webnovel

Kesan Tinggalan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Malam itu gelap dan ketenangan memenuhi suasana. Daun kering pokok tua berserakan di persekitaran, dan di atas dahan-dahan pokok, burung-burung gagak sedang mengirai-ngiraikan bulu pelepah.

*Bang! *

Sebahagian rumput di bawah pokok itu terbuka, mendedahkan sebuah laluan gelap di bawahnya.

Leylin berpakaian jubah hitam dan mengenakan vel pada mukanya supaya tidak dikenali oleh orang lain.

Vila berdekatan masih lagi diterangi tanglung, dan askar-askar upahan yang sedang meronda tidak mengetahui yang tuan mereka telah meninggalkan villa tersebut.

Dalam makmal eksperimen Leylin, terdapat sebuah laluan langsung yang Leylin bina sendiri.

"Memandangkan ular Mankestre besar itu ialah hasil eksperimen, pasti terdapat beberapa makmal eksperimen ahli-ahli sihir yang berdekatan! Lebih-lebih lagi, ular Mankestre besar itu sudah berada di dalam Hutan Dark Night selama beberapa tahun dan tiada seorang ahli sihir yang tampil untuk menanganinya. Pasti hanya kerana satu sebab!"

Mata Leylin berkilau, "Makmal eksperimen itu dengan besar kemungkinan telah terbiar! Ahli sihir tersebut, atas sebab-sebab tertentu, tidak dapat lagi memelihara ular itu. Atau ahli sihir itu sudah mati! Oleh sebab itu, ular besar itu dapat melarikan diri!"

Bagi ahli-ahli sihir, menjejak tinggalan zaman dahulu ialah sesuatu yang menguntungkan mereka.

Sisa-sisa yang ditinggalkan oleh Magi kuno, contohnya makmal-makmal rasmi eksperimen Magi, selalunya mengandungi data dan bahan-bahan berharga, kajian tahap tinggi, sihir dan artifak ajaib yang kuat. Ini semua barang-barang yang sentiasa dicari-cari oleh ahli-ahli sihir.

Khabarnya, ada kisah pembantu-pembantu paderi yang kurang berkebolehan telah menemui tinggalan ini dan mula menguasai kekuatan yang menakutkan selepas itu.

Sudah tentulah terdapat juga pengembara yang gagal di mana mereka mati di bawah mekanisme kuno atau sumpahan daripada mayat-mayat.

Tetapi, bagi ahli-ahli sihir, mencari tinggalan ini masih lagi sesuatu yang amat bermanfaat.

Daripada sebuah makmal eksperimen yang dapat mencipta ular Mankestre separa dewasa yang besar, mana-mana barang di dalamnya boleh membuatkan Leylin menjadi kaya dengan serta-merta. Malah dia juga boleh mendapatkan lebih banyak bahan-bahan dan pengetahuan berharga untuk membuka jalan untuk dia menjadi seorang Magus rasmi pada masa akan datang.

"Memandnagkan saya sudah menjumpai beberapa kesan tinggalan, saya pasti akan meneroka makmal eksperimen itu!"

Pandangan mata Leylin penuh keazaman. Dia tidak takut untuk mengambil risiko, terutamanya apabila manfaatnya lebih besar daripada risiko.

Untuk pengembaraan ini, dia telah menyediakan banyak barang khas, cukup untuk menentang sebarang perkara yang berlaku secara tiba-tiba.

Pengikut-pengikutnya pula? Bukan sahaja mereka cenderung menyebarkan berita, tetapi di bawah perangkap yang telah dibentuk oleh Magi rasmi, kewujudan Satria hanya lebih penting sedikit berbanding semut. Mereka tidak berguna langsung, jadi Leylin merahsiakan pemergiannya.

Leylin berjalan selama beberapa malam berturut-turut. Oleh kerana tiada orang di sekelilingnya, dia dapat menggunakan banyak cara.

Dia menuang sebotol posyen hijau di atas tanah. Posyen itu membawa keluar partikel angin berbentuk bebola hijau yang kemudiannya menyelubungi tubuh Leylin. Seluruh tubuhnya kelihatan seperti bertukar menjadi angin dan lenyap ditelan kegelapan.

Apa yang Leylin gunakan ialah posyen pencepatan yang telah diformulasikannya selama bertahun-tahun.

Sebagai seorang guru posyen yang luar biasa, tidak kira sama ada menggunakan posyen ketika mengembara atau bertempur, dia yakin dengan kemahirannya.

Di dalam laluan asal, di mana Leylin dan yang lain bertempur dengan ular Mankestre besar itu.

Bantuan telah dihantar oleh istana tuan bandar untuk mengambil mayat-mayat dan bangkai ular Mankestre besar itu. Yang tinggal hanya kesan-kesan pertempuran di atas tanah serta jejak api dan fros. Bukti perjuangan yang sengit telah berlaku.

"Keadaan tempoh hari telahpun dirakam dengan bola kristal yang diberikan oleh akademi. Rakaman itu boleh diterima sebagai bukti penyelesaian misi."

Sewaktu pertempuran itu, Leylin menggunakan bola kristal hanya untuk merakamkan kebanyakan misi eksplorasi, terutama bangkai ular Mankestre yang besar itu setelah semua berakhir.

Menggunakan beberapa bahan daripada mayat tersebut, serta rakaman daripada bola kristal, misi Leylin di Bandar Extreme Night boleh dianggap sudah selesai.

Tetapi, dia langsung tidak merancang untuk meninggalkan bandar itu.

Leylin tidak ingin pulang pada tempoh waktu ini terutama apabila peperangan yang melibatkan Akademi Abyssal Bone Forest belum pasti telah berakhir.

Dia baru sahaja berjaya membuat perubahan pada formulasi Posyen Azure. Sekarang masa yang terbaik untuk dia melepasi batasan ke tahap pembantu paderi tahap 3, jadi mengapa harus dia mengambil risiko untuk pulang ke akademi dan mendedahkan dirinya?

Leylin tidak ternampak seorang Magi rasmi sekalipun di Bandar Extreme Night. Ini memudahkan dia menjalankan eksperimen dan memupuk kemajuannya.

Leylin akan menunggu selama tiga tahun selepas debu peperangan Akademi Abyssal Bone Forest telah reda. Walaupun kemajuannya menjadi seorang pembantu paderi tahap 3 masih terlalu cepat, hal ini tidak akan kelihatan begitu mencurigakan!

Pada masa itu, dia boleh fikirkan alasan untuk menutup jejaknya dengan mudah.

Tentulah Leylin telah memeriksa mayat-mayat pembantu paderi di atas tanah itu terlebih dahulu. Dia sudah mengambil barangan berharga untuk dirinya sendiri sebelum membawa Jackson dan Murphy yang cedera teruk keluar dari tempat itu.

'Tetapi golongan pembantu paderi itu miskin dan tiada seorang sekalipun yang mempunyai lebih daripada 10 kristal ajaib! Hanya pembantu paderi separuh binatang itu yang mempunyai rune emas beku yang boleh dianggap agak baik!'

Leylin bergumam dalam fikirannya sewaktu dia sampai di pusat kawasan gua itu.

Di bawah sinaran cahaya daripada Ubur-Ubur Flash, seluruh gua itu kelihatan terang. Leylin boleh lihat tanda belitan ulat Mankestre besar itu di atas tanah dengan jelas.

"Ular masih berjaya tinggalkan kesan yang mendalam, sifat yang sama dengan kenyataan di dalam ringkasan. Jenis binatang yang sangat malas."

Leylin membongkok dan meneliti tanah bumi yang tenggelam.

"Cip A. I.! Rakam komposisinya!"

[Rakam selesai, membanding dengan data bumi biasa di dalam pangkalan data. Sasaran mempunyai 0.0005% sisa kompaun dan disahkan mengandungi aloi Maike secara tentatif!]

Suara Cip A.I. berbunyi.

Aloi Maike sejenis logam tiruan yang digunakan oleh ahli-ahli sihir secara meluas untuk membina kolam pengeraman di dalam makmal eksperimen.

"Betul!" Mata Leylin berkilau dengan gembira.

"Cip A. I., adakah mungkin untuk menjejak pergerakan ular itu dan mencari tempat pembiakannya?"

[Imbasan sedang dalam proses! Data sasaran ditutup oleh makhluk-makhluk lain dan kurang maklumat yang penting. Misi gagal!]Suara Cip A. I. berbunyi.

Leylin memerhatikan keadaan sekeliling. Tanah di situ penuh dengan tanda cakar daripada pelbagai jenis binatang. Beginilah kemusnahan yang ditinggalkan oleh kemampuan parasit ular Mankestre besar itu.

"Sayang betul…" Leylin menggelengkan kepalanya.

"Tetapi, berdasarkan tabiat ular Mankestre besar itu dan petunjuk-petunjuk yang ditinggalkan oleh jejaknya yang lain, makmal eksperimen itu tidak jauh dari sini!"

Leylin mengarah Cip A. I., "Cip A. I., imbas semua barang yang ada di sekeliling kawasan ini!"

[Misi ditubuhkan, pengimejan bermula!]

Bunyi Cip A. I., disertai satu imej peta berwarna biru yang ditayangkan di depan mata Leylin.

Di tengah-tengah peta itu ada sebuah gua besar dengan banyak terowong kecil di kawasan berhampiran. Leylin juga menjumpai beberapa makhluk parasit yang terselamat. Tetapi, tidak diketahui tempoh masa makhluk ini boleh hidup tanpa sokongan makhluk induk.

