggunakan pisau belatinya untuk mengoyakkan bajunya!

"Aaah!" Bunyi jeritan bergema di dalam bilik.

Gru yang duduk di luar bilik menahan diri untuk menerjah masuk.

Bermacam-macam jenis jeritan dapat dengar dalam masa satu jam.

Pada masa itu suaranya menjadi serak teruk.

Urat biru mula timbul di dahi Gru. Dia telah banyak kali berfikir untuk memecah pintu dan menerjah masuk.

Jika Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng melakukan sesuatu kepada anaknya.

Dia tidak dapat bayangkan apa yang dia akan lakukan.

Pada masa itu, kedengaran bunyi pintu terbuka melihatkan apa yang ada di dalamnya.

Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng berjalan keluar membawa seseorang di bahunya.

"Aku bawa yang ini pergi."

"Anak perempuan kau sudah tiada isu lagi."

"Paling teruk mungkin anak perempuan kau akan alami ketakutan teruk. Kau patut pujuk dia. Aku rasa perubahan tempat persekitaran agak bagus. Bandar River Shore tidak aman seperti dulu. Dia akan bergaul dengan orang seperti ini sepanjang masa, sebab itu memang susah untuk mengelak bahaya. Apa kau rasa? Encik Gru?"

Gru terus merenung anaknya Lyle yang sedang tidur itu. Walaupun nampak pucat, dia tidur dengan nyenyak.

Sudah lama dia tidak dapat tidur dengan nyenyak sebegini!

"Apa yang kau maksudkan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng?" Gru terbangun dari khayalan dan terus bertanya.

Marvin terus turun tangga sambil memikul Chini, "Lembah White River pilihan yang bagus."

"Suasana di sana juga bagus dan orang di sana baik-baik belaka."

Gru tabik kepada Marvin.

"Aku faham."

Pada waktu malam yang semakin gelap, di dalam bilik gudang yang terbiar.

"Splash!"

Satu baldi air disimbah ke muka Chini.

"Beritahu aku di mana tempat kau berceramah atau berkumpul."

Marvin berkata dengan suara yang dingin.

Chapitre suivant