"Ada calon yang sesuai ke?" tanya lelaki itu.
"Ada seorang. Dia orang yang awak pilih sebelum ni, Ye Wan Wan. Kami dah kaji dia. Walaupun dua orang ini ada perbezaan umur, muka Ye Wan Wan mempunyai 90% persamaan dengan muka dia. Latar belakang gadis ini juga memuaskan dan Ye Wan Wan sebelum ni telah meninggal dunia dalam serangan pengganas di luar negara," jawab lelaki tua berpakaian putih itu.
"Baiklah, apa patut saya buat?"
"Tuan ke-9, awak hanya perlu guna cara awak untuk hapuskan sebarang berita tentang kematian Ye Wan Wan dan rahsiakan daripada keluarga dia. Pada masa tu, dia akan diganti sepenuhnya oleh Ye Wan Wan. Dia akan menjadi Ye Wan Wan dan mempunyai semua memori Ye Wan Wan semasa dia masih hidup," jawab lelaki tua itu.
Adegan itu kemudian berubah dan latar belakang video itu bertukar kepada sebuah kemudahan penyelidikan.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com