"Tapi kita sudah tak boleh berbuat apa-apa lagi!" kata Ali. "Xinghe, tinggalkan kami. Seorang yang terselamat lebih baik daripada tiada langsung, sekurang-kuranya kamu boleh membalas dendam untuk kami."
"Betul tu, pergilah!" Charlie turut menasihatinya, "Ini bukan masalah kamu."
Xinghe masih menggelengkan kepalanya. "Saya dah cakap, saya tak akan pergi."
Hutan ini sangat luas, ke mana dia nak pergi seorang diri? Tambahan pula, dia tidak akan meninggalkan rakan-rakannya di belakang. Lagipun, dia tidak rasa yang mereka akan mati.
Xinghe merenung pada Charlie lalu menyambung, "Lagipun, saya perlukan bantuan Encik Charlie untuk suatu perkara."
Charlie masih keliru. "Apa dia?"
"Saya sedang mencari pangkalan Sindiket IV. Saya perlukan maklumat itu dari kamu." Xinghe berterus terang.
Charlie berasa terkejut. "Kamu pun nak tahu tentang Sindiket IV?"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com