"Macam mana kalau tiada peluang? Kalau keluarga Lin tak membuat apa-apa, jadi kita tak boleh buat apa-apa juga, betul?" tanya Ali dengan bimbang.
Xinghe menggelengkan kepalanya. "Tak, mereka pasti tak akan hanya berdiam diri."
Cairn memahami dan meneka, "Keluarga Lin mengambil usaha yang banyak untuk mencapai status sekarang, jadi mereka tak akan menyerah kalah dengan segala yang mereka telah rancangkan dengan begitu mudah…"
"Betul itu." Xinghe mengangguk. "Mereka telah banyak berkorban dan tak akan menyerah kalah dengan begitu mudah. Mereka tak akan menyerah kalah hingga detik yang terakhir."
"Apa lagi yang mereka perlu lakukan? Dengan tiada sesiapa yang menyerang mereka, biarpun mereka tak buat apa-apa, mereka sepatutnya boleh bangkit semula," kata Sam sambil berkerut.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com