webnovel

Pulau Chernobyl

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Pedulikan mereka, potensi paling tinggi mereka boleh capai ialah kelas ketiga pembantu paderi!"

Raynor berkata dalam nada cemuhan.

"Ya! Betul! Kepada semua pembantu paderi, bakat itu lebih penting!" Leylin bersetuju.

Walaupun kumpulan remaja ini mendiamkan diri ketika menubuhkan klik mereka, dia secara semulajadinya membuat benda yang akan memberi manfaat kepadanya.

Dalam kalangan pembantu paderi itu, Jayden yang mempunyai kebolehan untuk berdiri sendiri, tetapi Leylin tidak mempunyai bakat yang kuat, oleh itu, dia hanya mampu menyertai satu kumpulan. Tambahan pula, secara perbandingan, secara semula jadinya kumpulan ini mempunyai haluan masa hadapan yang lebih baik dengan Kaliweir sebagai ketua kumpulan tersebut.

"Haha.... Selamat datang! Selamat datang! Dengan penyertaan awak, kumpulan kita akan lebih teguh dan pasti satu hari nanti saya akan membuat orang itu menyesal!"

Kaliweir berkata sambil mengetap giginya. Selepas itu, ada di antara mereka berbincang untuk berjumpa selepas makan malam dan pulang ke pondok masing-masing.

"Beirut, apa kau maksudkan tadi bila kau cakap ia benua lain?" Leylin merujuk kepada orang yang paling mesra sekali, Beirut dan bertanya kepadanya kerana dia tidak faham apa yang Beirut cakap awal tadi.

"Oh.... Ini, kau tahu! Sebenarnya, benua kita berada sekarang agak kecil. Kepada dunia luar, ia dikenali sebagai Pulau Chernobyl!"

"Pulau?" Leylin ternganga. Menurut pengembaraannya sepanjang setengah tahun ini, dia pasti benua ini sebesar benua Eurasian daripada dunianya yang sebelum ini. Tetapi ia hanyalah sebuah pulau?

"Oh! Maaf! Aku lemah dalam subjek Geografi dan ia sering menyebabkan guru peribadi aku marah!" Leylin menjelaskan.

Kalau ikutkan, keluarga Farlier hanyalah satu keluarga ahli bangsawan yang kecil dan pewarisannya agak pendek. Ia tidak boleh dibandingkan dengan keluarga-keluarga ahli bangsawan besar yang lain, jadi dengan tidak mengetahuinya bukanlah sesuatu yang luar biasa.

"Ha ha!" Beirut ketawa dengan girangnya apabila mendengar penjelasan Leylin, "Aku pun! Aku telah membuat 5 guru peribadi etiket berhenti dengan marahnya! Akhirnya, ayah aku menawarkan gaji bulanan, tetap tiada siapa yang mahu mengajar aku. Ini yang ayah aku beritahu aku sebelum aku pergi!"

"Mari kita sambung perbualan kita tadi, kita sekarang berada di Pulau Chernobyl dan dunia luar mempunyai nama lain iaitu Pulau Barren!"

"Barren?" Leylin masih ragu-ragu, "Terdapat ramai lagi orang di sini dan kerajaan yang banyak, adakah ini bermaksud tidak mempunyai sumber-sumber yang mencukupi?"

"Betul! Di Pulau Chernobyl ini, disebabkan persekitaran di sini, atau faktor-faktor luaran, tanah di sini tidak dapat menghasilkan bahan-bahan yang diperlukan oleh seorang Magus. Selain pembantu-pembantu paderi yang bersungguh-sungguh dan Magi yang terasing, tiada jejak Magi lain di benua ini!"

"Oooo begitu!" Leylin mengangguk, walaupun Magi ini mitos di tanah airnya, hanya pengasas keluarga Farlier yang telah bertemu dengan seorang Magus. Selain dari itu, jarang-jarang juga untuk nampak seorang Magi.

"Sebab itu, kita kena pergi ke seberang lautan sebelum betul-betul jumpa sebuah benua! Aku dengar bukan sahaja terdapat pelbagai jenis sumber yang diperlukan oleh Magi, tetapi terdapat jejak-jejak rahsia dan sisa-sisa makmal eksperimen yang tidak terkira. Secara kesuluruhannya, benua itu mempunyai pelbagai akademi dan organisasi yang melakukan perdagangan dan penukaran maklumat ilmu ajaib!"

"Di benua itu, Magi bukan satu legenda! Walaupun mereka masih sesuatu yang luar biasa, seorang manusia biasa pun boleh menjumpainya! Hanya di sana kita akan mencapai kemajuan dalam kebolehan pembantu paderi kita!" Mata Beirut penuh dengan semangat berkeinginan.

"Kalau itu kes-nya! Apa nama benua itu?" Leylin bertanya.

"Aku tak tahu!" Beirut menggeleng kepalanya, "Benua itu terlalu besar! Tidak pernah ada nama untuknya. Kita pula nanti akan menuju ke bahagian selatan benua itu dan ia dikenali sebagai wilayah persisiran pantai yang sempit di bahagian selatan! Wilayah persisiran pantai selatan itu dikatakan beberapa kali ganda lebih besar daripada Pulau Chernobyl kita berada sekarang!"

"Siii!" Leylin menarik nafas udara sejuk itu.

"SANGAT BESAR?"

"Dunia ini ternyata sangat luas. Yang tinggi akan berdiri, yang jauh akan dilihat! Ini ungkapan seorang penyair yang aku sangat suka." Beirut membuat kesimpulan.

"Terima kasih atas penjelasan kau! Aku perlukan masa untuk memahami semua maklumat ini!" Leylin berterima kasih dan pulang ke pondok persendiriannya.

Terdapat plak logam di pintu kayu berwarna kuning itu di mana terdapat tulisan nombor "9" dan ia kelihatan berkarat.

Leylin membuka pintu itu dan bau mereput dan berkarat melekat pada hidungnya.

Leylin bersin dua kali tanpa kawalan.

"Nampaknya ini tempat perhimpunan, jadi penginapan di sini agak sederhana!" Selain katil dan kerusi di dalam pondok kayu itu, tiada apa-apa lagi di dalamnya.

Leylin menjumpai sehelai kain, mengelap kerusi itu dan duduk di atasnya.

* Creak Creak * Kerusi kayu itu berbunyi berterusan, menyebabkan Leylin risau kerusi itu akan patah sekejap lagi.

"Nasib baik hanya satu malam sahaja! Kalau begini, lebih baik aku kemas dahulu!"

Leylin menepuk-nepuk habuk di badannya dan keluar dari pondok kayu tersebut. Dia telah membuat perancangan untuk bertemu dengan George dan lain-lain, memandangkan dia telah memilih akademinya sekarang, dia patut memberitahu mereka supaya mereka boleh surat-menyurat antara satu sama lain pada masa hadapan.

Kepada kumpulan pembantu paderi yang Leylin bersama dahulu, mereka antara yang terlambat sampai di tapak perkhemahan itu. Selepas kumpulan Leylin memilih sekolah-sekolah mereka, pelbagai khemah akademi nampaknya mempunyai kunjungan yang kurang, dan kelihatan lebih senyap.

"Ennea Ivory Ring Tower, di sini!" Leylin berjalan ke arah kawasan penginapan pelajar dan menghalang laluan seorang perempuan yang akrab daripada parti pengembaraan yang sama.

"Hai Lisa, kamu tahu di mana George?" Lisa ialah perempuan berambut merah yang matang awal; sesiapa pun boleh nampak lengkungan badannya yang menggoda.

"Ley..... Leylin!" Lisa tersipu-sipu, kerana dia mempunyai tanggapan baik terhadap Leylin, yang telah membantu beberapa pembantu paderi sepanjang perjalanan banyak kali.

"George berada di bilik 13, saya akan memanggilnya untuk kamu!" Lisa mengangkat skirt-nya, dan berlari dengan laju.

Menghidu bauan yang wangi berlarutan di udara, hati Leylin berdenyut-denyut.

"Leylin!" Niat berahi ini hilang sebaik sahaja terdengar suara yang gembira itu.

George ternyata telah mandi dan menukar pakaiannya. Dia juga telah mencukur misainya dan dia kelihatan sangat menyegarkan.

"Kau dah selesai memilih akademi kau?" George bertanya dengan kuat, sambil menepuk bahu Leylin.

"Sudah, aku memilih Akademi Abyssal Bone Forest!" Leylin menjawab.

"Akademi Abyssal Bone Forest!" George mengusap dagunya, "Aku dengar daripada senior perempuan ku, akademi itu terkenal untuk elemen ajaib Bayangan dan Kegelapan! Aku harap kau tidak terkencing kerana ternampak rangka pada waktu malam!"

"Perempuan senior?" Leylin menggeleng kepalanya dan sangat kagum dengan kebolehan George menggoda perempuan.

"Hehe.... Semua yang terlibat dalam ujian bakat itu ialah ahli-ahli bangsawan dan secara tidak langsung, aku telah menjumpai saudara jauhku, seorang saudara perempuan yang lebih tua dari ku!" George ketawa dengan bangganya seperti telah memperoleh sesuatu.

"Tetapi untuk rangka dan lain-lain, aku pasti aku tidak akan melihatnya hanya pada waktu malam tetapi pada waktu siang juga!" Leylin ketawa dengan pahit, kerana dia telah menandatangani kontrak dengan sebuah rangka tidak lama sebelum ini.

"Apa-apa pun, asalkan kita tahu di mana lokasi kita berada sudah cukup! Mari kita terus berhubung pada masa hadapan!" George bercakap dengan serius, satu perubahan yang besar daripada riak mukanya yang bangga awal tadi.

"Mari kita terus berhubung!" Leylin mengangguk.

"Oh ya! Kau tahu akademi mana Bessita pilih?" Bertanya George secara tiba-tiba.

"Bessita?" Leylin menggeleng kepalanya.

Selepas serangan kawanan serigala yang lepas, perempuan yang cantik dan bersemangat itu telah menjadi pendiam, tetapi sekurang-kurangnya dia bertahan dan telah selamat sampai ke destinasi.

"Ya! Aku dengar daripada rakan-rakan yang lain, yang bakatnya tidak berapa bagus, hanya kelas kedua pembantu paderi, jadi dia menyertai Akademi Wetland Gardens!"

"Aku tahu sekarang! Terima kasih!" Leylin tidak berminat ingin tahu hal perempuan itu.

Walaupun dia seseorang Leylin yang asal minat, kepada dirinya, perempuan berumur tiga belas atau empat belas tahun masih kebudak-budakan! Dan penemuan sebelum ini hanyalah kenakalan budak-budak.

"Bagaimana? Kau tidak rasa membazir ke yang kau tidak mendapatnya di dalam dakapan kau.....?" George berubah kepada riak mukanya yang lucah tu.

"Pergi..."

Selepas satu ke dua jam, langit mula gelap. Leylin berada di tapak perkhemahan Akademi Abyssal Bone Forest dan telah selesai menikmati makan malam yang disediakan oleh akademi itu bersama pembantu-pembantu paderi yang lain.

Kali ini, makan malam yang disediakan sangat mewah, dan kerana mereka akan bertolak esok, mereka sangat bermurah hati dengan hidangan-hidangan itu.

Pelbagai jus buah dan wain, ayam barbeku yang wangi, sos ikan, cendawan, buah-buahan dan salad telah memenuhi perut Leylin yang tidak banyak makan sejak memasuki padang rumput itu.

Semua pembantu paderi sedang menjamu makanan dan minuman di kalangan mereka dan Leylin terlihat di sudut dan mendapati Profesor Dorotte dan Jayden berdiri di situ. Jayden bercakap dengannya sekali-sekala.

"Mempunyai kelas kelima pembantu paderi untuk semester ini, kita sangat bertuah!"

Beirut menggoyakkan cebisan peha ayam yang besar daripada barbeku itu dan memberi gigitan yang besar.

"Semenjak Jayden tiba, Profesor Dorrote dan dia telah bercakap dalam beberapa pertemuan, apa agaknya topik perbualan mereka?"

"Kepada pembantu-pembantu paderi, bakat itu akan menentukan kemajuan seorang Magus. Apa yang Profesor Dorotte lakukan ialah normal. Beirut, makan ayam barbeku kau itu!"

Suara Kaliweir bertukar dingin dan selepas melihat Beirut minum jus buah itu dan menundukkan kepalanya, baru dia mengalih semula pandangannya kepada barbeku.

"Walaupun bakat itu penting untuk seorang Magus, ia bukanlah segala-galanya. Hanya dengan pengumpulan dan pemahaman maklumat-maklumat, ini barulah dorongan yang sebenar dan kunci untuk meningkat kuasa seorang Magi!"

Seorang kelas ketiga pembantu paderi menambahkan hujahannya.

Walaupun itu kebenarannya, suasana kumpulan itu merudum sebaik sahaja melihat Jayden dan profesor berbual. Kumpulan itu senyap-senyap menjamu makanan istimewa yang disediakan, seolah-olah mereka kehilangan selera makan.

"Ha ha... Guricha, cepat, apa yang berlaku, apa yang berlaku seterusnya?"

Di sudut lagi satu, pembantu-pembantu kelas rendah itu duduk dalam bulatan dan Guricha di tengah-tengah menceritakan pengembaraan yang berbahaya.

Dia sangat fasih dan kelakar dalam penyampaiannya. Nyssa dan Dodoria memeluk perut mereka dan ketawa tidak berhenti-henti.

Perbandingan antara mereka, kumpulan ini agak diam.

Kumpulan itu melihat antara satu sama lain dan meregangkan leher mereka, mendengar dengan khusyuk. Tetapi, hanya Kaliweir mengekalkan riak muka yang angkuh itu.

Melihat Raynor yang kelas keempat pembantu paderi pun tidak mampu untuk pergi dan mendengar cerita itu dan kelihatan takut air mukanya jatuh, Leylin ketawa secara diam-diam.

"Mereka ini masih budak-budak lagi!"

Selepas waktu makan malam tamat, kumpulan itu bersurai dan pulang ke pondok masing-masing.

Selepas pembersihan yang mudah hari ini, pondok Leylin sudah boleh diduduki. Sekurang-kurangnya tidak mempunyai habuk yang banyak seperti sebelum ini.

Leylin baring di atas katilnya tanpa membuka pakaian dan merenung ke siling dan hilang di dalam fikirannya.

"Akhirnya aku telah menyertai satu akademi! Sudah sampai masanya untuk membuka pintu pertapaan Magi aku!"

Chapitre suivant