"Tak boleh!" Wolf membantah dengan tegas, "Mereka semua terlalu ramai, kita akan mudah diserang dan mereka semua wanita yang tidak berdaya."
Wajah Ali menjadi muram kerana Wolf benar. Wolf menyambung, "Ali, kami bertiga datang untuk menyelamatkan kamu; Cairn tidak mampu bertahan lagi. Saya hanya mampu menyelamatkan kamu, jika tidak kita semua akan mati."
"Tapi..." Ali berpaling untuk melihat wajah-wajah wanita yang ketakutan dengan perasaan yang sukar. 'Patut ke kita tinggalkan mereka?'
Wolf berkata sambil mengetap gigi, "Kamu semua boleh cuba melarikan diri sendiri tetapi saya nasihatkan supaya jangan berbuat demikian, kerana ia hanya akan mengundang maut."
"Tidak, saya harus tinggalkan tempat ini, saya tak nak dijual," jerit seorang wanita. Ini mengakibatkan para wanita lain turut menjerit dan merayu supaya Wolf menyelamatkan mereka.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com