webnovel

Tangan Bertuah

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Kakak yang suka perasan dan tidak pandai mencari arah!

Zhang Yang tidak mengendahkannya dan terus mengambil hasil rampasan daripada bangkai tersebut.

[Tongkat Sakti Aphelia] (Tembaga Hijau, Tongkat Sakti)

Serangan magik: 168 – 191

Tahap Keperluan: 20

Nota: "Tongkat sakti ini masih membawa bau organ dalaman Raja Ular Sawa! Kasihan Aphelia! Semoga rohnya tenang bersama para Dewa!"

"Sekali lagi! Kau ambillah!" Zhang Yang mengeluh panjang. Keluhannya bukan kerana dia inginkan peralatan itu, tetapi kerana dia tidak mahu Si Salji terus mengatakan yang dia ingin menguratnya!

Si Salji pula tertawa keriangan dengan raut wajah yang yakin.

Hmph, ratu lakonan!

Satu lagi hasil rampasan! Zhang Yang berasa yang alatan kali ini bukan peralatan Paderi seperti dua peralatan sebelum ini! 

[But untuk Kelincahan] (Tembaga Hijau, Baju Perisai)

Pertahanan: +2

Vitality: +10

Kepintaran: +6

Semangat: +4

Keperluan Tahap: 20

Gila! Zhang Yang terkedu.

Lagi, lagi!

[Kebangkitan Semula] (Buku Kemahiran)

Kegunaan: Anda akan mempelajari <Kebangkitan Semula>.

Kelas: Paderi, Kesatria.

Zhang Yang berasa seperti ingin menangis. Keempat-empat peralatan yang ada ialah untuk Paderi!

Mata Si Salji semakin mengecil kerana asyik tersenyum dan dia berkata, "Memang benar, kebaikan akan sentiasa membawa kepada ganjaran!"

Zhang Yang sekali lagi mengambil hasil rampasan daripada bangkai itu. Dia akhirnya memperolehi sesuatu yang bukan untuk Paderi! 

[Hempedu Raja Ular Sawa Berbisa]: Barang Cabaran!

'Ding! Anda telah menerima 15 syiling perak!'

Bangkai bos itu serta-merta lenyap setelah hasil rampasan terakhir dikumpul.

"Masih ada peti tu!" Zhang Yang menggosok tangannya dan meluru ke arah Peti Perak Kelabu tersebut.

"Wah! Peti harta karun!" Rasa ingin tahu kelihatan di mata Si Salji. "Bagi aku buka! Bagilah!"

Memandangkan mereka dalam pasukan yang sama, tiada beza sekiranya salah seorang antara mereka ingin membukanya. Zhang Yang bergerak ke tepi.

Si Salji melompat dan meletakkan pipinya ke atas penutup peti tersebut sambil mengusap-mengusap peti itu. Raut wajahnya yang nampak seperti dia gilakan kemewahan itu menakutkan Zhang Yang.

Kakak yang gila harta, suka perasan, dan tidak pandai mencari arah!

Setelah beberapa ketika, Si Salji akhirnya perlahan-lahan membuka peti itu selepas digesa Zhang Yang. Keengganannya jelas kelihatan seolah-olah Zhang Yang telah membunuh bapanya.

10%, 20%… 100%! Peti itu terbuka dan Si Salji memasukkan tangannya.

[Pedang Bersisik Perak] (Perak Kelabu, Pedang Sebelah Tangan)

Serangan Senjata: 197 – 219

Sela Masa Serangan: 2.6 saat

DPS: 80

Kesan Penggunaan: Meningkatkan kadar <Serangan Kritikal> sebanyak 1%.

Tahap Keperluan: 20

Berjaya! [Pedang Bersisik Perak] ini jauh lebih hebat berbanding kadar 16 – 24 Serangan Senjata [Pedang Besi Bertapis]nya sekarang! Memandangkan peralatan Emas Kuning hanya boleh diperolehi daripada bos Tahap 50, dia boleh menggunakan pedang ini hingga dia mencapai tahap tersebut! 

Zhang Yang memerhatikan Si Salji dan berfikir 'Adakah ini yin dan yang1 – mereka melengkapi satu sama lain kerana aku telah menerima peralatan dia dan dia menerima peralatan aku?'

"Wah! Cantiknya pedang ni!" Si Salji mengangkat [Pedang Bersisik Perak] tersebut. Sebelum balingan dadu, sesiapa sahaja boleh mengangkat peralatan, tetapi tidak boleh menggunakan atau menyimpannya dalam inventori mereka. 

Jelas kelihatan yang lelaki dan perempuan mempunyai sudut pandangan berbeza. Zhang Yang mengutamakan fungsi hebat [Pedang Bersisik Perak] itu sementara Si Salji pula hanya mengutamakan rupanya.

Zhang Yang memperolehi 42 mata dalam balingan dadu manakala Si Salji pula tanpa teragak-agak menolak untuk membaling dadu. Pedang sebelah tangan terhebat dalam permainan video setakat ini terus memasuki inventori Zhang Yang.

Sayangnya dia perlu mencapai 2 tahap lagi untuk menggunakannya.

[Resepi: Posyen Anti Bayangan Pemula] (Resepi Alkimia)

Kegunaan: Anda akan mempelajari cara menghasilkan Posyen Anti Bayangan Pemula.

Keperluan: Kemahiran Alkimia Pemula

Akhirnya… ia muncul! Kadar gugurnya bahan ini bukannya satu dalam seribu. Dalam kehidupannya yang lepas, walaupun permainan video ini telah mencapai tempoh pertengahan perkembangannya pada ketika itu, hanya sebilangan kecil pemain dapat menghasilkan posyen ini!

[Pedang Bersisik Perak], Resepi Alkimia… semua ini alatan yang sangat sukar diperolehi, tetapi Si Salji pula berjaya mendapatkannya dalam satu situasi. Tenyata dia Tangan Bertuah! 2 mata Tuah Zhang Yang sendiri tidak akan dapat menyainginya.

"Si Salji, aku perlukan ni, boleh ke bagi pada aku?" Ini berkaitan dengan untung nasibnya, jadi Zhang Yang perlu menyatakan keinginannya. 

"Aku akan pertimbangkan kalau kau panggil aku 'kakak'!" Si Salji bergurau keriangan.

Gadis ini tidak nampak seperti dia lebih tua daripada Zhang Yang dan umur akal Zhang Yang pula hampir 30 tahun, jadi sangat sukar baginya untuk memanggil gadis itu 'kakak'!

"Eh? Kau tak mahu panggil aku kakak? Baik, sekarang juga aku baling dadu!" usik Si Salji.

"Si Salji, kau ni lebih sesuai dengan nama Salji Licik!" Zhang Yang mengeluh.

"Hahaha! Ini yang buat aku seronok! Hei, kau nak panggil aku kakak tak?"

"Ka – kak" tutur Zhang Yang sambil dia mengetap giginya. Dia kemudian menambah satu lagi perkataan dengan perlahan, "Licik!"

"Budak baik! Mari sini, kakak bagi kau gula-gula!" Si Salji tersengih membuatkan matanya bertambah kecil.

Selepas Zhang Yang memperolehi resepi itu, dia berkata-kata pada dirinya, 'Tunggulah bila aku dapat kumpulkan kemewahan dengan resepi ni dan buat kau menyesal nanti!'

Si Salji sekali lagi mengambil hasil rampasan dan bahan terakhir muncul.

[Kepingan Peta Harta Karun (1)] (Perak Kelabu)

Kegunaan: Cantumkan ketiga-tiga [Kepingan Peta Harta Karun] dan dapatkan sebuah [Peta Harta Karun Lengkap].

Zhang Yang memeriksa inventorinya. Buat masa ini, dia mempunyai kepingan (1) dan (3). Kepingan ini kerap muncul, jadi dia tidak teragak-agak untuk melepaskannya. Dia sangat berpuas hati dengan [Pedang Bersisik Perak] dan resepi itu.

Selepas Si Salji memperolehi kepingan peta tersebut, peti itu perlahan-lahan lenyap.

"Jom, kita keluar dari sini!" ujar Zhang Yang sambil dia menuju ke batang pokok lohong tersebut. Si Salji cepat-cepat mengikutinya.

Sedang dia bergerak ke depan untuk meninggalkan kawasan itu, Zhang Yang tiba-tiba tersedar yang titik berkelip mewakili Si Salji hilang dari peta mininya.

Zhang Yang dengan pantas bertanya dalam saluran pasukan, "Si Salji, kau di mana?"

"Aku… aku tak tahu!" Jawab Si Salji, "Dekat sini gelap sangat!"

Gadis ini boleh tersesat walaupun dia hanya perlu mengikut Zhang Yang. Ini tidak masuk akal!

"Tunggu situ, aku datang!" Hanya itu yang mampu Zhang Yang katakan.

"OK. Tapi, cepat tau, tempat ni terlalu gelap dan air ni pula sejuk. Aku tak suka keadaan ni!" rengek Si Salji.

"Ya! Baik! Aku datang ni!"

Titik berkelip tadi muncul semula dalam peta mini Zhang Yang selepas dia berenang sejauh beberapa meter. Zhang Yang berenang mendekati Si Salji dan berkata, "Ikut aku rapat-rapat!"

Si Salji membalas, "Aku tak nampak pun kau, macam mana aku nak ikut?"

"Kau tak pandai tengok peta ke?" Zhang Yang mungkin mempunyai tanggapan yang terlalu tinggi tentang Si Salji.

"Tak, aku tak faham. Pening aku dibuatnya!" jawab Si Salji.

Memang benar dia tidak pandai mencari arah.

Zhang Yang mengeluh dan menghulurkan tangannya, "Pegang tangan aku ni!"

"Okey!"

Zhang Yang membawa Si Salji keluar dari kawasan perairan itu sambil memegang tangannya. Selepas 20 minit mereka berenang, mereka akhirnya ternampak cahaya matahari dan jumpa laluan keluar dari kawan bersemak tersebut. 

"Lembut kan tangan aku?" Soal Si Salji dengan tiba-tiba.

"Hm, bolehlah!" jawab Zhang Yang dengan bersahaja.

"Berapa lama lagi kau nak pegang tangan aku?" ton Si Salji seperti berbaur amaran.

Zhang Yang memandang ke bawah. Oh, dia terlupa untuk melepaskan tangan Si Salji setelah mereka berpegangan tangan untuk tempoh yang lama.

"Hehe, maaf! Maaf!" Zhang Yang melepaskan tangan Si Salji dan berundur setapak untuk menunjukkan dia tidak sengaja. 

Si Salji memandangnya dengan sombong dan berkata, "Budak nakal, lain kali hati-hati! Aku bukan seseorang yang boleh senang-senang dipergunakan!"

Zhang Yang sebenarnya tidak khuatir dengan amaran Si Salji dan tidak takut dengannya. Dia juga banyak bercinta dengan gadis-gadis lain sebelum dia menjalin hubungan dengan Lin Yu. Dia hanya mahu mengelak daripada masalah atau mempunyai hubungan sulit dengan mana-mana gadis lain. Zhang Yang tersenyum kecil dan berkata, "Aku nak pergi selesaikan cabaran aku. Jumpa lagi lain kali!"

Zhang Yang keluar daripada pasukan itu dan menuju ke arah tempat Deckard. Dia mengangkat tangannya dan melambai sebagai tanda selamat tinggal.

"Ahh! Budak nakal!" Si Salji membebel sambil dia membuka pesanan suaranya.

"Helo! Kakak, kau panggil aku ni dan nak aku ambil kau sebab kau sesat lagi ya?" Suara jelas seorang gadis kedengaran di hujung talian, "Dah berapa kali ni? Sudahlah kak, janganlah malukan diri sendiri lagi! Kau tu graduan Cambridge, macam mana kau boleh gagal cari arah berbanding aku, budak sekolah menengah ni?"

"Hmph! Aku ambil jurusan Pengurusan Perniagaan, bukan Perlancongan atau Geologi atau Arkeologi. Pelik sangat ke kalau aku sesat?"

"Kakak, kau dah banyak kali sangat tersesat, kan? Yalah, yalah! Malas aku nak bertekak lagi. Kau di mana? Aku datang ambil kau!" Gadis yang berada di hujung talian itu menyerah.

"Siapa yang suruh kau datang ambil aku? Aku tak sesatlah!"

"Eh? Habis tu, kenapa kau hubungi aku? Aku tengah grind ni!"

"Aku jumpa Zhan Yu tadi! Hm, dia memang sangat hebat! Lebih hebat daripada kau!"

"Waaaa, aku ni Berserker. Kenapa pula kau nak bandingkan aku dengan dia!"

"Saja. Aku saja nak bandingkan!" Si Salji perlahan-lahan meregangkan badannya dan berkata, "Dia memang layak diambil jadi ahli persatuan!"

"Kalau macam tu, pergilah pelawa dia! Hehe, buah dada kau besar. Lelaki kan suka gadis dengan buah dada besar? Mesti dia tertarik dengan kau!" gadis di hujung talian itu tertawa.

"Budak tak guna, dada kau pula rata macam telur goreng!"

"Han Ying Xue, aku bagi amaran ni! Jangan berani kutuk dada aku!"

"Ahh! Telur goreng!"

"Hmph! Lembu perahan!"

Sekembalinya dia ke tempat Deckard, Zhang Yang menyerahkan [Hempedu Raja Ular Sawa Berbisa] kepadanya dan itu membuatkan mata ketua doktor itu terbeliak, "Ini Hempedu Raja Ular Sawa sebenar! Aku dapat rasakannya! Kantung lembut ni mengandungi bisa beracun! Ini mengejutkan! Pengembara, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak padamu!"

'Ding! Anda telah melengkapkan cabaran: Hempedu Raja Ular Sawa Terakhir. Menerima 10,000 EXP!'

'Ding! Anda telah mempelajari kemahiran <Pertolongan Cemas>!'

'Ding! Kemahiran <Pertolongan Cemas> anda telah meningkat kepada tahap Pakar!'

'Ding! Anda telah memperolehi gelaran: Sahabat Doktor!'

Beberapa notifikasi telah bertubi-tubi diterimanya dengan bunyi deringan yang sangat indah buat Zhang Yang!

Dia membuka tetingkap <Pertolongan Cemas> dan menyedari dia telah mempelajari kelima-lima jenis pembalut: [Pembalut Linen], [Pembalut Kain Kasar], [Pembalut Kapas], [Pembalut Kain Sutera], dan [Pembalut Bersulam Magik]. Namun, [Kain Kapas] hanya boleh diperolehi sebagai hasil rampasan daripada raksasa manusia. Buat masa ini, dia hanya boleh mengumpul [Kain Kasar].

[Pembalut Kain Kasar]: Memulihkan 500 HP selama 10 saat, memerlukan penyaluran. Apa-apa kerosakan atau pergerakan akan membatalkan tempoh penyaluran.

Tempoh bertenang: 1 minit

Dengan gelaran Sahabat Doktor yang diperolehinya, kesan <Pertolongan Cemas> akan berganda dan memulihkan 1,000 HP selama 10 saat. Itu hampir boleh mengembalikan semula HP Zhang Yang.

Zhang Yang mengeluarkan sekeping Reagen Rentas Jarak dan mengoyakkannya. Sebuah bulatan magik terbentuk di bawah kakinya dan 10 saat kemudian, dia tiba di Istana Jed Putih. 

Chapitre suivant