Di luar Sekta Takdir Ungu Lembayung, terdapat beberapa buah pesawat sepanjang 300 meter meluncur di udara. Di dalam salah sebuah pesawat itu, Pelindung Dharma Tang Shicang berdiri bersama dengan Grandmaster Gunung Abadi, merenung ke arah kejauhan.
Tang Shicang teragak-agak sebentar, kemudian akhirnya melontarkan juga soalan yang terbuku di dalam hatinya. "Grandmaster Gunung Abadi, adakah tuan benar-benar akan menyerahkan Pil Keasyikan itu begitu sahaja?"
Gunung Abadi senyap agak lama, kemudian memberikan sebuah senyuman tawar. "Pil Keasyikan telah rosak dan aku mengkajinya dengan teliti lama dahulu. Lagipun… kau rasa dengan semua sumber yang dikawal oleh Divisyen Pil Timur, mereka masih belum ada lagi Pil Keasyikan?"
Mata Tang Shicang berkilau. Selepas seketika, dia mengangguk.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com