Peta itu berkembang sehingga mencapai batas jarak imbasannya.

Leylin mengerutkan keningnya, "Cip A. I., mula semula imbasan! Turun ketepatan bacaan kepada yang paling rendah, dan cari dalam perimeter yang lebih luas! Buat semakan senarai ketumpatan radioaktif!"

Dengan arahan itu, peta di depan mata Leylin menjadi lebih teliti. Walau bagaimanapun, perimeternya diperluaskan dan hampir merangkumi geografi berdekatan gua itu.

"Kekalkan kawasan dan ketepatan ini!"

Leylin berjalan keluar dari gua itu dan mula berlari menuju satu arah. Pinggir peta itu berkembang mengikut pergerakannya.

Beberapa jam kemudian, Leylin berjalan menuju sebuah batu granit hitam yang besar.

"Kawasan persekitaran ini telah diperiksa. Walaupun ketumpatan radioaktif di sini lebih tinggi, inilah tempatnya ular Mankestre besar itu bersalin kulit sebelum ini!"

"Inilah satu-satunya tempat yang tidak mempunyai radiasi tetapi tidak berada di dalam perimeter imbasan Cip A. I.!"

Leylin memandang batu granit hitam besar yang ada di depannya. Batu ini sama tinggi dengan beberapa orang manusia dan hampir sama saiz dengan sebuah gunung yang kecil.

Di dalam peta yang diimbas oleh Cip A. I., batu besar ini tidak mempunyai tanda radiasi. Biarpun Leylin berdiri di depan batu itu sekarang, Cip A. I. masih tidak mengesan apa-apa.

"Keadaan sebegini telah berlaku beberapa kali di dalam akademi. Ini disebabkan oleh formasi sihir yang dibentuk oleh Magi rasmi. Fomasi ini mempengaruhi pengesanan Cip A. I.!"

Leylin menggeser permukaan batu granit hitam besar itu. Batu itu terasa sejuk, basah, dan ada alga tumbuh di atasnya.

"Tetapi… Apa yang harus saya lakukan untuk masuk?"

Leylin menggunakan kekuatan tangan kanannya untuk mengambil sedikit serbuk batu.

"Cip A. I.! Analisis komposisinya!"

[Beep! Misi ditubuhkan, sedang mengumpul data…] Suara Cip A. I. berbunyi tanpa henti, dan satu skrin muncul di depan Leylin yang mengandungi banyak pelbagai data mengenai batu granit.

"Nampaknya tiada perbezaan antara ini dengan batu granit yang biasa!" Leylin membandingkan data itu dengan data batu granit biasa. Akhirnya, dia terpaksa mengakui ahli sihir itu telah mempertahankan rahsianya dengan baik. Leylin tidak mempunyai sebarang cara untuk mencari pintu masuk ke dalam makmal eksperimen itu.

"Tetapi, memandangkan ular Mankestre besar itu dapat keluar, ini bermakna pertahanan formasi sihir ini mempunyai masalah. Saya hanya perlukan masa untuk menyiasat…"

Leylin menggosok dagunya dan mula memasang khemah di sebelah batu granit itu.

Dia memutuskan untuk tinggal di sini dalam tempoh masa yang lama suapay dapat terus mengesan apa-apa kerosakan atau kelemahan dalam formasi sihir ini. Dia berharap dapat menemui jalan masuk.

Lagipun, tiada sesiapa yang akan masuk ke kawasan perhutanan layu ini lagi, terutamanya apabila pihak istana tuan bandar telah mengarahkan beberapa orang untuk mengumpulkan mayat-mayat pembantu paderi, askar dan bangkai ular besar itu.

Selepas mengunyah beberapa keping biskut yang dia bawa bersama, Leylin mula menganalisis formasi sihir yang ada pada batu granit hitam besar itu.

Tentu sekali dia hanya berani berbuat demikian kerana dia pasti pemilik makmal eksperimen ini telah lama mati melalui pemerhatian dan ramalannya. Siapa tahu, mungkin ahli sihir ini telah lama meninggal dunia atas sebab semula jadi.

"Selepas berada di sini untuk masa yang begitu lama, masih belum ada ahli sihir yang muncul. Ketepatan ramalan saya kini meningkat sebanyak 30%."

Leylin merenung pada batu granit hitam besar di depannya dengan ekspresi yang bersemangat.

"Kalau saya berjaya membatalkan formasi sihir ini, semua barangan di dalam tempat ini jadi milik saya!"

Bagi Leylin, seorang pembantu paderi tahap 2, makmal eksperimen kepunyaan seorang Magus rasmi merupakan tempat khazanah yang besar!

"Cuma… Perangkap yang dipasang oleh Magus rasmi amat berbahaya. Saya tidak boleh dibutakan oleh ketamakan dan jatuh ke dalam perangkap!"

Chapitre suivant