webnovel

Pengakhiran Dunia Mereka

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Seluruh dunia Philip seolah-olah telah mendapat nafas baru!

"Kami dah selamatkan Kelly, tapi keputusan untuk memusnahkan Sindiket IV terletak pada tangan kamu. Berikan sahaja arahannya," tambah Xinghe dengan lembut.

Philip akhirnya kembali menjadi dirinya yang penuh dengan keyakinan. Matanya bersinar sewaktu darahnya bergelora. Auranya meresap ke seluruh dewan. Bagaikan singa yang baru terjaga, dia sudah bersedia menghadapi seluruh dunia.

"Sudah tentu," Philip menggenggam telefon dan mengarahkan, "Musnahkan mereka sekarang!"

Dia sudah hilang sabar dengan organisasi jahanam ini.

Xinghe tersenyum. "Baiklah, tapi kami cadangkan kamu gunakan peluang ini untuk memberikan satu persembahan hebat kepada seluruh dunia."

"Itu cadangan yang bagus," Philip ketawa sambil matanya mencari Aliyah. Wanita tersebut berasakan dia seolah-olah ditenggelamkan oleh perasaan takut.

'Apa yang terjadi?'

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant