webnovel

Jualan Hangat

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Zhang Yang! Aku sudah jual semua posyen yang kau beri! Daripada 100 timbunan yang kau beri, aku cuba jual beberapa pada harga yang berbeza. Enam timbunan dijual pada harga sekeping syiling emas sebotol. Tiga timbunan dijual pada harga dua keping syiling emas sebotol, empat timbunan dijual pada harga tiga keping syiling emas sebotol, manakala timbunan selebihnya dijual pada harga empat keping syiling emas sebotol! Aku dapat jual hanya beberapa botol pada harga lima keping emas sebotol, tapi bilangannya terlalu sedikit. Nampaknya pasaran terkini hanya akan membeli posyen itu pada harga empat keping syiling emas sebotol setakat ini! Apapun, jumlah keuntungannya adalah 6714 keping emas! Jahanam, cas servis 10% yang dikenakan rumah lelong itu menyusahkan betul! Selain itu, aku sudah ikut arahan kau dan gunakan 100 keping syiling emas untuk beli [Rumput Brassica] dan [Bunga Ginkgo]. Aku sudah ambil bahagian aku daripada keuntungan itu dan hantar baki selebihnya dan bahan tersebut kepada kau!"

"Haha! Zhang Yang! Teka berapa banyak posyen yang aku sudah jual hari ini? Semua! Semua posyen itu terjual! Ya Tuhan! Aku tak sangka posyen ini sangat terkenal! Aku juga terima tawaran untuk sertai persatuan daripada pegawai persatuan Darah Besi! Mereka kata mereka akan berikan aku satu tempat untuk pasukan peneroka jika aku beri bekalan posyen itu secara berterusan!"

"Jahanam! Zhang Yang, kau mesti belanja semua bila kita berjumpa satu hari nanti! Posyen ini sangat laris seperti kek panas! Ramai ketua persatuan yang menghubungi aku secara peribadi untuk memborong posyen ini dalam kuantiti besar!"

"Zhang Yang…"

Zhang Yang telah menerima wang serta bahan daripada setiap pengedar yang ditugaskannya. Jualan posyen pada malam tersebut sahaja ialah seperti yang dia jangkakan. Namun, pembeli utama posyen itu kebanyakannya persatuan bersaiz besar dan sederhana. Kebanyakan pemain tidak banyak membeli kerana mereka masih tidak menyedari tentang keadaan dungeon yang mereka akan hadapi!

Zhang Yang menganggarkan yang dia akan mengumpul 48000 keping syiling emas selepas menolak 100 keping emas daripada jumlah yang dihantar pengedar dari setiap kota bagi tujuan pembelian bahan. Apabila jumlah itu ditambah dengan 50000 keping syiling emas yang dia perolehi pagi tadi, dia berjaya mendapatkan hampir 100000 keping syiling emas!

Kadar pertukaran masa ini iaitu sekeping syiling emas bersamaan dengan 7 dolar bermaksud yang simpanan terkininya mencapai hampir 700000 dolar! Meskipun 50000 keping syiling emas yang diterimanya itu ialah bonus tambahan, dia boleh memperolehi lebih daripada itu apabila lebih ramai pemain biasa mula menyerang Sarang Marzerway.

Langkah pertama ialah kejayaan besar!

Walaupun begitu, itu masih jauh daripada matlamat utamanya iaitu untuk menjadi seorang jutawan! Nasib baik dia masih mempunyai banyak masa lagi untuk mencapai matlamat itu kerana masih banyak peluang di pasaran akan datang! Dia hanya perlu berusaha untuk mengambil peluang tersebut!

Zhang Yang mempunyai sejumlah 1400 timbunan posyen dan dia telah menjual lebih daripada 800 botol dan menghantar 500 timbunan kepada pengedarnya hari ini, jadi stoknya hanya tinggal sedikit. Dia perlu mula membuat lebih banyak lagi!

Ia hanya mengambil masa sesaat untuk membuat sebotol posyen itu. Dia boleh menghasilkan 60 botol dalam masa seminit dan 3600 botol dalam masa sejam. Itu baru 180 timbunan! Apabila tahap craftingnya meningkat daripada Pemula kepada Amatur, tempoh untuk menghasilkan posyen itu akan berkurangan menjadi separuh daripada itu! Zhang Yang mula menghasilkan posyen pada pukul 10 malam dan berjaya menghasilkan 200 timbunan posyen untuk dijual pengedarnya. Setelah dia meluangkan masa selama sejam lagi untuk menghasilkan lebih banyak posyen, Zhang Yang tidak dapat menahan lagi keletihannya dan dia mengambil keputusan untuk log keluar dan masuk tidur.

Sambil dia terbaring di atas katilnya, Zhang Yang terfikir yang sekiranya dia dia tidak tidur dan terus menghasilkan lebih banyak posyen sepanjang malam tersebut, dia akan dapat menghasilkan lebih daripada 4000 timbunan posyen dalam masa sehari. Itu akan meningkatkan keuntungannnya berlipat kali ganda! Meskipun 4000 timbunan itu kelihatan terlalu banyak, itu hanya sejumlah 80000 botol posyen yang hanya akan mampu membekalkan stok mencukupi untuk Istana Jed Putih sahaja semasa jualan hangat ini!

Tambahan pula, dia tidak boleh menghabiskan masa seharian hanya untuk menghasilkan posyen! Dia perlu memastikan dia mempunyai masa untuk melakukan grind tahapnya juga!

Terdapat satu cara untuk menyelesaikan masalahnya itu iaitu dengan meningkatkan tahap Alkimianya kepada Lebih Maju. Apabila kemahiran Alkimia seseorang pemain mencapai tahap Lebih Maju, dia boleh menghasilkan barangan bertahap lebih tinggi dan juga menghasilkan dua barangan serentak! 

Apabila kemahiran crafting pemain tersebut mencapai tahap Profesional, dia boleh menghasilkan empat barangan pada masa yang sama. Seorang Pakar boleh menghasilkan enam barangan, seorang Mahaguru boleh menghasilkan lapan barangan, manakala seorang Mahaguru Agung boleh menghasilkan 10 barangan serentak! 

Setakat ini, mustahil bagi seseorang untuk mencapai peringkat Profesional memandangkan belum ada resepi barangan berperingkat tinggi di pasaran. Meskipun begitu, terdapat resepi berperingkat Amatur yang sedang dijual di rumah lelong buat masa ini! Namun, masih ada satu lagi masalah. Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan resepi bahan berperingkat Amatur lebih mahal dan lebih sukar didapati berbanding resepi barangan berperingkat Pemula. Sangat sukar bagi seseorang untuk mengumpul 1000 mata penguasaan lantas meningkatkan tahap kemahirannya!

Dia akan membeli resepi berperingkat Amatur dan fokus sepenuhnya dalam meningkatkan tahap kemahirannya kepada Lebih Maju esok! Masa sedang berlalu dan setiap saat itu bermaksud wang padanya!

Selepas dia tidur lena sepanjang malam, Zhang Yang akhirnya mengalah dan meninggalkan senaman paginya bagi menjimatkan masa. Dia makan sarapannya dengan pantas dan log masuk ke permainan video. Pada peringkatnya yang terkini, setiap saat bersamaan dengan sebuah botol posyen dan itu bernilai paling kurang 4 dolar dan 28 sen, jadi dia tidak boleh membazirkan peluang itu! 

Sebaik sahaja wataknya muncul di kota tersebut, dia dengan segera berlari ke rumah lelong dan membeli tiga jenis resepi jenis Amatur, mendapatkan barangan tersebut di dalam peti kirimannya, serta mencari bahan untuk resepi itu. Tiga resepi tersebut adalah Posyen Penyembuhan Tahap 2, Posyen Ajaib Tahap 2, dan Posyen Kekuatan Tahap 2. Bahan yang dia perlukan adalah Rumput Lili, Aprikot Putih, Rumput Vanila, Pokok Cinta, dan Orkid Pelangi.

Zhang Yang mencari bahan tersebut satu persatu dan mendapati semuanya dijual boleh dibeli di rumah lelong, tetapi dalam jumlah yang sedikit dan pada harga yang mahal. Pendirian Zhang Yang goyah seketika, namun dia kemudian menetapkan pendiriannya dan membeli habis bahan tersebut dari rumah lelong itu. Dia menuju ke Kedai Alkimia dan membeli beberapa timbunan botol kosong dan mula menghasilkan posyen. Pada kadar sebotol posyen sesaat, dia menghabiskan semua bahan tersebut untuk menghasilkan lebih kurang 200 botol posyen! Dia masih perlu mengumpul 800 mata penguasaan untuk mencapai tahap Lebih Maju!

Zhang Yang membuka senarai kenalannya dan mendapati hanya tiga daripada enam pengedarnya berada di atas talian (Yu Li tidak termasuk dalam senarai itu).

Dia cepat-cepat menghantar sebuah mesej peribadi kepada setiap seorang untuk meminta mereka membeli lima bahan tadi yang diperlukannya dan menghantar semua kepadanya secepat mungkin.

Sementara mereka sibuk mendapatkan bahan tersebut, Zhang Yang tidak membazir masa dan mula menghasilkan [Posyen Anti Bayangan Pemula]. 40 minit kemudian, dia menerima notifikasi kiriman dan dengan segera mendapatkan kirimannya iaitu semua bahan tersebut lantas menghasilkan lebih banyak posyen untuk meningkatkan tahap penguasaannya. Setengah jam kemudian, dia sekali lagi kehabisan semua bahan dan menghasilkan lebih kurang 700 botol posyen! Dia hanya beberapa langkah sahaja lagi untuk mencapai tahap Lebih Maju dalam Alkimia!

Seorang lagi pengedar log masuk tepat pada waktunya dan Zhang Yang dengan segera membuat permintaan yang sama kepadanya. Sejam kemudian, dia berjaya meningkatkan tahap penguasaannya dan mencapai tahap Lebih Maju dalam Alkimia!

Tidak lama selepas itu, Drizzler dan "geng"nya log masuk. Zhang Yang serta-merta menghubungi dan menyarankan mereka untuk menyerang dungeon dengan Bukit Besi sebagai tanker mereka. Dia terlalu sibuk menghasilkan posyen dan tidak dapat menyertai mereka!

Namun, terdapat sebuah masalah yang terpaksa dihadapi. Semua orang telah terbiasa dengan Zhang Yang sebagai tank utama mereka, jadi mereka menghadapi masalah apabila Bukit Besi yang menjadi tanker. Dia kadang kala terlepas aggro dan dalam situasi yang paling teruk, mereka akan terbunuh dan tewas. Si Salji melakukan kesilapan dalam menyangka yang Bukit Besi sehebat Zhang Yang dan tidak menyembuhkannya apabila diperlukan. Nampaknya Bukit Besi tidak diperbuat daripada besi dan berkali-kali jatuh tewas. 

Mereka semua tidak berani mengkritik Bukit Besi, tetapi sebaliknya meluahkan kekecewaan mereka kepada Zhang Yang. Selepas bertarung sehabis mungkin, mereka hanya berjaya menyerang dua dungeon menjelang pukul 1 tengah hari. Mereka semua keletihan daripada kerahan tenaga tersebut.

Selepas mereka semua berehat seketika dan Han Gemuk pula selesai menikmati makan tengah hari, Zhang Yang dengan pantas menariknya ke tepi. Dia mula-mula memberinya 100 timbunan [Posyen Anti Bayangan Pemula] untuk dijual. Kemudian, Zhang Yang meminta Han Gemuk membantunya dalam mengumpul pengalaman bertarung. Zhang Yang hanya perlu berada dalam kawasan yang sama sambil menghasilkan posyen sementara Han Gemuk membunuh raksasa dan berkongsi mata pengalaman dengannya.

Han Gemuk langsung tidak kisah untuk membantunya! Itu bukannya kerana dia dapat menjana pendapatan daripada Zhang Yang. Sekiranya dia tidak mendapat apa-apa pulangan dalam menmbantunya sekalipun, Han Gemuk tetap akan membantunya kerana Zhang Yang umpama adik-beradiknya sendiri!

Hari tersebut berakhir dengan Zhang Yang mencapai Tahap 25 berserta 22% mata pengalaman iaitu lebih kurang 30% lebih sedikit berbanding apa yang dia dapat kumpulkan sendiri.

Walaupun Zhang Yang rugi dari segi penarafannya, dia tetap mendapat kelebihan dari segi mengumpul kemewahan. Meskipun kelajuan penarafannya berkurangan, Zhang Yang berjaya menghasilkan 4500 timbunan [Posyen Anti Bayangan Pemula] menjelang pukul 11 malam. Dia kemudian mengedarkannya sama rata antaranya pengedarnya tidak lama selepas itu.

Sejak jualan posyen semalam, permintaan di pasaran telah meningkat dengan mendadak. Kelapan-lapan kota utama telah membeli sejumlah 250 tumbunan hari ini. Zhang Yang menjangka yang ramai pemain utama akan melepasi Tahap 20 dalam masa tiga hari ini dan permintaan untuk [Posyen Anti Bayangan Pemula] pasti akan meningkat lebih tinggi!

Bos Sayap Utama akan muncul semula tidak lama lagi. Namun begitu, Malam Dingin serta kebanyakan ahli persatuanny akan sibuk dengan pekerjaan mereka pada siang hari tersebut. Zhang Yang terpaksa menangguhkan serangan dungeon dan akan meneruskannnya pada waktu malam.

Sebaik sahaja "geng"nya mendapat tahu yang Zhang Yang sedang sibuk menghasilkan posyen beberapa hari ini, mereka menawarkan diri untuk meningkatkan tahapnya sementara dia menghasilkan lebih banyak posyen. Mereka mula-mula menuju ke Gua Tulang dan kemudian melakukan banyak pembunuhan di Tanah Rata Berhantu Terpinggir. Zhang Yang hanya perlu membantu semasa mereka bertarung dengan bos. Di waktu lain pula, dia boleh menumpukan sepenuh perhatian dalam menghasilkan posyen sementara pasukannya melakukan serangan dan membunuh raksasa bagi pihaknya.

Kali ini, mereka bernasib baik apabila berjaya mendapatkan topi Mengubah Rupa. Budak manja itu menuntut untuk memperolehi peralatan tersebut kerana dia ingin bermain dengannya. Sebaik sahaja dia memperolehinya, dia bertukar menjadi seekor harimau, kemudian seekor kala jengking lantas berseronok berkeliaran dengannya.

Pada penghujung hari tersebut, palang pengalaman Zhang Yang meningkat daripada 22% ke 65%. Itu tetap lebih perlahan berbanding kelajuannya sendiri, tetapi cukup baginya. Menjelang waktu malam, Zhang Yang mengumpulkan 20 orang pemain dan menyerang Sarang Marzerway dalam Mod Paling Sukar. Setelah tewas dua kali berturut-turut, Zhang Yang akhirnya menggunakan skrol sakti untuk meningkatkan kuasa serangan pasukannya! Meskipun begitu, Zhang Yang benar-benar yakin selepas kali ketiga mereka mengumpul peralatan, penyerang jarak jauh akan dapat menaik taraf serangan mereka dan skrol itu tidak akan diperlukan lagi!

Kali ini, Marzerway pemurah kepada pahlawan! Ia menggugurkan dua peralatan pahlawan iaitu but dan topi keledar. Memandangkan Drizzler telah mempunyai sepasang but, dia hanya mengambil topi keledar terbabit. Hanya tinggal satu sahaja lagi peralatan yang diperlukan bagi mengaktifkan kesan set pertama! 

[But Keberanian] (Perak Kelabu, Baju Perisai Berat)

Pertahanan: +12

Vitality: +24

Kekuatan: +12

Ketangkasan: +4

Keperluan tahap: 20

Kesan Keberanian (1/5):

Kesan set tiga peralatan: Setiap kali anda menerima sebarang serangan, akan ada 50% kemungkinan untuk memulihkan 100 HP.

Kesan set lima peralatan: Semua output kerosakan meningkat sebanyak 10%

Setelah Zhang Yang memakai but tersebut, dia dengan pantas menggunakan "Minyak Dewa India" padanya lalu meningkatkan kelajuan pergerakannya sebanyak 5%.

Pada penghujung hari tersebut, kebanyakan pemain biasa telah mencapai Tahap 20 dan mula menghala ke Sayap Hadapan dan Sayap Tengah Sarang Marzerway. Perlumbaan bagi mendapatkan peralatan set pertama baru sahaja bermula! Permintaan untuk [Posyen Anti Bayangan Pemula] melonjak bagai pokok kacang Jack dan melangkaui kemampuan Zhang Yang dalam menghasilkannya! Zhang Yang menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak daoat mempelajari "Ninjitsu Klon Bayangan". Dia tidak akan mampu menghasilkan bekalan secukupnya dalam memenuhi permintaan tinggi secara berseorangan! 

Pada masa yang sama, bahan untuk menghasilkan [Posyen Anti Bayangan Pemula] telah didedahkan kepada orang awam dan telah menyebabkan nilai bahan tersebut meningkat. Harga setiap timbunan sebelum kekecohan ini adalah 20 syiling perak. Kini ia telah meningkat kepada 10 keping syiling emas untuk setiap timbunan! Namun begitu, kedua-dua herba itu dianggap sangat mudah didapati. Terdapat terlalu banyak bekalannya di pasaran. Zhang Yang boleh menurunkan harga dengan merendahkan permintaannya. Manipulasinya akhirnya menurunkan harga kepada 3 keping syiling emas untuk setimbun.

Pemain yang mendapatkan syiling emas melalui pengumpulan herba dapat mengaut keuntungan tinggi. Namun, pendapatan mereka tidak akan mendekati jumlah keuntungan Zhang Yang. Sekiranya mereka melakukan perbandingan, pendapatan Zhang Yang umpama ekonomi seluruh China sementara penjual herba itu pula umpama penjual di tepi jalan.

Herba yang telah lama Han Gemuk kumpulkan akhirnya berguna! Dia telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membelinya. Walaupun begitu, apabila memikirkan pergerakan harga ini, ia sebuah pelaburan bijak.

Zhang Yang berkerja keras dan berjaya menghasilkan 5000 timbun [Posyen Anti Bayangan Pemula]. Meskipun kos pembikinan semakin meningkat, Zhang Yang masih boleh mendapatkan 300000 keping syiling emas sehari yang menyamai 2 juta dolar!

Peluang keemasan yang gugur dari langit ini mungkin akan berterusan selama 20 hari. Tempoh 20 hari itu cukup untuk menjadikan Zhang Yang seorang jutawan besar!

Chapitre suivant