webnovel

Mempercepat Kematian Si Ye Han

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Keesokan paginya.

Selepas Si Ye Han beredar, Ye Wan Wan membuat panggilan kepada Xu Yi.

"Helo, Cik Wan Wan?" Xu Yi berasa pelik apabila Ye Wan Wan membuat panggilan kepadanya di awal pagi begini.

"Macam mana kesihatan tuan awak kebelakangan ni?" Ye Wan Wan tidak berdolak dalih.

"Itu…" Xu Yi tidak faham niat di sebalik persoalan Ye Wan Wan ini dan berasa berat untuk menjawab.

"Memang teruk ke?" Ye Wan Wan mengerutkan keningnya.

Xu Yi mempertimbang dengan berhati-hati bagaimana dia mahu menjelaskan. "Memang tidak positif… Tuan ke-9 pernah mengalami kecederaan semasa dia kecil dulu dan masih tidak betul-betul sembuh dari kecederaan itu. Tambahan pula, insomnia yang teruk hanya memburukkan lagi keadaannya. Sebelum ini, doktor ajaib Sun pernah memeriksa Tuan ke-9 dan memutuskan…"

"Memutuskan?"

"Kalau Tuan ke-9 berterusan begini, tubuhnya lambat laun tidak akan boleh bertahan lagi…" Xu Yi akhirnya berterus terang.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant