webnovel

Sila Mulakan Persembahan Awak

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Liang Mei Xuan mencebik marah setelah melihat bagaimana bersahaja dan beraninya Ye Mu Fan. 'Tuan muda ni ingat dia boleh lepaskan diri daripada masalah ni ke?'

Ye Mu Fan telah menaikkan kemarahan orang tua keluarga Ye kerana mencuri maklumat sulit kali ini. Keluarga Ye Shao Ting akan dimusnahkan sepenuhnya dan Ye Mu Fan akan makan makanan penjara!

Perasaan teruja mula kelihatan dalam mata Liang Mei Xuan setelah berfikir seperti itu.

Ye Shao An berkata dengan menyampah, "Memandangkan semua orang dah sampai, mari kita mulakan. Awak nak menyerah diri atau kita berjumpa dekat mahkamah?"

Ye Wan Wan melirik selamba kepada Ye Mu Fan.

Ye Mu Fan faham petunjuk yang diberikan adiknya dan mengangguk kecil. Wajahnya terus berubah sinis.

"Serah diri?" Ye Mu Fan mendengus tidak percaya dan bertanya dengan tidak percaya, "Siapa yang akan serah diri dia? Kenapa? Keluarga Ye ada buat benda haram ke?"

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant