webnovel

Rindu Awak Hingga Saya Tak Boleh Tidur

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Sebelum tidur, Ye Wan Wan menghantar satu mesej teks kepada Si Ye Han.

[Sayang, saya sangat, sangat, sangat rindu awak sampai saya tak boleh tidur setiap malam. Saya buat keputusan untuk memohon duduk di sekolah pada waktu siang sahaja. Jadi, mulai hari Jumaat ini, saya akan pulang ke rumah setiap hari! Awak gembira tak?]

Memandangkan Qin Ruo Xi telah pulang dari Bandar Shen, dia lebih banyak mengawal Si Ye Han. Tambahan pula, dengan peperiksaan besar yang akan datang, dia boleh ambil peluang ini untuk minta Si Ye Han mengajar dia matematik. Dia boleh menyelam sambil minum air.

Tak sampai seminit, telefon bimbitnya berbunyi. Si Ye Han telah menjawab dengan satu perkataan, [Ya.]

Ye Wan Wan menyorok di bawah selimut dan ketawa. 'Hm, aku tertanya-tanya apa reaksi sebenar Si Ye Han setiap kali dia baca mesej teks romantik aku.

'Aku memang kagum bila setiap kali dia boleh balas dengan tenang.'

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant