Sayap-sayap demonik di belakang Beelzebub dikembangkan dan tulang-tulang sayap yang diliputi oleh selaput membran hitam itu bertembung dengan dinding. Ia mengeluarkan cahaya kilat yang tajam diikuti dengan asap berwarna merah pekat dan putih yang banyak. Ekspresi wajah Leylin berubah sepenuhnya menjadi suram.
Tidak lama selepas itu, mata-mata Beelzebub yang mendalam itu memancarkan cahaya yang aneh: "Mana mungkin manusia tahu apa yang Dewa fikirkan?"
"Dewa?!" Leylin terkejut tetapi mengekalkan ekspresi mengejek: "Pada aku, kau hanya mangsa! Tidak lebih daripada itu! Jadi, Sovereign King of Gluttony Beelzebub, sehingga kita berjumpa lagi!"
Leylin meletakkan tangannya di dadanya dan membongkok dengan gaya aristokrat yang anggun berserta dengan bentuk yang halus. Bagaimanapun, berikutan dengan gerakan ini, seluruh bilik itu ditelan dengan pantas oleh kilat berdarah.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com