webnovel

Serangan ke atas Bos Perak Kelabu

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Melihat senyuman Zhang Yang membuatkan Si Salji kurang senang. "Hei, tengoklah cara kau senyum tu! Kau ni betul-betul penyumbaleweng! Drizzler, tengok 'pak cik nakal' ni!" Mereka baru sahaja bertengkar beberapa saat yang lepas tetapi kini mereka berkawan baik. 

Drizzler bergegas ke arah Si Salji dan bersembunyi di belakangnya. Dia memandang Zhang Yang dan berkata, "Kak, inilah misi yang sesuai untuk kau. Korbankan maruah kau dan gunakan daya tarikan seks kau bagi mengumpan pak cik ni untuk menyertai persatuan kita!"

Si Salji mula berang dengan cadangan itu. "Budak manja tak guna! Kau ingat aku apa, orang yang boleh dijual beli?!"

"Kau berdua tunggu di sini. Aku nak cuba bertarung dengan bos ni seorang diri. Kalau keadaan jadi teruk pun, jangan masuk campur dalam pertarungan kami!" Zhang Yang tidak mengendahkan mereka. Sambil menggunakan batu asah pada pedangnya, Zhang Yang memerhatikan bos itu; seorang lelaki yang memakai jubah putih dan sedang melutut di altar dengan tongkat sakti berwarna ungu di sebelah kirinya. 

[Unduin, Si Penderita] (Perak Kelabu)

Tahap: 25

HP: 300,000

300,000 HP! Ini tidak masuk akal!

"Hei, hei, hei, betul ke kau nak bertarung dengan bos ni? Seorang diri?" jerit Si Salji apabila dia melihat Zhang Yang mengeluarkan pedangnya dan meluru ke arah bos itu. Dia teringat kali pertama dia berjumpa Zhang Yang apabila melihatnya melakukan benda yang sama seperti yang dilakukan sekarang. Nampaknya perkataan "kematian" tiada dalam kamusnya!

Ada jurang 7 tahap antara Zhang Yang dan bos itu, tetapi dia tetap melangkah memasuki kawasan aggro. Unduin serta-merta berdiri, mengangkat pedangnya, dan berkata, "Penceroboh! Kau telah mengotorkan kawasan altar yang suci ini. Aku mesti gunakan darah kau untuk menyucikan dosa besar ini!"

Bos itu secara jujurnya mempunyai wajah yang kacak. Janggutnya yang tidak dicukur rapi menunjukkan kematangan hidup yang membuatkan lelaki berusia tiga dekad itu nampak seperti orang bijak pandai. Sesiapa yang memandangnya akan menyangka dia mampu menggoda ramai suri rumah yang kesunyian!

'Ding! Unduin, Si Penderita telah mula menjampi <Bola Api>!'

<Serangan >!

Sebaik sahaja <Serangan >nya berada dalam jarak sesuai, Zhang Yang berlari untuk menyerang, tetapi dia kemudian menyedari yang bos itu kebal dengan cubaan untuk memegunkannya. Bos yang tidak terkesan dengan serangan itu hanya memandangnya dan terus membaca jampi. Namun, Zhang Yang hanya menggunakan <Serangan > untuk mendekati bos itu dengan cepat dan tanpa teragak-agak, dia terus berlari ke arah batu besar di bahagian kanannya. 

'60%! 70%! 80%! 90%!'

Hampir-hampir jampi Unduin itu selesai, Zhang Yang berjaya bersembunyi di belakang batu dan berada di luar sudut pandangan bos. Unduin mula berang apabila terpaksa membatalkan simbol magik di tangannya dan berjalan mendekati tempat di mana Zhang Yang berada. Apabila dia berada dalam sudut pandangannya, bos itu mula membaca jampi sekali lagi.

'60%!'

Zhang Yang menyerang bos itu, tetapi serangan normalnya tidak dapat melebihi walau 100 mata nilai kerosakan! Kerosakan serangannya sepatutnya membawa 153-161 mata selepas dia menggunakan batu asah, tetapi dia menjangka yang pertahanan bos ini mungkin sekitar 100 mata! Disebabkan nilai kerosakannya sangat rendah, Rage yang terkumpul juga sama rendahnya. Dia hanya dapat mengumpulkan 16 Rage selepas memperolehi 10 mata daripada <Serangan >nya. Selepas dua saat, Zhang Yang mengayun pedangnya sekali lagi untuk menyebabkan 53 mata nilai kerosakan dan dia cepat-cepat bersembunyi semula di belakang batu dan berada di luar sudut pandangan bos dengan hanya dua langkah.

Unduin menjerit kemarahan kerana sekali lagi jampi <Bola Api>nya yang hampir selesai telah diganggu. Dia bergerak beberapa langkah untuk melihat sasaran dan mula membaca jampi sekali lagi. 

'61%!'

Zhang Yang membaci jampi <Sambaran Mendatar> dan akhirnya berjaya menyebabkan kerosakan besar.

'-222!'

Dua saat kemudian, Zhang Yang mengayun pedangnya sekali lagi untuk menyebabkan 57 mata nilai kerosakan sambil memberi perhatian kepada waktu sesuai dan kembali bersembunyi di belakang batu di luar sudut pandangan bos untuk kali ketiga. Unduin terus menjerit, tetapi disebabkan tetapan wataknya, dia tidak boleh melakukan apa-apa serangan jarak dekat dan hanya boleh mengejar Zhang Yang untuk membaca jampi yang tidak dapat dilengkapkan.

"Apa…Betul ke apa yang berlaku ni?" Drizzler terkedu dan ternganga melihat semua ini.

"Ini barulah pemain profesional!" Si Salji mengangguk.

"Kak, sekarang semunya bergantung pada kau! Cepatlah tarik dia masuk dalam persatuan kita!"

"Hei, hei! Aku satu-satunya sepupu kau! Kau memang nak jual aku macam tu ke?"

"Aww, kau sepupu yang paling baik sekali! Cepatlah tolong aku! Kau ada daya tarikan! Aku percaya yang kalau kau petik jari saja, kau akan berjaya memukau pak cik pelik tu!"

"Tak guna! Mungkin dia lebih suka orang berdada rata?"

"Han Yin Xue! Aku bagi amaran ni! Jangan sebut lagi pasal dada aku!"

"Haha! Senyum ceria!"

"…"

"Kau berdua! Sertai pertarungan ni!" Zhang Yang tidak sedar yang mereka sekali lagi sedang bertengkar melalui mesej peribadi. Kalau dia bersendirian, kelajuan serangannya sangat perlahan, tetapi kalau ditambah dengan mereka berdua, mereka akan ada kelebihan kerana akan menyebabkan lebih kerosakan. Kedua-dua gadis itu berhenti bertengkar dan berlari untuk membantu Zhang Yang. Mereka meniru taktik pukul dan lari yang ditunjuk Zhang Yang.

"Serang saja! Kau tak perlu sembunyi, aku akan uruskan aggro! Jangan risau pasal <Bola Api>. Ia takkan berjaya digunakan!" Kedua-dua mereka faham arahan Zhang Yang dan mula menyerang bos dari belakang dan menyebabkan kerosakan padanya.

Drizzler adalah Pemusnah dan membawa senjata dua belah tangan. Kerosakan serangan biasanya agak tinggi dengan 190 mata, tetapi sela masa serangannya adalah 3.8 saat antara setiap serangan. Boleh dilihat sesiapa yang boleh menyebabkan kerosakan tinggi dengan serangan biasa boleh bertarung dengan raksasa yang mempunyai pertahanan tinggi. Kemahiran pasif Pemusnah meningkatkan 10% kerosakan serangan dan ini membolehkannya menyebabkan kerosakan sebanyak 100 mata setiap serangan dan satu serangan sahaja sudah melebihi apa yang Zhang Yang boleh lakukan. Si Salji pula lebih lemah jika dibandingkan dengannya disebabkan jurang 10 tahap antara bos itu dan dia. Jadi, dengan kekebalan bos itu terhadap magik biasa, dia dianggap tiada gunanya. .

Walaupun perkembangan mereka perlahan, Nilai Nyawa bos itu menurun dengan stabil. Setengah jam kemudian, HP bos itu hanya tinggal 130,000; iaitu 57%.

Drizzler mula merengek keletihan, "Ya Tuhan, lama lagi ke ni? Aku dah penat ni!" Selepas membuat sedikit perhitungan, Zhang Yang berkata, "Dengan kelajuan ni, kita perlukan 40 minit lagi untuk membunuh bos ni!" Drizzler menjuihkan bibirnya, "Wah! Kalau aku tahu betapa lamanya pertarungan ni, aku takkan suraikan pasukan kita!"

Si Salji menyampuk, "Budak bodoh, lagi sikit orang bermaksud lebih besar bahagian kita!" Mata Drizzler terus bercahaya sejurus selepas dia mendengar penjelasan itu hingga Zhang Yang sendiri dapat melihat yang matanya bercahaya dengan kilauan kepingan emas!

Kebanyakan pemain lebih gemar pasukan yang mempunyai ahli yang sedikit untuk mendapatkan lebih banyak peralatan, tetapi mereka berdua ini lebih menggemari wang berbanding barangan lain! 

"Bos Perak Kelabu…patutnya dia akan gugurkan sejumlah besar kepingan emas, kan?" Sebaik sahaja Si Salji menyuarakan pendapatnya, semangat dan keinginan Drizzler untuk bertarung terus melonjak naik.

"Kak, kita boleh! Kita bunuh bos ni!"

"Baik! Mari!"

Keinginan dan keghairahan mereka untuk mendapatkan emas menyebabkan semangat mereka untuk berlawan melonjak naik!

Unduin memang betul-betul kuat. Kemahiran <Bola Api>nya boleh melepaskan 10 bola api selepas dijampi dan setiap satu membawa kuasa kerosakan sebanyak 1,000 mata. Pemain menganggapnya sebagai raksasa yang tidak boleh ditewaskan, tetapi kewujudan batu itu menjadi punca kelemahannya! Unduin kini digasak sepenuhnya!

Setengah jam kemudian, HP Unduin hanya tinggal 10%.

9%, 8%, 7%...

Sepuluh minit kemudian…

"Penceroboh durjana, Tuhan akan menghukum kau!" Dengan kata-kata terakhirnya itu, Bos Dunia itu akhirnya menjerit kekalahan dan jatuh tewas.

'Ding! Anda dan ahli pasukan anda telah membunuh Unduin, Si Penderita! Menerima 100,500 mata EXP (50 mata Bonus Pasukan)!'

'Ding! Tahniah! Anda pasukan pertama yang membunuh bos Perak Kelabu. Pencapaian cemerlang anda akan tercatat dalam sejarah! Sebagai ketua pasukan, namakan pasukan anda untuk dicatat dalam sejarah dan dunia akan dapat memujimu atas kehebatanmu!'

Drizzler terkejut apabila satu kotak input muncul dalam pelayarnya dengan bunyi notifikasi.

"Zhan Yu, kita boleh memasuki papan kedudukan! Tapi, apa kita nak namakan pasukan kita ni?"

Drizzler menunjukkan kesopanannya kerana dia tahu yang Zhang Yang punca utama dalam kejayaan mereka menewaskan bos ini. Si Salji dan dirinya sendiri tidak dapat memberi sumbangan yang banyak!

Zhang Yang tertawa, "Masukkan saja nama persatuan kau!" Lagipun, merekalah yang telah menjumpai bos ini dan dengan adanya Sami Ingkar dalam persatuan ini, ia juga satu tanda penghormatan.

"Terima kasih banyak-banyak!" Drizzler bersyukur dan dengan segera memasukkan nama persatuannya. Inilah peluang terbaik untuk mengharumkan nama mereka kerana pengumuman pelayan mempunyai kesan publisiti yang bagus.

'Pengumuman Pelayan: Pasukan Asap Gurun Terpinggir telah berjaya membunuh Unduin, Si Penderita, Bos Perak Kelabu Tahap 25 (Pelayan China). Pencapaian ini akan tercatat dalam Dewan Kemasyhuran! Mari raikan dan bersorak untuk mereka!"

'Pengumuman Pelayan: Pemain Drizzler (Ketua Pasukan) telah berjaya membunuh Unduin, Si Penderita, Bos Perak Kelabu Tahap 25 (Pelayan China). Menerima 10 Syiling Emas, Atribut Tuah +1, dan ganjaran 500 mata Nilai Reputasi untuk semua kaum dalam liga ini!"

'Pengumuman Pelayan: Pemain Zhan Yu (Ahli Pasukan) telah berjaya membunuh Unduin, Si Penderita, Bos Perak Kelabu Tahap 25 (Pelayan China). Menerima 10 Syiling Emas, Atribut Tuah +1, dan ganjaran 500 mata Nilai Reputasi untuk semua kaum dalam liga ini!"

'Pengumuman Pelayan: Pemain Si Salji (Ahli Pasukan) telah berjaya membunuh Unduin, Si Penderita, Bos Perak Kelabu Tahap 25 (Pelayan China). Menerima 10 Syiling Emas, Atribut Tuah +1, dan ganjaran 500 mata Nilai Reputasi untuk semua kaum dalam liga ini!"

Seluruh pelayan China menjadi riuh-rendah. Pada ketika ini, kebanyakan pemain sedang anyik menyerang Makam Bangar dalam Mod Mudah, dan hanya 10% pemain meneruskan serangan dalam Mod Sukar sementara pemain elit daripada persatuan besar meneroka Mod Paling Sukar. Tiba-tiba, pengumuman pelayan pula membawa berita pembunuhan pertama bos Perak Kelabu. Bagaimana sesiapa boleh bertenang mendengar berita ini? Tambahan pula, bos ini dibunuh oleh pasukan yang terdiri daripada tiga orang ahli! 'Apa yang sedang terjadi?!' Pelayan itu dipenuhi perbualan yang menyebabkan banyak pasukan yang terbunuh dalam pertarungan dungeon!

Kini, mereka yang mungkin amat merasai kekesalan ialah pemain Asap Gurun Terpinggir yang meninggalkan pasukan sebentar tadi! Kalaulah mereka tahu yang ada kemungkinan seperti ini, mereka mungkin akan kekal dalam pasukan untuk mendapatkan pengumuman pelayan! Ia sesuatu yang sangat mengujakan!

"Duit! Duit, duit, duit!"

Drizzler memeluk longgokan wang yang digugurkan bos dan langsung tidak mempedulikan peralatan yang lain. Zhang Yang tidak akan dapat memahami betapa obsesnya mereka dengan wang! Pemain lain pasti akan menangis terharu melihat peralatan Perak Kelabu yang bertaburan di atas tanah… antaranya ada satu buku kemahiran!

Chapitre suivant