Chen Fan tiba pada masa seperti yang dijanjikannya. Dia mendarat di hadapan Meng Hao lalu menjegil lelaki bernama Li.
Riak di wajah lelaki Li menjadi tidak keruan. Dia merenung Chen Fan dan pandangannya tertumpu pada pisau belati hitam yang berterbangan itu.
"Kau fikir kau boleh melindungi budak ini selamanya?" katanya mendengus. Wajahnya penuh menghina ketika memandang Meng Hao. "Dia tidak akan memperoleh apa-apa jika hanya tahu bersembunyi di belakang orang lain. Nampaknya Pengukuhan Asas pertengahan ialah pencapaian terakhirnya!"
"Selama aku di sini, aku takkan biarkan kau sentuh walau sehelai rambut Adik Seguru aku!" kata Chen Fan dengan suaranya yang tenang tetapi cukup keras untuk membelah paku dan memotong besi.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com