Ye Wan Wan menelan air liurnya dan berkata dengan berhati-hati, "Erm… tapi awak buat saya setuju dengan kontrak tu sebelum ini. Bukan salah satu syarat untuk kebebasan saya ialah saya tak boleh minta tolong?"
Ketika itu, Si Ye Han sangat pasti dia telah dibelasah teruk oleh realiti kehidupan. Dia menyangka gadis ini akan kembali ke sisinya dan lambat-laun pasti akan merayu meminta pertolongannya…
Namun akhirnya…
Syaitan hebat ini sekali lagi mengorek lubang untuk dirinya sendiri…
Bibir nipis Si Ye Han menjadi satu garisan lurus dan selepas beberapa ketika, dia berkata dengan wajah tidak berperasaan, "Awak boleh cuba yakinkan saya."
Dia melabuhkan punggung pada sofa di tepi dan menyambung, "Mungkin awak boleh ubah fikiran saya."
Ye Wan Wan. "..."
'Si Ye Han mungkin akan tarik balik syarat dia?'
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com